BAB 96

7.6K 756 134
                                    

Jangan lupa votes dan comments 🌼

INAYA menangis teresak-esak sambil memandu kereta Iskandar. Hatinya pedih dan sakit. Iskandar tetap memilih Aileen dan Iskandar langsung tidak mahu membela dirinya di hadapan Syed Adib.

Dia hanya isteri yang tidak dimahukan oleh suaminya. Salah dia mahukan lelaki itu sejak dulu. Saya dia mencintai lelaki sampai sekarang. Salah dia kerana tidak pernah mencuba untuk lupuskan perasaannya.

Inaya memberi signal ke kiri lalu dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menangis teresak-esak sambil menekup wajahnya dengan tangan.

"Sakit...." adu Inaya pada dirinya sendiri. Dadanya diusap kasar. Sesak. Dia mahu hilangkan rasa itu. Dia hanya mahu bahagia untuk seketika walaupun tanpa Iskandar.

"IKUT aku kejap," arah Iskandar kepada Syed Adib yang sedang bergelak tawa bersama-sama teman mereka. Mereka yang lain mula memandang Iskandar yang mempamirkan muka ketatnya.

"Kau kenapa Is? Mana trophy wife kau?" soal Akif, kawan karib Syed Adib sambil tersenyum mengejek.

"Kau diam. Adib kau ikut aku," arah Iskandar. Syed Adib mengangkat keningnya

Iskandar melangkah meninggalkan dewan. Syed Adib memandang Akif kebingungan lalu dia melangkah mengikuti Iskandar dari belakang.

Iskandar berhenti melangkah apabila sampai di belakang dewan. Dia memusingkan badannya menghadap Syed Adib. Giginya diketap dan tangannya dikepal.

"Kau cakap apa dengan bini aku?" soal Iskandar serius.

Syed Adib tersenyum. "Kau mesti suka. Aku hina perempuan tu. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah," balas Syed Adib selamba. Iskandar menarik kolar baju melayu cekak musang berwarna merah yang tersarung pada tubuh Syed Adib sambil merenung tajam wajah lelaki itu. Riak wajah Syed Adib mula berubah. 

"Kau tak ada hak nak hina isteri aku!" kata Iskandar geram.

"Kau juga yang suruh aku hina dulu dan buat reunion semata-mata nak aku hina dia. Kenapa sekarang tak boleh?" soal Syed Adib sambil mengangkat keningnya.

"Dulu aku tak hargai dia sebab aku bodoh! Sekarang cinta aku sepenuhnya untuk Inaya. Sekali lagi kau hina isteri aku mati kau aku kerjakan," kata Iskandar serius memberi amaran. Matanya tajam menikam mata Syed Adib.

Iskandar melepaskan kolar baju melayu Syed Adib lalu melangkah melintasi Syed Adib. Dia mahu pulang ke rumah untuk memujuk isterinya! Dia mahu pulihkan hubungannya dengan Inaya.

"Perempuan yang terhegeh-hegeh macam Inaya tu tak layak untuk dapat cinta kau Is." Syed Adib sengaja memprovok. Iskandar memusingkan badannya kembali menghadap Syed Adib. Mereka saling merenung tajam.

"Kau ceraikan jelah perempuan tu."

Buk!

Wajah Syed Adib terteleng ke kiri akibat tumbukan Iskandar. Dia memandang Iskandar. "Kau kenapa gila?" soal Syed Adib.

"Aku tak akan lepaskan Inaya. Kau memang tak akan ada harapan untuk dapatkan dia," kata Iskandar tegas.

Buk!

Wajah Syed Adib terteleng lagi. "Tumbukan ni sebab kau berani hina isteri aku. Kau buat lagi memang lembik aku kerjakan kau." Iskandar segera berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari Syed Adib.

"ISKANDAR awak nak ke mana?" soal Aileen sambil mengejar Iskandar dari belakang. Sebaik sahaja melihat lelaki itu pamitan dengan Taufiq terus dia mengejar Iskandar.

Iskandar berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Dia memusingkan badannya menghadap gadis itu. Dia merenung Aileen dengan wajah tanpa perasaan.

"Awak nak balik dah ke? Majlis tak habis lagi. Kita tak bergambar lagi dengan kawan-kawan yang lain." Aileen berkata sambil merenung wajah yang dia rindui itu.

"Awak tak faham bahasa ke Aileen?" soal Iskandar tertekan. "Saya tak mahukan awak lagi! Tak cukup ke awak menipu saya selama ni? Konon-kononnya awak yang hantar bekal pada saya sedangkan bekal itu dari Inaya?" soal Iskandar lagi. Aileen terdiam.

"I already told you that I love my wife! Saya cintakan Inaya sepenuh hati saya sejak dulu. Saya baru sedar semua tu. Saya tak cintakan awak Aileen. Awak hanya tempat saya berseronok dan sakitkan hati Inaya. Maafkan saya," ungkap Iskandar.

Airmata Aileen mengalir mendengar kata-kata Iskandar. "Awak mainkan perasaan saya Is. Saya betul-betul cintakan awak," luah Aileen.

"Saya minta maaf Aileen. Kita sama-sama silap. Saya pilih Inaya. I love her," ucap Iskandar.

"NAK kunci kereta," pinta Iskandar pada Haydar yang baru sahaja sampai.

"Eh... kau nak pergi mana? Mana kereta kau?" soal Haydar sambil mengerutkan dahinya.

"Inaya balik dengan kereta aku. Jadi sekarang aku nak balik rumah. Jumpa dia," balas Iskandar selamba. Kunci kereta dari tangan Haydar dia rampas lalu segera melangkah ke arah kereta Range Rover putih milik Haydar.

"Is nak ikut."

600 VOTES AND 100 COMMENTS TO UNLOCK 🔓 NEXT CHAPTER

THANK YOU 🌼

MEMORIESWhere stories live. Discover now