Kereta Range Rover berwarna putih miliknya diletakkan tepat di seberang jalan dihadapan cafe yang mereka janji untuk bertemu.
Atau mungkin boleh dikatakan bapa mereka yang memilih tempat itu untuk mereka berjumpa. Mereka hanya mengikuti kata-kata bapa mereka.
Dia mengambil kaca mata hitam dam beg tangannya yang berada di kerusi penumpang di sebelahnya kemudian keluar dari kereta itu.
Dia melihat kiri kanan terlebih dahulu sebelum berjalan ke seberang.
Sampai saja di seberang jalan sana dia terus jalan masuk ke dalam cafe yang bernama Rose's itu.Dia berdiri di sebelah pintu. Kepalanya ditoleh ke kiri kanan mencari sosok yang ingin dijumpainya.
Kepalanya berhenti apabila dia jumpa sosok tersebut. Sosok lelaki yang sedang duduk dengan kaki yang bersilang sambil melihat telefon itu membuatkan wajahnya yang datar itu terukir segaris senyuman.
Kakinya dibawa ke arah lelaki tersebut. Dia berdiri betul-betul di tepi meja bulat yang diduduki lelaki itu.
Lelaki itu yang perasan akan sosok seseorang itu mengangkat kepalanya bagi melihat wajahnya. Dia terus bangun dari duduknya apabila wajah Aria yang dilihatnya.
"Hi, Aria right?" Tanya Rayyan ingin memastikan yang gadis dihadapannya itu ialah Aria. Tanpa menjawab soalan Rayyan Aria terus mengambil tempat duduk dihadapan Rayyan.
Rayyan masih lagi berdiri berdiri. Dia pandang muka datar Aria dengan mata yang berkelip-kelip.
"Kenapa berdiri je duduk lah." Aria mempelawa Rayyan untuk duduk macam dia yang sampai di situ terlebih dahulu. Sedangkan dia sudah lewat 30 minit daripada masa yang dijanjikan.
Rayyan terus duduk dengan matanya masih melekat ke wajah Aria.
"Ehem." Rayyan berdehem apabila sedar yang dia sudah menatap lama wajah Aria. Pandangannya dialihkan ke arah lain.
"Awak tak nak order apa-apa?" Tanya Rayyan bersahaja supaya rasa canggung diantara mereka tidak berterusan. Kedua belah tangannya diusap pada peha sendiri.
Aria hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Dia menyandarkan badannya dengan tangan yang menyilang di dada. Matanya tajam menatap wajah Rayyan.
Rayyan yang perasan akan tatapan Aria itu hanya buat tidak perasaan walaupun jantungnya sudah berdetak laju. Kepalanya ditoleh ke arah kiri. Cuba untuk tidak bertentangan mata dengan gadis di hadapannya itu.
"Ehem." Sekali lagi Rayyan berdehem tetapi kali ini bagi menghilangkan suasana sunyi di antara mereka.
"Do you agree with it?" Soalan Aria itu membuatkan kepalanya kembali menoleh ke arah Aria.
"I don't understand." Dahinya berkerut cuba memikirkan apa yang dimaksudkan gadis itu.
Aria menghela nafas panjang. Matanya dipejam buat seketika.
"Do you agree to marry me?" Soalannya diulang dengan ayat yang lain tetapi masih lagi dengan maksud yang sama.
"Well,......" Ayatnya digantung.
"I'm sorry. I can't marry you." Kepalanya tertunduk ke bawah. Tidak mahu melihat riaksi Aria terhadap keputusan yang telah dia buat.
Dahi Aria berkerut. Badannya ditegakkan semula dari sandaran. Hatinya terasa begitu sakit mendengar jawapan Rayyan. Seseorang yang sudah lama dia simpan didalam hati tidak mahu berkahwin dengannya.
"Why?" Perlahan saja suaranya bertanya kepada Rayyan.
"Saya dah....... berpunya." Nafasnya ditarik sebelum menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Liurnya ditelan. Dia memandang wajah Aria dengan begitu dalam, ingin melihat riaksi yang akan ditunjukkan oleh Aria.
Sebenarnya dia berbohong yang dia sudah berpunya. Dia tidak tahu harus memberi alasan apa.
'tolonglah percaya.' bisik Rayyan di dalam hati.
Wajah Aria yang mendatar tadi bertukar menjadi serius. Kedua-dua kaki mula menghentak lantai sehingga menghasilkan bunyi yang hanya mereka sahaja boleh dengar.
Rayyan yang melihat wajah Aria bertukar serius itu menelan liur. Takut dia melihat wajah itu. Pandangannya cuba dialihkan tetapi entah kenapa dia menjadi tertarik ingin melihat wajah serius itu.
"You lie to me didn't you?" Aria bertanya dengan wajah yang dingin. Jangan ingat dia bodoh untuk tidak dapat membaca perlakuan Rayyan.
Dapat dia lihat halkum Rayyan bergerak apabila menelan liur. Mata Rayyan yang memandang tepat ke wajahnya juga membuatkan dia senang untuk membaca apakah Rayyan sedang berbohong ataupun tidak.
"Maybe." Mata Rayyan bertukar dingin. Begitu juga dengan wajahnya. Badan di sandarkan dengan tangan disilang pada dada.
"Do you really think I don't recognize you, Aria?" Alisnya diangkat. Senyuman sinis terukir dibibirnya.
Hentakan kaki Aria terhenti. Badannya mengeras.
'ah, it's look like I lose to my own game.' kata Aria didalam hati. Dia tertunduk, kemudian tertawa.
"The same old you, huh?" Rayyan bangun dari duduknya. Tanpa berkata apa-apa dia terus berjalan keluar dari cafe itu meninggal Aria yang tertawa.
Badannya dihempas ke belakang. Kepala dia mendongak dengan tangan yang menutup matanya. Ketawa menjadi sedikit kuat. Nasib baiklah meja yang dia duduki berada di hujung dan tidak ramai yang duduk di meja berhampiran.
"Beautiful." Bisik Aria perlahan.
Tanpa dia sedar ada seseorang yang memerhati dari jauh.
YOU ARE READING
Freyja
ActionAria Feroza Qanita or you can call her Freyja. If you're her enemy's, I mean. Adrean Rayyan, just call him Rayyan. Hanya seorang lelaki yang hidup normal. Maybe? Dijodohkan tanpa sebab, tetapi .... Perjodohan mereka menyebabkan sesuatu yang buruk t...