+ Salam Jibran, ni Ruqayya
+ Saya nak berkenalan dengan awak boleh?"Kau kenal perempuan nama Ruqayya ke?" soalku kepada Iffat. Kepala digelengkan sebelum dia memandang aku dengan pandangan curiga.
"Kenapa?" Aku melihatkan Iffat text dari Ruqayya.
"Tekan contact dia. Ada common groups tak?" Iffat memerhatikan aku menekan.
"Weh, ni satu fa-"
"Ruqayya dan Jibran." Aku tercekik air liur.
"Apa dia Miss?" Miss Yani menggelengkan kepalanya.
"Awak ni tak fokus ke? Kan saya pilihkan partner kamu untuk assignment sem ni. Jibran, Jibran." Aduh mana satu Ruqayya ni?
+ Nampaknya kita kena berkenalan, kita jadi partner.
Dia nak aku balas apa ni?
- Ok.
Sebab apa dek? Sebab dia bukan Luna aku dek. Aku memfokuskan diri aku untuk mendengar bebelan dari Miss Yani. Dia ni sebenarnya nak mengajar kitorang atau nak membebel dekat kitorang sebab tak fokus kelas dia?
"Jibran, hai." Aku yang baru sahaja ingin menapak keluar dari kelas terhenti, begitu juga dengan Iffat. Aku memusingkan badan aku. Oh pendek juga dia, tetapi comel lagi Luna.
"Ya?"
"S-saya Ruqayya, jangan lupa save kontak saya tau. Nanti kita jumpa untuk bincang assignment," ujarnya dengan suara yang kecil. Aku menggaru kepalaku. Apa dia cakap ni?
"Hah? Tak dengarlah." Aku menundukkan sedikit badanku untuk mendengar ucapannya.
"Eh jangan dekat eh nanti jelah." Dia menarik baju kawannya dan terus meninggalkan kelas.
"Kenapa budak tu?"
"Dia baper tu. Hati-hati Jib. Nanti dia ingat kau bagi harapan," pesan Iffat.
"Tak naklah bagi dia berharap. Aku yang takut Fat dengan dia. Aku hanya nak Luna- speaking of mine, jom." Beg Iffat aku tarik sambil kaki melangkah laju menuju Luna yang sedang sakan bercerita.
"Tak! Dia sangat handsome! Aku baca tu kan, kaki aku asyik tendang angin!" ceritanya dengan bersungguh-sungguh.
"Parah sangat kau ni Nara. Patutlah single, duk berharap nak lelaki macam dalam novel." Luna menolak badan kawannya yang berkata sedemikian.
"Woi! Jahat kau ni Nara!" Mereka ketawa lagi.
"Luna!" panggilku. Kawan-kawannya memandang aku dan Luna berkali-kali.
"Ya kenapa?" Aku rindu dengar suaranya. Kaki aku menapak menuju dia, dah kenapa kawannya ni bagi jalan dekat aku macam aku tengah berjalan atas karpet merah?
"Nak nombor awak Luna." Aku menghulurkan telefon aku. Luna tak mengangkat pandangannya. Namun, aku tahu dia memandang telefon aku.
"Nara, bagi jelah Nara. Kau ni selalu merungut single, sekarang dah ada yang nak masuk jarum. Nara, Nara." Kawannya terus mengusik.
"Korang diam!" marah Luna dengan suara yang tertahan. Dengan perlahan, Luna mengambil telefon bimbit aku sebelm dia menekan nombornya.
"Dah, jangan text saya kalau tidak ada keperluan dan jangan text saya pada waktu malam," pesannya dengan nada tegas sebelum dia meninggalkan kawannya yang mengusik dia.
Aku dengan sengaja menekan call. Luna terhenti dan memandang telefonnya.
"Jibran, nama saya Jibran." Aku tersengih.
YOU ARE READING
Jibran: Milik Aku (On-going)
RomanceJatuh cinta pandangan pertama? Pelik. Jibran tak pernah pun jatuh cinta pada pandangan pertama tetapi selepas menjatuhkan pandangannya terhadap seorang perempuan yang merangkap senior dia Lunara, jantungnya berdegup dengan kencang. Dia seperti rema...