Aku melangkah keluar dari lif dan berlari ke office papaku. Dan ayat pertama yang aku dapat ialah ..."Baru nak sampai ke kamu ni Rosse? Papa cakap pukul berapa kamu kena datang? Baru hari first , tapi kamu dah lambat.. Apalah nak jadi dengan kamu ni.." bebel papaku , Ray Arasy.
"Alah papa ni, mama yang tak kejutkan Rosse.. Rosse kan baru balik semalam.." rengekku seperti anak kecil diminta lempang.
"Kamu ni dah besar Rosse, kenalah bangu- " Tiba tiba , perbualan kami terbantut akibat ketukan di pintu.
Tok Tok Tok
"Masuk.."
" Asalamualaikum, Uncle Ray . Luth wakil daddy untuk hantar projek ini.." ujar jejaka itu.
'Macam pernah dengar nama tu.. Luth? Luth mana ni ? ' kataku dalam hati.
Aku memusingkan badanku untuk melihat gerangan tersebut dan..
"AWAKK??"
"KAUU??"Diam. Kekok.
"Ehem..Kamu berdua kenal ke?"
"Eh tak tak, mana ade.." ujarku dengan nada masih terkawal.
"Siapa kata tak kenal? Dia inilah yang pijak kaki Luth kat lif tadi , uncle.."
"Oh macamtuu, uncle minta maaf ye Luth.. Rosse memang careless sikit.. Hahaha.." Papaku tertawa. Sakit telinga aku mendengar ayat yang dilontarkan oleh papa.
"Oh ya by the way uncle.. Luth nak pinjam anak uncle kejap , dia dah janji nak temankan Luth ke cafe.." ujar jejaka itu dan memberikan satu kenyitan nakal kepadaku.
'Dasar manusia..' sumpahku dalam hati.
"Eh boleh je, kenapa pula takboleh..Hahaha.." ujar lelaki yang kian berusia itu.
"Okey bye uncle.." ujar si jejaka itu lalu menarikku keluar dari office papa.
YOU ARE READING
Qayl's Addiction
Romance• 1st story by theangelesy • 1st book about romance and revenge Kerana cinta , Qayl Zariell tekad untuk membunuh orang yang tidak disukai oleh kekasihnya, Camelia Reen. Dan siapa sangka musuh kekasihnya ialah sepupunya sendiri.. Hidup Camelia Reen d...