Jatuh cinta pandangan pertama? Pelik. Jibran tak pernah pun jatuh cinta pada pandangan pertama tetapi selepas menjatuhkan pandangannya terhadap seorang perempuan yang merangkap senior dia Lunara, jantungnya berdegup dengan kencang. Dia seperti remaja jatuh cinta buat kali pertama. "Itu akak yang hari tu kan? Kau suka dia ke?" -Iffat "She's my crush." -Jibran Semakin lama dia memerhatikan Lunara semakin kuat rasanya dia ingin memiliki Lunara. Dia tak nak bercinta sebelum kahwin kerana dia mempunyai impian ingin bercinta selepas kahwin. Oleh kerana tak menyabar, terus sahaja Jibran memulakan langkah mendekati Lunara. "Saya nak nombor awak." -Jibran. "Awak junior saya. Tak ada keperluan untuk saya bagi nombor telefon saya dekat awak. Tolong jarakkan diri awak." - Lunara. Mengalah? Semestinya tidak. Kalau Lunara jual mahal jadi Jibran kena dekati wali Lunara agar memudahkan urusannya untuk memiliki Lunara. Tidak pernah pun terlintas dalam pikiran Jibran untuk menghasut abah Lunara dengan duit, dia hanya ikhlas menolong keluarga Lunara yang mempunyai masaalah kewangan. "Betulke abah kata awak rasuah dia?" -Lunara. "Astaghfirullah Luna! Saya tak rasuah sesiapa Luna untuk dapatkan awak. Saya ikhlas mencintai awak Luna." -Jibran. "Abah kata awak beri dia duit beribu untuk dapatkan saya. Saya ni untuk dibeli ke Jibran?!" -Lunara. "Macamtu sekali ke tuduhan awak dekat saya Luna? Saya tak pernah pun berkira dengan awak mahupun keluarga awak Luna. Tetapi inikah yang dibalas oleh keluarga awak dekat saya Luna? Saya ni hanya sumber bank keluarga awak ke Luna? Kalau macamtulah tanggapan keluarga awak dan awak percaya kata-kata abah awak tu, saya terkilan sangat-sangat Luna. Saya kecewa dengan awak." -Jibran. "D, s-sayang salah." -Lunara. Cover by: PutraRize_
9 parts