Aku termenung merenung kawasan rumah aku melalui tingkap bilik yang terbuka. Kenapa aku selalu teringat Luna? Sedangkan sebelum ni aku tak pun pernah macam ni?
"Abang kahwin muda ke?" soalku kepada Abang Faith. Dia membawa aku untuk duduk ditangga. Isterinya sudahpun masuk ke dalam masjid bersama anak mereka manakala walid dah bersembang tengan Tok Imam Haqim.
"Ya. Saya kahwin muda. Saya bertunangpun waktu tingkatan enam atas, lepas habis sekolah terus kahwin walaupun kami terpaksa berjauhan disebabkan saya dan isteri belajar luar negeri. Anak pertama kami pun lahir selepas graduation degree. Awak dah berpunya?" Aku baru sahaja nak memberi komen tentang perkahwinan dia tetapi soalannya membuatkan aku tersedak.
"T-tak ada bang. Saya bujang dari lahir." Dia menganggukkan kepalanya.
"Awak fokus dulu belajar. Kalau awak nak ada isteri pastikan awak dah bersedia menghadapi semuanya." Jeda. Aku selalu mendengar nasihat sebegitu. Memang orang tak suruh aku kahwin ke?
"Saya macam ada firasat awak ada minat seseorang?" Aku dengan muka terkejut memandang dia.
"Ketara sangat ke bang?" Abang Faith ketawa.
"Saya saja je, itu helah saya tak sangka pula awak termakan." Tangan aku nak je naik menjentik dia tetapi aku hanya diam tidak berkutik.
"Tetapi bang, dia macam tak ada minat nak bercinta bang. S-saya cuba dekati dia bang tetapi dia selalu menghindar dari saya," luahku.
"Ini kali pertama saya rasa... saya jatuh cinta pandangan pertama dekat dia. I've never been fall in love before but once I saw her, I lost in her beautifulness. It feels like I see my future in her," sambungku lagi. Aku merenung lantai marmar masjid.
"Dekati wali dia Jibran. Ambil hati kedua ibu bapanya. Awak juga kena betulkan niat awak. Saya pernah melakukan kesilapan saya dulu dan saya tak nak awak mengikutinya. Jangan bawa dia bercinta sebelum kahwin. Itu zina Jibran," pesannya dengan nada tegas.
Aku juga takut kalau aku ajak dia couple. Ya Allah, memang susah sangat nak kawal perasaan cinta ini. Aku mengambil telefon bimbit aku tetapi Luna tak nak aku chat dia malam-malam tetapi ini penting tetapi... banyak pula tetapi kau Jibran! Aku memarahi diriku sendiri.
- Luna, jangan marah saya chat awak malam-malam.
- Ini hal penting.
- Saya nak nombor ayah awak.Aku rasa nak tanam diri aku, apa Luna akan react dengan chat aku? Cuma tak ke dia nampak aku betul-betul nak dia?
+ Awak betul-betul ke ni Jibran?
- Ya betul Lunaaaaaaaaaa
+ Awak jangan chat pelik-pelik dekat abah saya! Dahlah saya nak tidur!Aku tersengih. Comel.
✿ - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ✿
Untuk sekian kalinya aku mengesat peluh tangan aku di seluar. Kenapa aku nervous sangat ni? Aku tak pernah nervous begini.
"Jibran?" Aku memandang seorang lelaki yang lebih muda dari walid mengambil tempat di hadapanku.
"Betul, ini abah eh maksud saya ayah Luna?" Dia memandang aku lama. Dari atas sampai bawah.
"Ya. Saya abah Lunara. Ada apa nak jumpa saya?" Takut pula aku dengan abah Luna ni. Luna kenapa abah awak macam garang?
"Sebenarnya saya jumpa pak cik sebab saya nak bagitahu saya suka anak pak cik eh tak, saya jatuh cinta dekat anak pak cik. Saya tak nak ada hubungan dengan anak pak cik sebelum nikah, jadi saya nak minta izin pak cik nak kahwin dengan dia," ujarku dengan tenang. Abah Luna kelihatan terkedu.
"Umur awak berapa tahun?"
"21 tahun, saya muda satu tahun dari Luna." Abang Luna diam. Dia menghembuskan nafasnya.
"Saya bukan tak nak beri izin dekat kamu Jibran, cuma sekarangni kami ada masalah kewangan Jibran. Macamana saya nak bayar semuanya kalau kamu dah kahwin dengan Nara?" Dahi aku berkerut.
"Maksud pak cik?" soalku perlahan.
"Saya dan isteri masih lagi berhutang duit dekat Nara. .Kewangan kami belum cukup untuk bayar semuanya. Kalau Luna dah kahwin, pasti susah untuk kami minta duit," jujurnya tanpa ada rasa serba salah. Jadi inikah yang Luna maksudkan? Yang aku dengar dia menangis dalam kereta tu?
"Pak cik berhutang dengan dia berapa ringgit?"
"Sudah beribu Jibran." Aku menelan air liur aku. Banyak juga.
"Dan semua duit dia, dia dapat dari elaun universiti."
"Saya boleh bantu pak cik. Saya boleh beri duit lebih dekat pak cik." Abah Luna memandang aku. "Betulke Jibran?" Aku mengangukkan kepala aku.
"Saya akan beri wang tetapi tidaklah banyak mana, mungkin boleh cover balik kewangan pak cik. Syaratnya pak cik kena izinkan saya kahwin dengan Luna walaupun dia tak nak."
YOU ARE READING
Jibran: Milik Aku (On-going)
RomantiekJatuh cinta pandangan pertama? Pelik. Jibran tak pernah pun jatuh cinta pada pandangan pertama tetapi selepas menjatuhkan pandangannya terhadap seorang perempuan yang merangkap senior dia Lunara, jantungnya berdegup dengan kencang. Dia seperti rema...