"Semalam aku tamat sekolah dan harini aku kena mulakan dengan hari sekolah baru, kelakar." bisik diri ku dalam hati, aku memandang ke arah pintu besar yang berada di hadapan aku. Jam menunjukkan pukul 8.40 aku dah lambat 10 minit, aku tak dapat tidur langsung sebab fikirkan apa yang sedang berlaku. lepastu..
Semalam..
"Saya rasa ada salah faham ni En. Gallahad, saya bukannya mutan atau ada kuasa apa pun yang korang panggil." kata ku bingung dengan keadan sekarang.
"Jangan panggil aku En.Gallahad, orang kat sini panggil aku Cikgu je, dan lagi satu tak perlu formal sangat dengan aku ya." kata Gallahad sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.
"Nah, cuba kau pegang." kata Gallahad sambil menghulurkan aku guli berwarna putih.
"Apa ni?" kata sambil memegang guli putih itu, tiba tiba dia bercahaya dengan sangat terang sehingga menjadi panas. Panas! lalu aku terlepaskan guli itu sehingga jatuh ke lantai.
Gallahad melihat ku dengan muka serius untuk beberapa saat ketika guli itu bercahaya.
"Guli yang kau pegang ni bukan guli biasa, guli ni kalau bercahaya maksudnya kau adalah mutan." kata Gallahad sambil mengambil semula guli yang aku jatuhkan tadi.
Aku.. mutan? Maksudnya selamani aku ada kuasa tapi aku tak gunakannya, agak cool juga tapi kalau kuasa aku yang lemau lemau baik tak payah tapi kalau lemau takkan lelaki bertopeng tu nak tangkap aku, baik aku tanya siapa lelaki bertopeng tu.
"Siapa lelaki yang bertopeng tu?" soal aku terus keluar dari mulut.
"Oh, lelaki yang serang korang tu? Dia tu salah satu dari organisasi gelap yang salah gunakan kuasa untuk benda benda diaorang nak, sekarang diaorang tengah cari mutan mutan yang kammi belum dapat jumpa untuk jadikan bala tentera diaorang. Tapi jangan risau, kau selamat dekat sini, diaorang tak berani nak datang sini setakat ni."
Organisasi gelap? Tiba tiba kepala aku terasa seperti tersentak, otak aku seperti diperah ingin mengeluarkan data tapi tak dapat. Aku memegang dahi aku dengan tangan kiri aku untuk menahan sakit.
"Garry? Kau kenapa?"
"Tak, mungkin aku cuma penat," tipu ku walaupun sakit macam nak tengah kena cucuk dengan panah dekat kepala.
Selepas itu dia terus bawa aku ke bilik, pelik, sepanjang aku berjalan ke bangunan di mana ada bilik aku, aku tak nampak sorang pun mutan lain.
"Ni, bilik kau, setiap bilik seorang, baju baju semua dah ada dalam almari, perlukan apa apa telefon je aku, ouh lagi satu, esok kau akan ke kelas ya," kata Gallahad dan mula untuk menutup pintu.
"Kelas? EH kejap-kejap, maksud kau?!" kata aku dengan penuh terkejut tapi Gallahad abaikan sahaja dan terus menutup pintu.
Aku terus terbaring
"Sesiapa tolong keluarkan aku dari sini!"
Sekarang...
Aku membuka pintu dengan perlahan sambil melihat ke dalam kelas, semua orang memandang aku dengan pelbagai reaksi, 5 perempuan 4 lelaki, memang bagus lah aku masuk kelas ni, ngam ngam untuk aku.
"Ouh awak budak baru yang Gallahad bagitahu tu?" kata satu suara dari nada ceria.
"Dia jumpa dengan Cikgu Gallahad?"
"Srs la?!"
"Jarang-jarang nampak dia kat sini,"
Satu kelas nampak terkejut dengar nama Gallahad, mungkin dia famous dekat sini.
YOU ARE READING
Sekolah Mutan
AdventureGarry, 17 tahun ingin menamatkan sekolahnya dengan tenang. Namun tidak semudah itu apabila sekumpulan lelaki berbaju hitam cuba untuk menyerang dia. Mimpi yang sama berulang kali setiap hari yang memperlihatkan seorang perempuan berbaju putih "Kau d...