Ini ialah kisah pencintaan yang digubal melalui live Facebook GTA RP Aira Sofia. Ia takda kaitan dgn kisah hidup seseorang antara yang hidup juga yang sudah tiada. Ia hanyalah sekadar hiburan.Kisah ini juga sudah diubah suai sedikit dari live tersebut. Hope you guys enjoy read this novel :)
Macam biasa rutin aku setiap 10 malam on duty di LMC. Aku boring sebenarnya duduk LMC tak buat apa-apa. Aku ni sejenis tak boleh duduk diam. Kalau aku duduk diam lama lama ni, aku boleh tertidur jugak karang ni.
Aku pun bawa lah motor LMC pusing-pusing bandar mencari orang yang mempunyai sebarang pertolongan medic. Sehinggalah aku menemukan sebatang sungai yang terletak berjauhan dari bandar. Aku pun tak tahu macam mana boleh sampai ke situ. Aku pusing pusing jer bawak motor ni. Tahu tahu jer sampai sungai.
Dah nampak sungai rugi lah kalau tak cecah kaki merasa kesejukan air waktu malam- malam begini. Lagipun sungai tu cetek jer tak sampai peha pun paras air dia. Aku pun berdiri lah kat batu-batu kecil di dalam sungai itu. Nasib aku tak begitu baik waktu itu, aku tergelincir dan terus terjatuh kedalam sungai. Habis basah lenjun baju kerja aku. Terserempak pula dengan Sky yang sedang membuat rondaan menaiki kereta Honda sivic di kawasan situ.
"Ya Allah Nia. Macam mana boleh jatuh dalam tu." terkejut Sky melihat keaadan Nia yang sudah terduduk di dalam sungai dan terus bergegas memberhentikan kereta.
"Nia nak cecah kaki jer tadi. Nia pijak lah batu batu kat dalam ni. Lepastu Nia tergelincir terus terduduk dalam sungai ni. Tak boleh nak bangun." Aku tak sangka pulak dia boleh lalu kat kawasan ni. Bersyukur jugaklah ada dia. Kalau tak sampai esok aku duduk dalam sungai ni.
"Boleh bangun tak tu? Meh saya tolong Nia bangun yer." Tanpa sempat aku berkata apa-apa dia terus menggendong aku keluar dari sungai dan letakkan aku di atas tanah.
"Nampak macam dah bengkak dah buku lali nia ni. Sky urut sikit yer. Tahan tau." Sky meletakkan sedikit minyak di bahagian tempat bengkak sambil mengurut sedikit bahagia yang terseliuh dan balut menggunakan bandage yang diambil di dalam box kecemasan di bonet motor aku.
"Nasib baik Sky lalu kat sini. Kalau tak, sampai esok agaknya Nia terduduk kat situ." aku membiarkan Sky membalut kaki aku.
"Saya memang tengah buat rondaan kat kawasan sini. Tiba- tiba ternampak pulak Nia dah terduduk dalam sungai tu. Tu yang berhenti kat sini. Nia tu kenapa tak duduk jer kat LMC . Ada kes ker kat sini?"
"Takda pun. Tadi tu tengah cari kes la tu. Nak tolong lah mana tahu ada orang lemas dalam sungai ni ker kan. Nia tak boleh lah duduk tak buat apa apa dalam LMC tu. Nanti takut Nia tertidur."
"Hish Nia Nia. Perangai tak ubah dari dulu sampai sekarang. Tk reti nak duduk diam. Suka sangat merayau yer."
"Hehehe." Aku pun tergaru kepala yang tak terasa gatal.
"Nia naik dengan saya jelah. Motor tu nanti saya mintak tolong jer Longkai tarik."
"Tak susahkan Sky ker. Sky ada kerja kan?"
"Habistu Nia nanti macam mana. Takkan saya nak biarkan dokter bulan saya duduk kat situ. Biarlah saya tumpangkan Nia." Sky sudah pun membuka pintu di seat passenger untuk aku masuk ke dalamnya.
" Thank you Sky. Sorry tau susahkan awak time awak tengak kerja nih." Aku melangkah perlahan lahan dibantui Sky masuk ke dalam kereta.
"No problem lah Nia. Waktu ni saya tolong awak. Esok lusa awak tolong saya pulak."
Dalam perjalanan pulang ke LMC, kami singgah ke kedai Mamak untuk belikan makanan. Dah banyak sangat aku menyusahkan Sky minggu ni. Tapi dalam hati rasa seronok. Lepas ni dah jarang dah nak jumpa Sky. Dia lepasni dah sibuk dah dengan kerja dia.
"Nah nia saya belikan nasi lemak dengan air bandung untuk awak ni." Sky menghulurkan satu beg plastik kearah aku.
"Thank you Sky. Nanti saya bayar balik yer."
"Tak apa saya belanja. Alah setakat nasi lemak tu berapa je lah harga dia."
Kami pun terus kan perjalanan ke LMC. Setelah sampai ke LMC, Sky memanggil nurse untuk bawakkan satu kerusi roda untuk aku dan hantar ke dalam wad pesakit. Sampai sahaja di dalam wad, semua dokter kerumuni dalam wad aku.
"Dr Nia okay tak ni?" Tanya Dokter Boi.
"Terseliuh sikit jer ni. Tadi dah letak minyak dah elok lah tu."
"Macam mana boleh terseliuh ni Dr Nia?" tanya Dokter Ava.
"Saya tergelincir kat sungai kat luar banda tu."
"Nohh!! macam mana boleh sampai ke situ. Dr Nia buat apa?" Tanya Dokter Wolfi pula.
"Saya jalan jalan jer kat situ. Saya boring lah duduk LMC ni lama lama. Lepas ni kita ajak Dr Manja dengan Dr Diluc buat aktiviti luar nak tak? Boring lah bila takda pesakit nih."
"Mestilah nak. Saya pun boring jugak duduk LMC ni tak buat apa-apa. Semua rakyat dalam negara ni semua dah pandai ikut peraturan jalan raya agaknya. Kalau tak banyak je kes kita dapat sebelum ni." Balas Dr Pink anak angkat Dr Manja.
"Kan. Takpa nanti saya cuba usulkan cadangan ni kat dorang berdua." Terasa teruja pula aku bila bayangkan aktiviti yang boleh dibuat nanti.
Selepas semua dokter dah beredar dari wad aku, aku pun lelap kan mata untuk rehatkan diri. Penat pulak rasa badan ni lepas pusing satu bandar tadi. Aku biarkan sahaja makanan yang dibelikan oleh Sky sebentar tadi sehingga pagi. Dah dua kali aku tidur dalam wad LMC nih. Selesa dia tak leh bawak bincang. Dengan rasa kesejukan aircond dalam bilik ni memang selesa lah. Rasa macam duduk kat hotel yang aku duduk sekarang. Baik aku tidur sini jer dari sewa hotel kene bayar berhari hari tu. Kalau duduk sini free jer. Untung aku jadi staff LMC hehehe.
Tamat Part 4
* Thank you kepada yang masih support saya untuk menjayakan lagi novel #SKYNIA. Kalau takda korang sapa lah nak support saya. Banyak lagi yang saya perlu betulkan dalam penulisan novel ni. Tapi takpa, benda pun dah publish. Pandai pandai lah saya ubah nanti.
YOU ARE READING
#SKYNIA
FantasyKisah tentang dua sahabat yang telah lama berkawan. South Skyy seorang guardian di dalam negara Leypak dan Dania Yasmeen seorang Dokter di LMC (Leypak Medical Center). Dania Yasmeen atau lebih dikenali sebagai Nia yang sangat menyukai kawan karib...