Si gadis pengembara
Ep 2
Dia masih berdiri kaku sambil memandang kuda putihnya yang sudah mati dengan pandangan yang layu.tangannya sudah bercekak pinggang lalu melihat hutan di tepi rumah kecilnya itu.dia mengeluh lalu berjalan tiga langkah ke hadapan.matanya masih fokus melihat hutan yang kehijauan itu
Ji hyo:mesti ada haiwan pemakan daging dari hutan tu yang datang sini untuk makan luna.perkara ni tak boleh dibiarkan.aku takut trumpet jadi mangsa seterusnya
Tiba tiba dia tersentak apabila melihat orang ramai mula berkumpul di atas suatu bukit yang agak tinggi.lokasi yang menjadi pilihan bagi orang desa untuk berbincang sesuatu.dia mencapai kasut but coklatnya dan berlari ke arah bukit itu dengan sekuat tenaga.
___________•___________
"Tolonglah!apakah ini mimpi ngeri sampaikan desa kita mula ditimpa dengan mala petaka yang kita sendiri masih belum bersedia?"
"Tuan Harry!aku rasa ada orang yang berani berani sentuh cahaya tu!kalau tidak,semua ni takkan berlaku!"
"Habis lembu lembu ternakan saya sudah mati akibat dimakan makhluk tu!saya takut makhluk tu kembali lagi malam ni"
Tuan Harry yang merupakan ketua desa sudah memicit dahi dan kepalanya kerana sudah pening memikirkan masalah ini.ni bukan perkara biasa.Melibatkan nyawa walaupun hanya nyawa binatang
Ji hyo mula berjalan mendekati Tuan harry yang sedang berdiri paling hadapan.agak susah bagi dirinya untuk berjalan menghampiri ketua desa itu apabila dirinya ditolak dan dihimpit.
Ji hyo:Ketua Harry!kuda putih saya sudah mati tanpa saya tau apa sebabnya.boleh saya tau,kenapa ramai berkumpul di sini?
Kemudian datang seorang wanita yang berkaki tempang dan menggunakan kerusi roda mula menghampirinya.mukanya sangat serius dan lagaknya seperti seseorang yang sangat mengetahui apa puncanya
Puan harly:aku tau apa yang sedang terjadi dekat desa kita
Orang desa mula mendiamkan diri apabila wanita itu bersuara.suaranya yang tenang dan lantang itu membuatkan masing masing tertanya tanya apa penyebabnya
Puan harly:macam yang kamu semua tahu.cahaya putih itu merupakan satu satu pelindung bagi desa kita.memang ada yang dah menyentuhnya!dan..makhluk sumpahan mungkin sudah berada dekat dengan kita.hati hati.pada waktu matahari mula terbenam, dia akan memburu mangsa haiwan ternakan kamu semua.haiwan haiwan ni semua sangat penting bagi kita untuk aktiviti harian.jagalah sehabis baik.
Suho:tapi miss,apa tak ada cara lain untuk kita halau makhluk tu pergi dari sini?kita tak boleh biarkan macam tu.kita ada hak!apa kata Tuan Harry?samada kita undur diri macam tu atau kita bunuh saja makhluk tu?
Orang desa mulai membuat bising semula.ji hyo sudah menutup kedua dua telinga menggunakan tangannya.malang betul nasib.kemudian,Tuan Harry mengangkat tangan kanannya tanda menyuruh yang lain diam dan memberi laluan untuknya berbicara
Tuan Harry:baiklah,saya dah membuat keputusan muktamad!dengar sini pahlawan pahlawan semua.betul kata suho.kita ada hak!dan kita patut perjuangkan.dengan ini,saya minta siapa siapa yang boleh melantik diri untuk menangkap makhluk kejam tu.siapa yang berani dan berjaya menangkapnya,hadiah lumayan menanti kamu
Ji hyo sudah terlopong mulutnya mendengar kata kata ketua desa.kemudian dia terus beredar dari situ dan menuju ke ladang jagung.Dia agak takut apabila Encik Ken akan memarahinya bila mendapat tau dia masih tidak berada di ladang itu.
__________•__________
Di ladang jagung.dia masih termenung sambil memikirkan kata kata tuan desa sebentar tadi.Dia menggoyangkan kakinya sambil menghayunkan buaian yang diikat di bawah pokok yang agak besar dan sederhana tinggi itu.lamunannya terbehenti apabila kuda coklatnya yang bernama Trumpet membalingkan buah epal merah di kepalanya.dia terus bangun dari buaian itu lalu menghampiri trumpetJi hyo:aku tau kau sedih lepas luna mati.tapi aku janji dengan kau yang aku akan lindung kau walau apa jadi sekalipun.kau jangan takut ye,trumpet?
Trumpet membuat bunyi lalu menundukkan kepalanya.kemudian kedengaran bunyi tiga sekawan yang ralik berborak sambil ketawa terbahak bahak.
Ji hyo:hei budak budak.apa yang kau buat dekat sini hah?bukan ke aku dah beri amaran.jangan curi jagung jagung ni lagi
Kelihatan seorang dari mereka yang bernama lay sedang memegang guni yang berisi jagung jagung yang sudah masak.chen dan d.o memandang tajam ke arahnya
Chen:suka hati kamilah gadis pendek!kalau kami curi,kau boleh buat apa?menjerit dan melalak nak beritahu satu desa yang kami curi jagung jagung ni?
Ji hyo sudah membuat muka geram sambil menyensengkan lengan bajunya yang panjang itu.kakinya sudah bergesel seperti kereta lumba yang sudah bersiap sedia untuk memecut laju.
D.o:oh sekarang apa pula?nekad nak berlawan dengan kami?lawak apakah ini?
Ketawa mereka mula memecahkan suasana.ji hyo sudah mengeluh lalu tangannya sudah bercekak pinggang.
Ji hyo:ketawalah sampai esok.nanti,kalau hasrat aku dah tercapai bila dapat tangkap makhluk pemakan daging tu,baru kau bertiga akan melutut di depan aku!
Lay:hah?apa?aku salah dengar ke?kau?kau yang bernasib malang ni nak tangkap makhluk tu?entah entah,belum sempat keluar dari desa,tiba tiba dah kena ngap!
Ji hyo sudah mengetap gigi kerana geram.penumbuknya sudah digenggam.dia tau dia bukanlah sekuat mereka,tapi dia tetap akan usaha buktikan pada mereka yang dia bukan lemah.dia terus berlari ke arah trumpet dan menunggang menuju ke rumah.dia tidak kesah kalau Encik Ken ingin memecatnya kerana jagung jagung telah dicuri.telinganya sudah berasap mendengar makian yang sudah berbakul bakul itu
Ji hyo:tengoklah.aku akan buktikan yang aku sendiri dapat tangkap makhluk tu dan membunuhnya!
Bersambung
YOU ARE READING
Si Gadis Pengembara
FantasySinopsis Si gadis pengembara Kisah seorang gadis bernama Song Ji Hyo yang tinggal di sebuah desa yang harmoni dan ceria.Dia merupakan seorang yang malang dan sering diejek oleh rakan rakannya.namun,kelemahan yang dialami tetap tidak mematahkan seman...