AKU hanya memandang mata coklat kehitaman tu. "Apa Han? Dheo Han ke?" Serius aku blur. Manalah tahu ni adik beradik Dheo. Han sekali lagi ketawa macho. "Awak ni tak faham bahasa melayu ke eh patutla awak bukan orang melayu rupanya." Aku tahu yang rambut aku ni berwarna ash blonde dengan mata warna biru ni memang tak nampak melayunya.
"Errr...saya mix aje tapi saya Ori melayu" sekali lagi Han terkejut beruk. "Awak tipu ek?" Kata Han sambil mengerakkan jari telunjuknya ke Kiri Dan ke kanan. Eh mamat ni Dari tadi Aku cakap bahasa melayu ke bahasa Itali? Mana satu sebab rasanya aku cakap bahasa melayu. Aku berdehem. "Scusa ma credo che parlassi malese ora parlo solo italiano" Han hanya memandang ku pelik seperti aku ni kak limah balik rumah.
"Sorry sorry, saya tak pernah dapat customer mix. Tu yang jakun sikit. Apa nama awak tadi, cutie?" Kata kata Han membuatkan aku rasa macam nak muntah pelangi ye kawan kawan.
"Naura Qalisha"
"Oh nama melayu tapi sangat cantik macam tuan dia!" Aku hanya terkebil kebil melihat mamat hantu ni eh Salah Han ni. "Jangan la pandang saya lama lama! Tergugat Iman saya tengok mata biru awak!" Aku mengeluh kecil sebelum mengatur langkah untuk beredar Dari situ, tetapi nama ku kembali di seru. Aku berpusing mengadap Han. "Apa dia" Han menggeluarkan sekeping kad kecil Dan disuakan ke aku. "Tu nombor saya. kalau rasa nak minum Starbucks free, just call me anytime" Terus Terbuntang mata aku. Starbucks free siapa je yang tak nak. Dengan cepat aku melangkah berlalu dari situ. Well ini sangat pelik. Hanya pasal Starbucks aku terus dapat nombor.
SAMPAI je di kampus, nama aku diseru. Aku menoleh sebelum terasa terkejut kerana yang menyeru nama aku tak lain tak bukan mestilah Mr. Perfect nerdku. Uhm au- eh Naura..saya minta maaf sebab semalam saya cakap kasar dengan awak mesti awak terasa dengan saya" kata kata Ralief membuatkan aku pelik. "Setahu saya semalam awak just cakap sorry! Saya tak nampak benda tu masalah pon?" "Shit" gumam Ralief. Aku langsung tak rasa Ralief tak bahaya pon seperti yang dikatakan Ryder. "Maksud saya..saya minta maaf sebab saya langgar awak kasar sangat semalam" kata Ralief sebelum pergi meninggalkan aku yang terpinga pinga ni.
AKU rasa hari ini adalah hari kesepuluh aku bertanya soalan Sama pada Avia. "Wei Avia, Ryder marahkan aku lagi ke?" Melihat riak muka Avia yang risau itu telah memberikan jawapan. Ryder Masih marahkan aku. Tapi kenapa? Aku hanya suka Ralief. "Maybe si Ryder suka kau tak sebab tu dia tak bagi kau pandang lelaki lain?" Ujar Ainul sambil menepuk bahuku. Takkan la Ryder suka aku? Kita orang hanya kawan biasa je kan? Bagaikan ada mentol bercahaya di sebelah kepalaku. Ryder sangat suka kan espresso! Jadi tak Salah aku belikan or ambil je free Dari Hans.
"Dahlah daripada aku layan korang yang macam terkena jangkitan beruk ni baik aku gi Starbucks!" Maka aku berlalu dari situ diikuti oleh Ultraman zero ketod di belakang aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/333926810-288-k757524.jpg)
YOU ARE READING
𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 [OG]
حركة (أكشن)BERMANDIAN DARAH SUDAH BIASA BAGINYA. SEORANG MAFIA YANG HIDUP DI DUNIA PENUH PENIPUAN DAN KEJAM. IT'S ALL STARTED WITH A LIE ALEX RYDER GRAYSON X NAURA QALISHA "Sebab tu aku kekalkan identiti sebagai Ralief untuk protect Naura" -Alex Ryder Grayson ...