Part 3

438 51 4
                                    

Ini ialah kisah pencintaan yang digubal melalui live Facebook GTA RP Aira Sofia. Ia takda kaitan dgn kisah hidup seseorang antara yang hidup juga yang sudah tiada. Ia hanyalah sekadar hiburan.Kisah ini juga sudah diubah suai sedikit dari live tersebut. Hope you guys enjoy read this novel :)

Tepat jam 10 malam aku sampai ke LMC seperti biasa. Tapi kali ni aku tak bawak kereta sendiri. Malam ni aku naik heli Sky. Dia sendiri yang offer untuk hantarkan aku pergi kerja dengan dia malam ni.  Aku dah tolak dah tapi dia tetap berdegil nak hantarkan jugak.

"Tq Sky. Nih nak kene bayar tambang heli berapa nih?" Saja mengusik Sky. Aku tahu dia mesti tak bagi aku bayar punya.

"Total ambil Nia kat rumah tambah isi minyak pagi tadi tambah sedikit kerosakan dekat kipas heli semuanya 10k sahaja" balas Sky. Sumpahlah dia nak suruh aku bayar nih. Ishh mampus aku nih.

"Err.. Mana boleh saya bayar. Sky yang nak hantar Nia. Bukan Nia yang nak ikut." Ingatkan ikhlas rupanya kene bayar pulak. Ini tidak adil. Bukan aku yang nak. Boleh jer aku panggil teksi tadi ehh jap.. lupa teksi belum ada dalam negara nih. Ahh takpa uncle aku pun boleh hantarkan tadi kalau tahu kene bayar.

"Tadi kata nak bayar. Takdalah saya gurau jelah Nia. Saya ikhlas hantarkan cik bulan saya ni pergi kerja. Alah bukan selalu pun kan saya hantar awak cik bulan."

Bulan adalah nama panggilan  manja Sky untuk aku. Err.. penggilan manja ek hurm macam tak kene jer. Panggilah kawan rapat lah macamtu. Sebab apa bulan??? Yelah kan kalau ada langit mesti kene ada bulan untuk cerahkan malam. Nama dia kan langit so dia panggil lah aku bulan.

"Okay lah Sky saya pergi kerja dulu. Kalau awak kerja malam ni jangan sampai lewat malam sangat nanti tak cukup rehat. Kalau takda pape medic gerak dulu."

"Orait akak medic. Bye-bye." Sky melambai ke arah aku yang sedang berjalan ke lif berdekatan heli pad LMC.

Aku terus turun ke tingkat lobi LMC dan terus  pergi ke kaunter untuk on duty. Dekat negara ni tak perlu punch card pun. Dia just tekan-tekan kat komputer jer untuk on duty. Biasalah negara maju kene lah canggih alatannya.

Aku datang awal ker sebab dokter lain semua tak ada dalam LMC. Barang kali, dorang pergi kes luar agaknya. Aku pun tunggu jelah dekat kaunter pendaftaran sambil menyanyi gembirakan hati. Tepat jam 12 pagi masih lagi tiada orang. Pada mulanya memang rasa tak takut. tapi bila dah lama duduk sorang- sorang kat LMC ni mana tak takutnya dah 2 jam kene sidai. Aku terus tekan button call dibahagian tulisan nama tertera di situ Dr Manja.

Trutt..
Trutt..
Trutt..

Selepas beberapa minit menunggu panggilan diangkat tapi malangnya langsung tidak diangkat panggilannya. Aku menelefon Dr Diluc pula.

Trutt..
Trutt..
Trutt..

Juga tidak diangkat. Bila teringatkan balik, aku memang dengar semalam Dr Manja ada bagitahu suruh datang harini tapi sekarang batang hidung dia pun tak nampak. Hadoii kene tipu ker ek. Takkan nak biarkan LMC tak ada orang. Dah lah dalam negara ni  ramai gak orangnya. Kalau dorang sakit sape pulak nak tolong. Tak boleh jadi ni. Aku kene tunggu sini jugak. Hati dah tak tenteram nih. 

Wuuuu....

Halamak bunyi apa pulak tu. Aku dah lah tak kuat imannya. Tak ada kot, mungkin bunyi angin jer.

DUK... DUK.. DUK...

"Sapa pulak main lompat kat tingkat atas ni." ngomel aku dalam hati.

"Woi!! jangn lompat- lompat woi runtuh jugak LMC ni nanti." Jap bukan ker LMC ni tak ada orang. Halahh sape pulak yang main lompat- lompat nih. Jangan lah main-main woi. Aku nih bukannya berani sangat.

Nia~~~Nia~~~ Nia~~~

Suara garau yang menyeramkan memanggil nama aku sayup- sayup di teling. Bersama tawa yang amat menyeramkan bagi aku pada waktu waktu begini. Mana tak seramnya pukul 12 pagi dekat LMC nih sorang-sorang tetiba dengar ada orang sebut nama sendiri. 

Aku perlahan menoleh ke belakang tetapi tidak terlihat siapa-siapa di situ. Aku mula berasa lega. Apabila menoleh kedepan semula  aku teriak kecil apabila terlihat satu makhluk berbungkus kain berwarna putih muncul berdiri tegak di hadapan kaunter,  lalu terus rebah ke lantai tidak sedarkan diri.

Sedar sedar sahaja dah pagi dan aku pulak terbaring di dalam wad pesakit. Aku terus teduduk di atas katil LMC yang empuk sambil menggosokkan mata berkali kali untuk pastikan ini adalah hayalan semata semata. 

"Nia dah bangun. Nia rasa macam mana sekarang?" Dr Diluc memasuki kedalam bilik ini sambil menghulur secawan air kosong ke arah aku.

"Kenapa Nia tetiba kat sini? Nia rasa Nia kat kaunter depan tadi tunggu daddy dengan Dr Manja sampai." Aku mengambil air yang dihulurkan oleh Dr Diluc lalu meneguk air itu sampai habis secara perlahan lahan.

"Nia pengsan kat kaunter depan tadi. Nia kenapa? Daddy dah check Nia tak ada apa apa pun. Daddy kan dah bagi tahu kat woki toki LMC tutup malam tadi. Ada kes kat luar yang kami kene handel. Tulah orang dah suruh masuk woki toki tak nak dengar."

"Nia lupa lah daddy sorry. Nia ingat nak tunggu Dr Manja jer tadi. Katanya nak ajar cara rawat pesakit guna alatan baru tuh malam tadi. Oh yer lagi satu Nia nak bagitahu daddy. Malam tadi kan, Nia nampak cik poc dekat kaunter depan tu. Lepastu tahu tahu jer dah  terbaring kat sini."

"Yang bukan-bukan aja kamu ni. Tapi memang daddy ada dengar jugak orang kata dalam LMC ni memang ada jer benda tu. Selama daddy kerja sini tak ada lah pulak nampak benda tu. Heran jugak daddy."

"Serious lah daddy. Takkan daddy tak pernah nampak kot."

"Iyerlah. Buat apa daddy nak tipu. Mungkin benda tu suka kat Nia. Sebabtu dia muncul depan Nia jer tak muncul depan daddy."

"Daddy janganlah main-main Nia takutlah."

"Alah biasalah kene kacau tu. Benda tu memang kene hadap lah kalau nak kerja dekat sini. Lagi- lagi orang kerja shif malam nih. Nia anggap jer dia tu macam bestie Nia."

End part 3

*Sorry lah . Saya tak reti sangat nak buat part seram tu. Adalah seram seram sikit kira jadi lah kan. Nak panjang panjang buat apa. Ni bukan cerita genre seram.

#SKYNIAWhere stories live. Discover now