Si Gadis Pengembara
Ep 10
Kelihatan Tuan lewis dan orang orang di desa mula mengangkat mayat mayat di dalam rumah cendawan itu.mata ji hyo masih kekal memandang Ava yang masih tidak sedarkan diri dari tadi.Kemudian,Tupai terus naik di atas bahu ji hyo sambil mukanya yang kehairanan
Tupai:kau tak apa apa Song Ji Hyo?lebih baik kau pergi cuci luka luka kau di sungai sana.dengan keadaan macam ni,aku tak rasa sehun setuju untuk kita teruskan destinasi seterusnya
Ji hyo:cakap pasal sehun..mana dia?
Dia memandang sekeliling sambil mengecilkan matanya mencari kelibat lelaki itu.kali terakhir dia melihat sehun sedang hilang kawalan dan lari masuk ke dalam hutan.matahari sudah ambil alih tugas bulan.tidak mungkin sehun masih..
Ji hyo:sebelum kita cari sehun,aku ada banyak persoalan nak tanya si gadis drakula.eh?
Dia mengerutkan kening apabila menyedari Ava sudah menghilang.ini tidak boleh terjadi.kemudian dia bersiul memanggil trumpet.beberapa saat kemudian,trumpet mula berlari ke arahnya dan dia terus menunggang kuda coklatnya itu.tupai sudah terkelip kelip mata melihat tindakannya
Tupai:hei!kau nak ke mana pula?lebih baik kau kekal di sini.Aku pasti Tuan Lewis akan soal siasat kita semua!
Ji hyo:Ava dah lari!petanda bahaya kau tahu?aku takkan biarkan perkara semalam terjadi lagi.trumpet,mari!
Ji hyo dan trumpet terus meninggalkan perkarangan rumah itu.tupai menepuk dahinya dan membiarkan mereka berlalu pergi
__________________•________________
Di dalam gua yang agak luas dan gelap.kelihatan sehun dan Ava sedang ralik berbincang sesuatu.
Sehun:kau dah gila ke?!apa otak kau dah kena makan dengan ahli sihir?celaka apa yang kau dah buat semalam?
Ava:celaka?sekarang kau pula nak salahkan aku?hanya disebabkan sumpahan tak guna ni,kau nak benci aku?
Sehun:kau serang orang orang desa!lepastu kau serang ji hyo.berapa kali aku cakap,kalau sumpahan tu berlaku,attack haiwan haiwan di sini!bukan manusia,kau dengar tak?
Ava membulatkan matanya lalu mengerutkan kening
Ava:kau cakap besar,sehun!kau nak ajar aku sedangkan kau pun sedang diburu penduduk Desa Aman.gadis tu..dari desa pengecut tu!kau pertahankan dia berbanding aku?!sekarang,kau cakap macam aku ni jahat sangat,habis kau tu apa?
Sehun:aku rasa kau tak faham ni.dengar..kalau kau rasa aku ni jahat,dah lama dengan kau..dan kelawar tak guna tu sekali aku buat jadi makan malam aku.aku..belum tunjuk sisi buruk aku sepenuhnya lagi tau.jangan nak cabar aku.
________________•_______________
Dalam perjalanan mencari Ava,ji hyo mengeluarkan buku kecil tentang "Sejarah Keluarga Oh".Trumpet membuat bunyi tanda sudah lali dengan sikap tuannya.konon nak cari Ava,alih alih fokus pada benda lain.heh.Ji hyo mula membuka muka surat pertama dan dibacanya dengan tekun.
Ketika dahulu di mana sehun baru berusia 7 tahun,
Mata sehun yang sedang berdarah dipaksa oleh seorang wanita yang diberi gelaran "Ahli Sihir" untuk melihat penyeksaan penduduk Desa Mati.Ada yang disuruh untuk mengangkat batu batu berat,menjilat najis haiwan dan dibakar.Sehun menangis teresak esak sambil menjerit
Dada terasa sesak menahan amarah yang dipendam lama dari kecil lagi.wanita ni..pembunuh keturunannya dan juga penduduk di desa mati.sehun melutut dan kedua dua tangannya memegang tanah
Ahli sihir:HAHAHAHAHA!kenapa budak?apa perasaan kau lepas melihat orang orang kau merana?
Sehun:dada aku terasa sesak!tolong hentikan semua ni.argh!
Dia menjerit kemarahan dan terus menumbuk wajah ahli sihir dengan kuat.kelihatan bibir ahli sihir sudah berdarah!
Ahli sihir:tak guna!
Ahli sihir terus mengangkat tangan kanannya dan tiba tiba petir terus menyambar lelaki itu sehingga pengsan.kemudian sejak saat itu,sehun tidak sedarkan diri selama 3 bulan dan apabila dia bangun,kelihatan dirinya sedang terbaring di tengah tengah hutan dan setiap malam,dia akan berubah menjadi manusia separuh serigala mencari mangsa!Dia tidak mampu menghilangkan sumpahan itu sampai dia mati
Titik.
Tap!buku kecil itu ditutup laju."wow"kata ji hyo.tidak sangka..semasa umur begitu,sehun kena lalui waktu waktu yang sukar.dia mengurut dahinya lalu mengeluh.Baru baca muka surat pertama,tapi sudah cukup buatkan dirinya diselubungi ketakutan!
Kemudian..dia melihat ada sebuah gua yang agak besar berhampiran situ.dia mengerutkan kening dan menelek di dalam gua itu.kelihatan sehun dan Ava sedang berbincang sesuatu
Sementara itu,
Ava:aku minta maaf.aku akan cuba untuk kawal diri.buat apa nak bergaduh kan?kau sendiri ada niat nak kalahkan ahli sihir tu.aku boleh tolong kau.dan kelawar kelawar aku boleh lindung kita semua
Sehun:kau pasti?dan..boleh tak yang dekat luar tu berambus dari sini?jangan nak menyibuk boleh tak?!
Sehun memandang tajam ke arah ji hyo dan trumpet yang sedang curi curi mendengar perbualan mereka.ji hyo membulatkan mata sambil berdiri kaku
Ji hyo:macam mana kau boleh tau kehadiran kami?
Sehun:heh?muka kuda kau tu cukup besar!mustahil aku takkan sedar.
Ava menggelengkan kepala lalu melesapkan diri menggunakan jubah kelawarnya.ji hyo melihat Ava yang menghilangkan diri dan memandang ke arah sehun yang masih merenung tajam ke arahnya
Ji hyo:sudah,mari kita kembali ke Desa Masa semula.
Sehun:nanti dulu..
Sehun mengerutkan kening dan terus merampas buku kecil dari poket ji hyo yang terkeluar sedikit.matanya membulat dan menghalakan buku itu di hadapan mata gadis itu.sehun menolak kasar ke arah ji hyo lalu berkata
Sehun:kenapa kau curi buku ni?apa niat kau sebenarnya hah?!
Bersambung
YOU ARE READING
Si Gadis Pengembara
ФэнтезиSinopsis Si gadis pengembara Kisah seorang gadis bernama Song Ji Hyo yang tinggal di sebuah desa yang harmoni dan ceria.Dia merupakan seorang yang malang dan sering diejek oleh rakan rakannya.namun,kelemahan yang dialami tetap tidak mematahkan seman...