•Bab 4•

5 0 0
                                    

Bam!

Pintu biliknya dihempas. Jaket kulit berwarna hitam yang dia pakai tadi dilepas dan dilemparkan begitu saja ke atas lantai.

Badan direbahkan di atas katil. Tangan naik menghalang mata daripada menerima cahaya lampu yang begitu terang.

Lama dia berdiam di posisi bergitu sebelum senyuman lebar sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.

"Stupid woman." Dia bangun dari baringnya dan duduk di tepi katil. Kaki menghentak lantai berkali-kali. Setiap kali otak dia ligat memikirkan sesuatu atau ketika dia cemas pasti itu yang akan terjadi.

Dia bangun dan keluar dari bilik tidurnya dan berjalan menuju ke bilik kerja Dato Adrean.

Pintu bilik itu dibuka tanpa mengetuk terlebih dahulu. Melihatkan bahawa Dato Adrean sedang duduk di meja kerjanya itu dia terus melangkah mendekati.

Tangannya dia letak diatas meja berpaut supaya tidak jatuh kehadapan.

"Hello, father." Dia senyum penuh makna kepada Dato Adrean.

"Are you drunk?" Dato Adrean mengerutkan dahi apabila melihat Rayyan yang seperti tidak selalunya.

"I don't drinks!" Mati terus senyumannya tadi. Kini dia sudah menyilang tangannya ke dada.

"Nak apa?" Jarinya yang tadi terhenti kembali bergerak bermain di atas laptop kerjanya.

Nafas panjang dihembus sebelum dia menjawab soalan Dato Adrean.

"I agree."

Sekali lagi jarinya terhenti apabila Rayyan menjawab soalannya. Kepalanya berpaling ke arah Rayyan dengan segaris senyuman.

"What did she do to you?"

"Oh father came on, I'm that weak!"

     Aria keluar dari keretanya. Barang-barang yang sempat dia beli dia ambil di tempat duduk belakang. Pintu kereta dikunci.

Langkah dibawa ke pintu rumah yang besar itu. Hanya dengan satu tangan sahaja dia menolak pintu itu.

Seisi ruang rumah itu dia pandang. Tiada sesiapa di situ. Sunyi. Tidak seperti selalunya.

Wajahnya yang tenang tadi bertukar dingin. Ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumahnya. Dia terus melangkah ke ruang tamu. Barang-barang tadi dia letak di atas sofa.

Jaket kulit berwarna hitam yang dia pakai tadi dia buka dan dia letak di atas beg barang-barang tersebut.

Klak!

Bunyi yang datang dari dapur itu langsung tidak mengejutkannya. Dia tahu yang ada seseorang yang memecah masuk ke dalam rumah itu.

Dia jalan ke arah sofa yang berada di hadapan sofa yang dia letak barang-barang dan jaket tadi. Yang memisahkan kedua-dua sofa itu hanyalah meja kopi kaca.

Badan dilabuhkan dia atas sofa berwarna putih itu. Kaki disilang. Dia menunggu orang yang telah memecah masuk rumah itu untuk datang ke ruang tamu dan duduk bersamanya.

"Boo!" Tiba-tiba seseorang datang dan membuat kejutan dari belah kirinya. Walaupun kejutan itu tidak menjadi, gadis yang mengejutkannya itu tetap ketawa.

Gadis itu berjalan mendekati Aria yang sedang duduk dengan wajah dingin. Dia duduk di sofa bujang di sebelah kiri sofa yang diduduki Aria.

"I haven't see you in a long time, Freyja." Cawan yang berisi air oren itu dia letak di atas meja kopi kaca. Kedua-dua tangannya dia letak di atas  lutut selepas menyilang kakinya.

Senyuman lebar tanpa menampakkan gigi dia lemparkan kepada Aria.

"Killer." Mata Aria bergerak memandang gadis yang di panggil Killer itu. Kepalanya masih setia menghadap kehadapan, hanya mata sahaja yang bergerak.

"Oh don't give me that kind of look."

"Fuck you want?" Tanya Aria dengan kasar. Tidak mahu lagi dia membazir masa melayan Killer.

"I came here nicely. Treat me nicely." Killer membuat muka sedih.

"Don't waste my time." Kini kepalanya sudah berpaling ke arah Killer. Dahinya berkerut menahan amarah yang akan meletus bila-bila masa sahaja. Tangannya naik bersilang di dada.

"Let me join your group."

"Oh no! This is not just same kind of group."

"Okey fine! Let's me join the Kingdom."

"For what? To take away my place? Again?!" Suara Aria mula meninggi.

"I've trust you once. It will never be twice." Dia berdiri dari duduknya dan melangkah ke arah Killer. Kini, dia berdiri tepat dihadapan Killer.

Badannya dibengkokkan bagi menyamai ketinggian kepada ketinggian Killer yang sedang duduk itu. Tangannya berpaut ke sisi sofa. Kepalanya didekatkan kepada telinga Killer.

"Tinggikan lagi heels kau tu kalau nak duduk dekat tempat aku." Kata-katanya itu membuatkan Killer mengetap rahangnya. Tangannya naik menolak kedua-dua bahu Aria supaya dia berdiri.

Aria yang tertolak sedikit kebelakang itu mengangkat kedua-dua tangannya bersama dengan senyuman. Alisnya diangkat sekali. Dia beralih ketepi memberi laluan kepada Killer untuk berjalan keluar dari rumah itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FreyjaWhere stories live. Discover now