" soul don't meet by accident " ♡ -
•••
Kenapa kau tak cakap dengan aku, kau tak ada duit nak makan, Ca? " tanya Aqeela.
Aku menunduk. " Yelaa, aku tak nak susahkan kau. Dah laa semalam kau belanja aku dah. Kau tahu kan, mahal benda tu? "
Aqeela menghembuskan nafas perlahan sambil melabuhkan punggung di sebelahku. " Haishh. Kan aku dah cakap. Jangan ungkit pasal semalam. Hari ni cerita lain, semalam cerita lain la, Ca. Aku tak sukalah tengok kau macam ni. At least bagilah tahu aku yang kau tak cukup duit nak makan. Apa gunanya kita kawan kalau benda macam ni pun aku tak boleh nak tolong kau? "
Kelihatan dari pandangan Aqeela yang sedikit kecewa dengan sikapku. Aku mula memegang kedua-dua belah bahunya.
" Aqeela. Sorilaa. Aku cuma tak nak susahkan kau. Aku okay je makan apa yang ada. Lagipun stok maggie aku tu banyak lagi. So? Don't worry, okay? Aku janji. Nanti kalau aku rasa nak makan nasi ke, aku bagitahu kau. Promise. " kata aku sambil mengeluarkan jari kelingking seperti 'pinky promise'.
Kehidupan aku yang sedikit susah memang tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan Aqeela, kawan baikku sendiri. Walaupun sudah beberapa kali, aku cuba menafikan perkara tersebut, Aqeela sering mempersoalkan tentang keperluan diriku.
Kadang-kadang aku merasakan bahawa sesikit sebanyak jasa yang pernah dicurahkannya terhadap diriku. Aku hanya mampu menghargainya sebagai seorang sahabat di saat susah dan juga senangku. Untuk berterima kasih, aku menyerahkan semoga Allah SWT membalas segala kebaikannya.
" Janji? " tanya Aqeela dengan kepastian.
Aku menganggum sambil tersenyum. " Aku tak main tipu-tipu la. Lagipun kau tahu, aku benci orang yang tipu kan? "
" Baiklah kalau macam tu. Jom, teman aku pergi beli makanan. Aku lapar ni "
Aku mencubit perut Aqeela dengan niat mengusik. " Perut ni asyik lapar je. Amboi.. "
" Eh, Ca! Apa main cubit-cubit perut orang ni. Eshh sini kau! " Aqeela yang terkejut mula ingin membalas perkara yang sama.
Aku hanya tergelak dan berlari berjauhan daripada dirinya. Akhirnya, kami berkejar-kejaran di sekeliling cafe tersebut.
Mujur, tiada banyak pasang mata yang melihat tindakan kebudak-budakan kami berdua.
Dan mungkin aku lupa.. dunia ini bukan hanya diduduki oleh kami.
_____
Aku tersenyum melihat suasana cafe yang sedikit bising. Hatiku yang rasa kosong mula diwarnai oleh suara-suara yang riang langsung memcahkan kesunyian jiwaku.
Ting!
Satu pesanan mesej mula masuk. Garisan senyumku mula hilang sebaik sahaja melihat nama pengirim mesej tersebut.
Dengan segera, jariku menaip membalas mesej tersebut. Tin kopi dihadapan ku mula diteguk perlahan. Aku cuba menenangkan diri kembali.
Ting!
" Diamlah sial! " aku menghentakkan tangan dengan kuat pada meja. Kini, semua mata-mata di cafe tertuju kepadaku.
" Wey, rilekslah. Apahal ni? " sepasang lengan mula memaut pada bahuku.
Aku menepis tangan tersebut. " Lepaslah! "
Aku lantas membuang kopi tersebut lalu berlalu meninggalkan cafe. