Budak itu bermain dengan jarinya malah dahi nya sudah berpeluh.
"Murid!Sudah tiba masanya cikgu mengumumkan siapakah yang akan dapat tempat pertama di dalam kelas. Sama ada Rafiq atau Aiman" seloroh wanita yang bergelar Cikgu Mariam itu.
Rafiq sudah gelisah . Takut dia akan mendapat tempat kedua.
"Tempat pertama dalam kelas tahun ini di menangkan oleh....Aiman! Dan tempat ke dua jatuh kepada Rafiq. Tahniah kamu berdua" kata wanita itu lalu semua murid dikelas menepuk tangan mereka atas kemenangan Rafiq dan Aiman.
"Tahniah Aiman!" ucap kawan budak itu seraya menepuk bahu Aiman. Budak lelaki yang bernama Aiman itu tersenyum penuh suka kerana seseorang memujinya.
Lalu mata nya terjatuh pada Rafiq yang sedang mengenggam tangan nya. Wajah budak lelaki itu seperti gelisah.
'Tak kan la dia dendam dengan aku?' bisik hati Aiman.
"Ok murid-murid. Minggu depan jangan lupa datang sebab kita akan ada hari anugerah cemerlang. Kepada yang dapat anugerah tu saya minta kamu bagitahu pada mak dan ayah kamu supaya datang ya. Ok semua dah boleh balik" seloroh Cikgu Mariam.
"Baik Cikgu! " jawab semua pelajar di dalam kelas itu.
"Ketua kelas! " panggil wanita itu.
"Terima kasih cikgu!" kata Aiman setelah bangun dari kerusi nya.
"Terima kasih cikgu!" semua murid mengikut nya.
Lalu cikgu Mariam pun berlalu keluar dari kelas.
"Wei jom main bola dekat padang petang ni?" ajak budak lelaki itu kepada Aiman.
"Boleh jugak!Petang ni pukul lima" kata Aiman yang sedang memasukkan buku-buku nya di dalam beg.
Rafiq cepat cepat mengemas buku dan dimasukkan ke dalam begnya.
"Kau orang tak nak ajak Rafiq ka?" tanya Aiman. Dia cuma kesian pada Rafiq kerana budak lelaki itu tidak mempunyai kawan. Sekurang-kurangnya boleh lah dia jadi kawannya.
"Tak payah ajak dia. Dia bukan suka kawan dengan kita pun. Tengok lah muka pun dingin ja" kata budak lelaki yang bernama Nizam.
Skrekk!!!
Terkejut satu kelas apabila Rafiq bangun dengan tiba tiba dari kerusi nya sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.
Rafiq mengalas beg nya lalu dia berlalu keluar dari kelas itu begitu sahaja.
"Kau lah. Tengok dia dah marah tu" kata budak lelaki yang terlepas cakap tadi .Budak itu bernama Nizam
"Mana ada. Aku kata sikit ja itu pun nak terasa" ujar Nizam yang cuba menegakkan kebenaran.
Aiman hanya tersenyum.
_______
"Akak pergi kerja dulu tau" kata Aiza pada adik-adiknya.
YOU ARE READING
SILENT PAIN
AdventureKisah seorang gadis yang sentiasa malang. Jarang tersenyum kerana luka yang di beri oleh orang tuanya. Serta mempunyai dua adik lelaki yang menyerikan hidupnya. Gadis itu serta adiknya di paksa dari kecil menjadi bijak dan belajar agar mendapat nom...