Chapter 24

105 9 4
                                    

"Kak Eira~" Ucap suara yang riang di balik panggilan telefon yang Eira terima.

Eira kenal benar akan sang pemanggil. Jiwa yang tegang dan penuh dengan beban hilang sejenak sebaik sahaja mendengar suara sang pemanggil. Siapa lagi jika bukan..

"Nampaknya Safiyyah, adik akak di sana nampak happy sahaja?" Ujar Eira yang tertawa kecil apabila mendengar suara girang milik adik sepupunya.

Nur Safiyyah, sepupu mahupun adik saudara yang sentiasa ia sayangi yang kini berada di Johor. Walaupun bukan dari salah silah keturunan di bawah Tok Wannya, namun mereka masih lagi keluarga memandangkan Nek Su adalah nenek keduanya setelah Tok Wan. Dan seperti yang ia terangkan kepada yang lain sebelum ini, Safiyyah adalah murni seorang perantara yang akan mewarisi posisi Tok Wannya suatu hari nanti.

"Fiya happy sebab dapat contact akak~ hehehe~" Ucap Safiyyah dengan girang.

Mendengarkan kata-kata sang adik membuatkan Eira tersenyum. Terubat rasa gelisah, lelah, dan beban yang ia tanggung sepanjang menghadapi kes kali ini. Ibarat sebuah pertolongan daripada Allah yang menghantarkan Safiyyah untuk memberikan ia sebuah ketenangan.

"Oh, ya! Fiyya nak tanya something kat akak!" Tambah Safiyyah yang kedengaran serius.

"Fiyya nak tanya apa dekat akak ni?" Tanya Eira apabila merasakan bahawa Safiyyah tiba-tiba berubah menjadi serius.

"Akak dekat mana sekarang? Tengah buat apa?" Tanya Safiyyah bertubi-tubi.

"Akak dekat kampung Tok Wan! Ada sedikit masalah dekat sini!" Jawab Eira sambil berjalan ke arah bilik disiplin.

"Hmm.. nampaknya masalah tu agak berat ye, akak? Sebabnya.. Fiyya dengar suara bisikan yang berdendam di sebelah akak!" Ujar Safiyyah dengan tenang.

"Apa yang dia kata?" Tanya Eira yang juga tenang.

"Kembalikan hak aku! Kembalikan orang yang aku sayang! Kembalikan separuh dari jiwa aku! Jangan ambik dia! Jangan rampas dia! Aku nakkan milik aku! Itu yang Fiyya dengar!" Ucap Safiyyah.

Eira jatuh dalam fikirannya apabila mendengarkan kata-kata Safiyyah. Memang tak dinafikan bahawa indera adik sepupunya lebih kuat daripadanya. Walaupun hanya perbualan dibalik telefon, namun Safiyyah dengan mudah mengetahui apa yang berlaku di sini.

"Well~ Fiyya dengar satu suara yang lain juga!" Sambung Safiyyah.

"Apa yang kamu dengar?" Tanya Eira sambil melihat kesekeliling.

"Dendam kesumat kusampaikan! Penduduk di sini menjadi tumbal! Tumbal atas dendam kematian ayah! Dengan darah keturunan.. kupastikan bangkitkan dendam kesumat.. Hm.. dengar macam suara perempuan!" Jawab Safiyyah.

"Nampaknya.. misteri kali ni.. bukan main-main!" Fikir Eira.

"Maksud akak?" Tanya Safiyyah.

"Well~ rohnya bukan ada satu melainkan.. banyak?" Jawab Eira.

Safiyyah sepertinya sangat memahami maksud dibalik kata-kata Eira di seberang sana. Memandangkan mereka berdua perantara dan merupakan sama-sama pewaris kepada keturunan mereka, tentu sahaja perbincangan yang ringkas itu mudah difahami, terutama apabila Safiyyah mampu mendengar sesuatu walaupun hanya berdasarkan panggilan telefon sahaja.

"Nak Fiyya bantu?" Tanya Safiyyah.

"Macam mana kamu nak bantu?" Tanya Eira kembali.

Perbualan mereka di dalam telefon kelihatan agak lama. Jawapan yang Safiyyah berikan juga membuatkan Eira tersenyum lebar. Kelihatannya dua beradik sepupu ini sedang merancang sesuatu yang diluar jangkaan. Tanpa dirasakan.. masa berlalu dengan begitu lama dan hampir mendekati pagi hari.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now