Aiza mundar-mandir di tempat yang sama. Hati nya dari tadi tidak aman. Dari adiknya di bawa masuk ke zon merah lagi dia sudah gelisah. Ini sudah tiga puluh minit dia menunggu di luar.
Lalu pintu bilik pun terbuka dan doktor lelaki yang berumur 30 an pun menghampiri Aiza. Lantas gadis itu berlari menghampiri doktor lelaki itu.
"Awak waris Rayn Rafiq ka? " soal doktor lelaki itu.
"Ya saya, kakak dia"jawab Aiza.
"Ok saya cuma nak beritahu yang dia akan di tahan dalam wad. Dan sekarang dia mengalami demam. Tapi jangan risau sebab kami sudah suntik ubat padanya. Lepas ni saya akan pindahkan dia pada wad biasa dan awak boleh melawat dia. Ok?" terang doktor itu panjang lebar.
"Ok doktor .Terima kasih"ucap Aiza. Lega hati nya setelah mendengar berita kesihatan adiknya.
Doktor lelaki itu mengangguk kepala nya sebelum berlalu pergi.
________
Reza terjaga kerana bunyi jam nya. Langsung dia menutup jam loceng itu.
Dia melihat keadaan sekelilingnya. Sudah larut malam.
Setelah sel otak nya berhubung akan kejadian tadi terus dia turun dari katil lalu berlari keluar dari biliknya.
Kakinya yang kecil itu menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa. Akibat kaki nya yang pendek menjadikannya lambat turun.
"Abang!!"panggil budak itu. Dia berlari menujuk ke bilik store untuk mencari abangnya.
"Abang!!!!! " panggilnya lagi dengan membuka pintu bilik store. Malah tiada siapa di dalamnya.
"Abang!!! " panggil budak itu lagi ,kali ini air matanya sudah turun.
Budak lelaki itu menangis sambil berlari mencari abangnya di sekeliling rumah itu malah tidak jumpa.
Sudah letih mencari abang nya dia pun terduduk di lantai sambil menangis teresak-esak.
"Reza! Ya Allah! " pantas Mak esah menghampiri budak itu apabila dia ternampak budak lelaki itu menangis sambil memanggil nama abangnya.
"Sabar ya Reza. Akak tengah bawa abang pergi hospital. Kejap lagi balik lah tu. Sabar ya sayang~" pujuk wanita itu seraya memeluk Reza sambil mengelus rambut budak lelaki itu.
Reza membalas pelukan Mak Esah lalu dia menangis di bahu Mak Esah.
_________
Aiza menolak pintu wad sebelum kaki di langkah masuk ke dalam.
Dia menghampiri katil Rafiq. Dia melihat adiknya yang kesakitan itu dengan penuh kasihan. Mahu sahaja dia menangis buat kali kedua.
"Fiq, akak tahu Fiq kuat. Bertahan ya, adikku sayang" ucap gadis itu sambil membelai lembut rambut Rafiq.
"Akak balik dulu. Esok akak datang lagi dengan Reza. Bye" ucap Aiza. Dia mencium lembut dahi Rafiq lalu dia tersenyum melihat wajah adiknya sebelum dia berlalu keluar dari bilik wad.
Aiza menghampiri kereta miliknya. Dia menaiki keretanya kerana tadi ingin menghantar adiknya ke hospital. Dia boleh sahaja menaiki kereta dan mempunyai lesen cuma dia sahaja yang tidak mahu kerana kereta itu ayah nya yang hadiahkan padanya semasa dia menang tempat pertama dalam kelas tapi dia tidak suka. Semua yang berkaitan dengan mak dan ayah nya dia tidak suka dan benci jadi dia mengambil keputusan membeli motor dengan menggunakan duit hasil kerjanya sendiri.
YOU ARE READING
SILENT PAIN
AdventureKisah seorang gadis yang sentiasa malang. Jarang tersenyum kerana luka yang di beri oleh orang tuanya. Serta mempunyai dua adik lelaki yang menyerikan hidupnya. Gadis itu serta adiknya di paksa dari kecil menjadi bijak dan belajar agar mendapat nom...