Kau siapa?!

11 3 0
                                    

Di dalam mimpi..

Garry sedang berjalan di suatu tempat yang sangat gelap, tiba tiba muncul suara perempuan dari belakang.

"Garry"

Garry menoleh ke belakang, melihat benda putih yang berbentuk seperti sesorang perempuan.

"Kau siapa?"

Lalu entiti untuk menjawab.

"Tak penting, apa yang penting sekarang kau."

"Aku?" Jawab Garry mula muskir.

"Kau dalam bahaya." Kata entiti itu

"Ape maksud kau -"

Ringg Ringgg Ringgg!!

Loceng di dalam bilik Garry berbunyi menyebabkan Garry terbangun dari mimpi. Dia memandang ke luar tingkap yang berada dalam biliknya .

"Apa aku mimpi tadi, hmm."

*Garry POV*

Hai, nama singkatan aku Garry, aku pelajar biasa, dengan hidup biasa. Harini hari akhir aku untuk ke sekolah, sebagai sesorang pelajar semua orang tahu tamat sekolah adalah mimpi untuk semua pelajar termasuk aku tapi semuanya tak semudah di sangka.

End POV

Seperti biasa Garry sampai ke sekolah di sambut oleh rakan kelas tingkatan 5. Di mulai dengan perhimpunan akhir dengan ucapan pengetua Dan akhir sekali dengan ucapan Top Student sekolah itu iaitu Sarah.

Tanpa Garry sedari sepanjang ucapan Sarah itu dia selalu memandanh Garry tanpa Garry sedari.

Ringggggggg!!

"Akhirnyaaaaa, Habis pun sekolah!!" Garry melepaskan keriangan.

"Itulah aku banyak plan cuti panjang ni." Kata Sam rakan kelas Garry sambil berjalan ke arah pintu pagar.

"Bestnya dah ada plan, aku tak tahu ape nak buat, maybe tido je kot." gurau Garry

Sam tersengeh mendengarnya. "Banyak la kau, okey la aku jalan sini."

"Wokeh Sam, See you when i see you." Lalu membuat salam sahabat mereka.

Garry POV

Plan apa sahaja aku boleh buat cuti ni? Aku biasa kalau ada masa kosong, tidur sahaja , tidak pun main game. Argh, kenapa aku nak stress benda macam ni, akhirnya aku dah bebes dari sekolah takde lagi study, freedom!!

"Jangan bergerak kalau taknak mati."

Seorang lelaki berbaju hitam dengan topeng hitam tiba tiba menahan ku, nampaknya tangan dia seperti sedang bercahaya biru.

Aku sangat terkejut dan ketakutan, tidak bisa bergerak kaki aku kaku.

Aku akan mati ke? Fikiran aku tidak boleh memikirkan apa apa cara untuk lari. Lelaki itu bijak untuk memilih jalan ini , tiada orang, gelap dengan masa yang sangat sesuai waktu orang tengah tak ramai. Dia seolah oleh sudah lama memerhatikan dan rancang untuk aku, pelik, semua ni untuk seorang budak mentah macam aku?

"Ikut aku, dan jangan buat bising."

Aku mengangguk, untuk apa aku melawan kalau aku tak mampu, hanya menempah maut sahaja. Mungkin dia orang baik cuba nak selamat kan aku? 

Aku makin terkejut bila melihat sebuah portal tiba tiba muncul di belakang lelaki itu. Mata aku seperti ingin terkeluar, apa yang sedang berlaku ni?

Lelaki itu menarik badan aku dari depan menolak aku ke portal itu, sedikit lagi aku ingin masuk tiba tiba Sarah muncul di hadapan aku.

"Lepaskan dia!"

Jerit Sarah dengan kuat aku terkejut, memang tidak henti dengan kejutan dari tadi. Lelaki itu menolak aku sehingga jatuh dan membaling guli lalu guli itu bertukar kepada perangkap membuat kan aku terperangkap hanya bisa melihat.

Lelaki itu mengeluarkan lagi cahaya biru dari tangannya lalu menghayunkan ke arah Sarah, lalu ais keluar entah dari mana ke arah Sarah.

Sarah dengan mudah mengelaknya lalu berlari ke arah lelaki itu. Tangan Sarah mengeluarkan api lalu di lontarkan ke arah lelaki itu.

Lelaki itu tersengeh lalu muncul dinding air menyebabkan keluarnya Wap yang tebal menganggu penglihatan Sarah.

