JIBRAN: MILIK AKU

46 1 0
                                    

Salam dan hi! Kita bersua lagi dekat Jibran: Milik Aku. Apa khabar semua? Semoga semua sentiasa dalam keadaan sihat dan bersemangat! Tempuhilah hari-hari anda dengan delulu! 

Jangan risau, cerita ni pasti akan saya update sampai complete sebab saya dah buat draft dalam 15 chapters lebih (cuma tak tahu slow update atau tak hehe). Hajat nak buat short story je cuma tak tahulah short ke tidak sebenarnya hahaha. 

Cerita ni agak cepat bagi saya sebab saya tak suka slow burn hehe. 

𝖧𝖠𝖪 𝖢𝖨𝖯𝖳𝖠 𝖳𝖤𝖱𝖯𝖯𝖤𝖫𝖨𝖧𝖠𝖱𝖠 & 𝖣𝖤𝖣𝖨𝖪𝖠𝖲𝖨

Cerita ini adalah hak cipta terpelihara. Tidak ada kandungan yang ada dalam cerita ini diterbitkan semula dalam apa jua cara melainkan atas izin penulis tersebut

Cerita ini tidak ada berkaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Ini hanyalah rekaan semata-mata.

Sebarang persamaan dalam cerita ini mungkin hanyalah satu kebetulan yang tidak disengajakan.

Terima kasih kepada sesiapa yang masih membaca cerita saya dan menyokong saya dari dulu sehingga sekarang.Dari Imam Misteri sampailah Jibran: Mine walaupun Imam Misteri sekarang ni dalam proses editing cuma saya malas nak edit Imam Misteri sebab terlampau banyak pelik-pelik macam Ustaz Aku Bad Boy.  

Saya sekarang ni tengah cuba membuat sesuatu yang baru iaitu menghasilkan cerita yang mempunyai moral dan berkualiti. Semoga menjadi sahaja dan tidak menjadi pelik-pelik. 

𝖲𝖨𝖭𝖮𝖯𝖲𝖨𝖲

Jatuh cinta pandangan pertama? Pelik. Jibran tak pernah pun jatuh cinta pada pandangan pertama tetapi selepas menjatuhkan pandangannya terhadap seorang perempuan yang merangkap senior dia Lunara, jantungnya berdegup dengan kencang. Dia seperti remaja jatuh cinta buat kali pertama.

"Itu akak yang hari tu kan? Kau suka dia ke?" -Iffat.

"She's my crush." -Jibran.

Semakin lama dia memerhatikan Lunara semakin kuat rasanya dia ingin memiliki Lunara. Dia tak nak bercinta sebelum kahwin kerana dia mempunyai impian ingin bercinta selepas kahwin. Oleh kerana tak menyabar, terus sahaja Jibran memulakan langkah mendekati Lunara.

"Saya nak nombor awak." -Jibran.

"Awak junior saya. Tak ada keperluan untuk saya bagi nombor telefon saya dekat awak. Tolong jarakkan diri awak." - Lunara.

Mengalah? Semestinya tidak. Kalau Lunara jual mahal jadi Jibran kena dekati wali Lunara agar memudahkan urusannya untuk memiliki Lunara. Tidak pernah pun terlintas dalam pikiran Jibran untuk menghasut abah Lunara dengan duit, dia hanya ikhlas menolong keluarga Lunara yang mempunyai masaalah kewangan.

"Betulke abah kata awak rasuah dia?" -Lunara.

"Astaghfirullah Luna! Saya tak rasuah sesiapa Luna untuk dapatkan awak. Saya ikhlas mencintai awak Luna." -Jibran.

"Abah kata awak beri dia duit beribu untuk dapatkan saya. Saya ni untuk dibeli ke Jibran?!" -Lunara.

"Macamtu sekali ke tuduhan awak dekat saya Luna? Saya tak pernah pun berkira dengan awak mahupun keluarga awak Luna. Tetapi inikah yang dibalas oleh keluarga awak dekat saya Luna? Saya ni hanya sumber bank keluarga awak ke Luna? Kalau macamtulah tanggapan keluarga awak dan awak percaya kata-kata abah awak tu, saya terkilan sangat-sangat Luna. Saya kecewa dengan awak." -Jibran.

"D, s-sayang salah." -Lunara.

Dengan ini bermulalah tirai Jibran: Mine. 
Mula: Ogos 14,2024
Berakhir

Jibran: Milik Aku (On-going)Where stories live. Discover now