Seperti biasa pada hari pertama persekolahan bermula , semua murid akan berada di tapak perhimpunan selepas datang ke sekolah. Suasana begitu meriah dengan suara-suara murid di sekolah itu. Setelah hampir 5 minggu bercuti , murid kembali bersekolah untuk sesi persekolahan yang baharu.
Zeera Amanda seorang gadis tingkatan 5. Dia mengenakan seragam sekolah yang kemas dan rapi. Badannya tinggi 171 cm dan sedikit berisi serta berkulit sawo matang. Zeera juga lebih dikenali sebagai Cha dalam kalangan ahli keluarga dan suadara mara terdekatnya.
Tiba di kawasan persekolahan , matanya ralit mencari sekelompok gadis di sebelah kiri tapak perhimpunan. Dia mengaturkan laju langkahnya ke sekelompok gadis tingkatan 5.
"Hello everyone , how your's holiday ? Mana je korang pergi ?" soal Zeera sambil melabuhkan punggungnya disebelah gadis berkaca mata.
"Elok je , kadang best kadang tak , rasa macam tak puas tapi tak sure belah mana yang tak puas" jawab Qiha sambil memandang ke arah Zeera.
Faqiha Umairah atau lebih dikenali oleh Qiha , berusia 17 tahun. Seorang gadis berkaca mata , kulit sawo matang dan berketinggian 156 cm. Dia merupakan kawan rapat Zeera sejak tingkatan 4 dan mereka satu sekolah sejak sekolah rendah lagi.
"Semua dah ada ni jomlah kita gerak nanti lambat kena bebel dengan cikgu" kata Hidayah sambil mengalihkan pandangannya pada seorang cikgu perempuan yang berdiri di hadapan tiang bendera.
Fatihah Hidayah atau lebih dikenali oleh Hidayah , berusia 17 tahun. Seorang yang tinggi dan sedikit berisi seperti Zeera cuma Zeera lebih berisi. Hidayah juga sama sekolah dengan Zeera sejak sekolah rendah lagi.
Setelah selesai ucapan daripada pengetua , majlis perhimpunan pun tamat. Semua murid di sekolah itu mula bersurai dan kembali ke kelas yang telah ditetapkan oleh pihak guru.
"Ingat tempat kita semestinya bawah kipas tepi dan belakang sekali , kalau belah depan korang bukan berani pun nak duduk" pesan Qiha sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.
"Nasib kita sampai dulu , senang sikit nak cop tempat" kata Zeera sambil memerhati keadaan sekeliling kelas yang kosong tiada orang kecuali mereka berlapan.
Mereka mengambil kedudukan dibawah kipas yang berdekatan dengan tingkap dan pintu bahagian belakang. Setelah selesai memilih kedudukan , mereka mula menceritakan tentang percutian mereka.
Ada yang pergi ke Langkawi , ada yang pergi ke Kelantan dan ada sahaja yang duduk dirumah kerana ibu bapanya sibuk bekerja. Bagi Zeera , dia tidak bercuti jauh namun cukup untuk dia melepaskan bosan dirumah.
Tak adalah kena hadap dinding batu dan bumbung rumah sahaja , muak juga. Zeera hidup dalam suasana yang sederhana.
"Cakap pasal cuti ni kan , kita tahun ni jadual padat dengan belajar , tak lama lagi kita sambut puasa dan raya lepastu kita akan sibuk dengan kerja khusus dan persediaan awal untuk peperiksaan akhir SPM" kata Liya mengubah topik perbualan.
Nur Nataliya atau dikenali sebagai Liya , berusia 17 tahun. Berketinggian 159 cm dan berkulit sawo matang. Dia juga sama sekolah dengan Zeera sejak sekolah rendah.
"Ye wei , tahun ni last kita dekat sekolah ni , aku rasa macam kita baru je nak naik tingkatan 3 .. cepatnya masa berlalu" jawab Eira.
Nur Syaziera , iera , berusia 17 tahun , berkulit sawo matang dan berketinggian 166 cm. Dia juga kawan dengan Zeera sejak sekolah rendah cuma Zeera tidak berapa rapat dengannya oleh kerana keperibadiannya yang tidak sama dengan Zeera.
Zeera dari tadi hanya senyap sunyi tanpa sebarang suara. Pandangannya pula dicampak keluar tingkap. Memang itu perkara yang dia lakukan jika duduk di tepi tingkap.
YOU ARE READING
Dia Jejaka Milikku !!
Romance" i decided to move on and i try to distance myself from you , many times but it didn't work " - Zeera Amanda " awak adalah pelangi setelah berhentinya hujan ribut dalam hidup saya , saya akan genggam pelangi ini supaya saya sentiasa berada dekat de...