"Memang betul ii dah bersedia eh korang, hantar mutan ais untuk lawan aku?"

Tiba tiba muncul ketulan ais tajam dari belakang Sarah, Namun dengan mudah Sarah mengelak serangan itu seperti dia sudah terlatih untuk bertarung dalam situasi ini, gerakkan itu bukan orang normal boleh buat melainkan latihan. 

"Tidak bersedia kalau aku tak boleh nak kalah kan kau!" Mutan berang kerana dia masih tidak dapat kalahkan perempuan yang berumur 17 tahun dalam perlawanan 1v1. 

Kemudian dia mengeluarkan Ais yang membara dari seluruh badan dia. "Sejuk.." aku mula rasa muka aku seperti ingin menjadi ketulan ais. 

"Apa kau cuba nak buat?" kata Sarah dengan tenang, ais ais yang  berada di sekeliling Sarah mula untuk cair. 

"Aku takde masa nak main dengan kau lagi budak." 

"Jadi kau nak bekukan aku sekali dengan tempat ni, kau dah gile?" 

Lelaki itu hanya menghiraukan Sarah, kelihatan baju Sarah mula menjadi keras sedikit demi sedikit. 

"Selamat tinggal." Kata lelaki itu dengan nada sinis lalu dia mula untuk mengeluarkan gelombang ais yang sangat kuat. 

Beberapa detik sahaja lagi sebelum gelombang ais itu sampai kepada aku, tiba tiba muncul lelaki berbaju hitam, aku tak dapat nak lihat mukanya, dia meneliportkan aku dengan Sarah keluar dari situ. 

BOOMMMMMM!!!

"Tch!" Lelaki itu mengenggam penumbuknya kuat bila melihat tiada lagi Sarah dan aku disitu. 

..........

"Sipi sipi je lagi aku nak jadi kentang goreng tadi kau tahu tak?!" Marah Sarah kepada lelaki yang berbaju hitam itu. 

"Nasib aku datang, kau tak bersyukur lagi?" kata lelaki itu sambil tersenggeh senggeh. "Nasib kau datang?! Kau patut jaga dia kau tahu tak!" Sarah makin berang dia mula untuk mengenggam kolar baju lelaki itu. 

"Woah, Sarah, tenang." Kata aku walaupun aku tak mahu nak masuk campurr, tapi aku banyak soalan nak tanya dekat diaorang tambahan, dekat mana aku sekarang ni?

"Ha, dengar cakap dia tuh," kata lelaki itu seperti ingin mengusuk Sarah lagi. 

"Diam, kau jangan nak masuk campur budak lemah!" kata Sarah direct terus menusuk ke hati aku, aku seakan akan kena tembakan di hati. 

"Chill, ada sebab aku tak tolong kau tadi, kau tak nampak lelaki tu buka portal teliportasi tadi, kalau dia boleh bukak portal macam tu dekat mana mana kau tak rasa yang akan ada orang lain yang akan serang hendap kita? Lagipun, kalau dia keluarkan Ais yang kuat tadi,  kau masih boleh tahan dengan api kau, ke sebab kau takut?" 

"K-kau...!" Sarah nampak macam nak petah lagi, tapi apa dia cakap ada betul juga. 

"Sarah, Kimi, sudah." kata satu suara dari belakang aku, kelihatan seorang lelaki berkaca mata seperti berusia 30 an. 

Sarah dan Kimi mendengar suara itu dari belakang terus kelihatan takut macam baru nampak hantu. "Kamu berdua boleh pulang ke bilik masing masing, biar saya uruskan Garry dari sekarang." 

"Ouh, Garry nama kau, Halo!" kata Kimi sambil melambai ke arah aku seperti kanak kanak. 

"Sekarang!" kata lelaki berkaca itu dengan nada yang tinggi, Kimi dan Sarah terus mengangguk dan berlari keluar. 

"Maaf ya atas kekecohan tadi, mereka berdua tu memang selalu gaduh tapi sebenarnya mereka sangat rapat," 

Patutla dia cepat sangat angin dekat Kimi, tapi Kimi pun sakat dia selalu dari awal. 

"Ouh lupa, nama aku Gallahad, aku antara guru dekat sini, dan orang yang akan menjaga kau sepanjang berada disini." 

Jaga aku?Dari siapa?

"Selamat datang ke Sekolah Mutan of West Garry." 

Sekolah MutanWhere stories live. Discover now