Si gadis pengembara
Ep 3
Pada malam itu,ji hyo membawa masuk kuda coklatnya ke dalam rumah kerana dia takut akan kehilangan kudanya itu.memang susah untuk memaksa trumpet masuk,tapi akhirnya kuda itu pun turut mengalah.kelihatan gadis itu sedang menjahit baju sejuknya.dia sudah membuat persediaan untuk mengembara ke hutan esok.sambil itu,dia membelek barang barang di dalam beg galas
Ji hyo:ok.makanan dan minuman untuk hidup,buku dan trumpet untuk jadi peneman,pemetik api untuk pemanas.apa lagi yang aku perlu bawa eh?
Matanya fokus memasukkan benang ke dalam jarum peniti.sesekali dia memandang sekilas ke arah trumpet yang membuat muka menyampah.ada ada je ragam haiwannya itu.
Ji hyo:kau tak perlu nak tarik tarik muka macam tu.jangan risaulah.makanan kau aku dah prepare awal awal.kau jangan tegur aku.aku masih merajuk dengn kau sebab buat perangai tak nak masuk rumah tadi
Tiba tiba dia terdengar satu jeritan yang kuat dari luar rumah.trumpet mula berselubung di dalam selimut.bijak betul kudanya itu!ji hyo sudah meletakkan jari telunjuknya ke bibir lalu dia memadam lilin di ruang tamu rumahnya.dia terus memeluk kudanya sambil memejamkan mata.kedengaran suatu bunyi yang kuat seperti barang barang sedang digeledah.lama kelamaan,bunyi itu semakin hilang
Ji hyo:trumpet.kau kekal di sini.biar aku tengok dekat luar rumah.kau jangan buat bunyi bising.kalau tak,dengan aku sekali kene baham.
Trumpet membuat bunyi sedikit seakan akan ingin menghalang tuannya dari keluar rumah.ji hyo membulatkan matanya apabila trumpet membuat bunyi bising
Ji hyo:aku lempang kang!aku dah kata jangan buat bunyi kan.kekal je dekat sini.
Dia membuka pintu kayu itu dengan perlahan dan menutup semula pintu itu setelah keluar.dia menghala lampu kecil miliknya dan melihat sekeliling.tiba tiba dia ternampak ada satu susuk tubuh manusia separuh serigala sedang memandangnya tajam.
Ji hyo:oh tidak!
Dia berlari masuk ke dalam rumah tetapi disebabkan gelap,dia tergelincir masuk ke dalam sungai luar rumahnya yang agak dalam itu.habis tangannya terkapai kapai kerana dirinya tidak pandai berenang.habislah,tamatlah riwayat hidupnya.tiba tiba dia ternampak ada satu tangan yang menariknya keluar dari sungai itu
Dua puluh saat kemudian,dia cuba mencari nafas dan oksigen semula.Kemudian dia mula memuntahkan air yang banyak.matanya terus membulat apabila menyedari manusia yang mempunyai wajah separuh serigala sedang memandangnya tajam.ji hyo mula berdiri kaku lalu berkata
Ji hyo:siapa kau?kau ni apa sebenarnya?manusia..separuh serigala?
Kemudian makhluk misteri itu terus berlari dan merangkak seperti serigala menuju ke hutan yang tebal itu semula.gadis itu hanya memandang makhluk itu berlalu pergi.
Ji hyo:dia selamatkan aku?
Cendawan cendawan kecil yang tumbuh di halaman rumahnya sudah ketawa kecil.mereka menari nari dan berkata"si gadis malang bercinta dengan manusia separuh serigala?itu sangat pelik!"ji hyo sudah memandang tajam ke arah mereka
Ji hyo:kau semua tau apa pasal cinta?heh.lebih baik kau semua tutup mulut tu sebelum aku cabut satu persatu dari kamu.biar menangis mencari tempat tinggal baru
____________•____________
Ayam sudah berkokok petanda pagi sudah tiba.kelihatan ji hyo sedang menggalas begnya dan memegang tali kudanya.dia berjalan beriringan dengan kuda coklatnya itu.
Ji hyo:trumpet,kau tengok tu.
Gadis itu menutup mukanya separuh kerana terkena pancaran matahari.trumpet membuat bunyi sambil melihat orang ramai sudah menunggang kuda mereka menuju ke arah cahaya putih yang akan membawa mereka ke desa mati.tapi lain pula bagi ji hyo.dia mengajak kudanya ke arah hutan berhampiran rumahnya.dia membelai kepala kudanya.
Ji hyo:kau jangan risau.aku tau kita je yang akan seberang hutan tu.tapi percayalah.aku ada strategi aku sendiri.walauapapun,langkah berhati hati paling penting dengan cara hendap dari belakang.ok buddy?
Trumpet mengangguk perlahan dan ji hyo mula naik di atas belakang kudanya.dia memegang tali kuda itu dan mereka memulakan perjalanan.kelihatan dia membawa satu guni yang berisi epal untuk makanan kudanya.
___________•____________
"Penduduk di desa mati antara penduduk yang paling malang.mereka dipaksa berkerja keras seperti hamba oleh seorang ahli sihir yang kejam."
Dia sudah terbaring di atas trumpet yang masih berjalan sambil melihat buku bukunya.tangannya sudah menyentuh dagu sambil mengerutkan keningnya.kedua kakinya sudah dihayun hayunkan sambil menunggang trumpet
Ji hyo:trumpet,kau yakin ke niat kita hanya nak tangkap makhluk misteri tu semata mata?aku rasa macam ada yang tak kena dengan desa mati ni.nanti dulu!patut ke kita ke desa putaran waktu untuk kita selidik sejarah desa mati ni dulu?
Trumpet sudah membuat muka menyampah.ada ada je tuannya seorang ini.sudahlah dia pun kene terjebak sama dengan idea tak masuk akal ini.
Kemudian ada seekor tupai mula berlari dan naik di atas kuda itu.mereka sudah terkejut melihat haiwan kecil itu yang tiba tiba muncul
Ji hyo:apa kau nak hah,haiwan kecil?jangan kau nak curi makanan kami.
Tupai:aku dengar kau berdua nak tangkap makhluk misteri.adakah manusia separuh serigala yang kau maksudkan?
Trumpet susah terkelip kelip mata melihat tupai itu berbicara.tangan ji hyo sudah disilang.
Ji hyo:nampaknya kau macam tau di mana makhluk misteri tu bersembunyi bukan?
Tupai:itu kawan aku,oh sehun!
Ji hyo:hah?
Bersambung
YOU ARE READING
Si Gadis Pengembara
FantasiaSinopsis Si gadis pengembara Kisah seorang gadis bernama Song Ji Hyo yang tinggal di sebuah desa yang harmoni dan ceria.Dia merupakan seorang yang malang dan sering diejek oleh rakan rakannya.namun,kelemahan yang dialami tetap tidak mematahkan seman...