bab 2

2 1 0
                                    

"Assalamualaikum kawan-kawan saya , tengok ni aku bawak nasi lemak untuk korang , aku yang masak tau" sapa Liya sebaik sahaja masuk ke dalam kelas sambil membawa sebekas nasi lemak.

"Engkau ke mak kau ? Rajin pulak kau nak bangun pagi masak nasi lemak" kata Qiha sambil mengeluarkan buku aktiviti matematik. Amin hanya memerhatikan Zeera yang sedang ralit menulis ketidakhadiran murid di buku kawalan kelas.

Nak harapkan ketua kelas ? Baik lupakan je , lelaki nak jawatan sahaja bukan nak buat tugasan. Bijak betul.

"Zeera , hari ini ada waktu dia ke ? Sebab aku nak kenakan kau lagi" soal Qiha sambil senyum jahat. Ya , Qiha suka bergurau kasar dengan Zeera.

Tapi sekasar gurauan Qiha , itu membuatkan Zeera bergaul dengan rakan-rakannya. Bagi Zeera , gurauan Qiha tidak sekasar gurauan kawannya yang lain.

Zeera tidak rapat dengan Eira , Riya dan juga Miya. Mungkin kerana mereka tidak dapat bersatu dengan padu. Pada pandangan Zeera , mereka bertiga hanya bercakap dan bergaul dengan Zeera apabila mereka bosan dan tiada kawan untuk berbual.

"Sebelum kau kena sampuk dengan hantu tandas baik kau batalkan niat kau tu , hari ini tak ada waktu dia , esok dengan lusa je ada" jawab Zeera sambil menyandarkan badannya di kerusi.

"Kenapa kau rindu dia ke ? Jemi kau nak campak mana ? Lepastu , mamat jambu kau tu nak campak mana ? Lepastu Sharnaaz Ahmad kau nak campak mana ? Dengan Zul Ariffin kau nak campak mana ?" soal Zeera bertalu-talu. Zeera tergelak seketika melihat riak wajah Qiha yang meluat dengar nama-nama yang disebut.

"Tak ingin aku nak rindu dekat Zaki kau , baik aku rindu atok aku lagi bagus. Sharnaaz dengan Zul tu kita boleh bincangkan nak sumbat dekat mana" jawab Qiha sambil mencapai botol airnya.

"Kalau mamat jambu tu , tak apalah aku sedekahkan dekat orang yang nak dia. Jemi tu kita tengok dulu , kalau single kita try je" jawab Qiha lagi.

"Rehat turun tak ? Korangkan pemalas" celah Amin menukar topik perbualan mereka berdua. Amin tidak minat topik perbualan tentang "lelaki". Nak kata lesbian macam bukan.

"Turun kot , nak beli burger , entahlah tengok dulu acik kantin jual apa hari ini" kata Qiha.

"Jangan beli banyak-banyak aku ada bawak nasi lemak banyak ni , korangkan suka conquer makanan aku" kata Liya. Mereka bertiga hanya mengangguk sahaja.

Setelah selesai sesi pembelajaran , mereka berlapan mula menyimpan buku dan alat tulis ke dalam beg masing-masing. Zeera menjadi orang pertama yang bangun untuk turun ke rehat. LAPAR DERR.

"Jangan laju-laju , semput kau nanti" kata Amin. Zeera hanya tersenyum sambil berdiri diluar kelas sementara menunggu kawan-kawannya yang lain mengemas meja.

"Bukan semput tapi kolestrol tengoklah badan dia yang gemuk tu confirm banyak kolestrol" kata Eira dengan nada yang agak tinggi. Zeera hanya memekakkan telinganya.

Qiha yang baru melangkah keluar dari kelas hanya menjeling mendengar kata-kata Eira. Zeera yang faham maksud jelingan tu hanya menjungkitkan sebelah keningnya. Biasa dah Zeera kena benda ni.

Zeera , Qiha dan Amin jalan beriringan. Meninggalkan rakan-rakannya yang lain yang sedang menunggu kekasih hati mereka di hadapan kelas.

"Silap-silap dia yang badan macam tu lagi banyak penyakit , miang , geram pulak aku , bukannya kau pergi rumah dia merayu minta beras dengan ayam goreng" bebel Amin. Qiha hanya mengangguk menandakan dia setuju dengan kata Amin.

"Biarlah dia aku malas nak bertekak , kalau aku balas tadi kita berlapan ni jadi musuh , aku malas nak gaduh pasal kawan" kata Zeera sambil mengaturkan langkahnya seiring dengan Qiha dan Amin.

Dia Jejaka Milikku !!Where stories live. Discover now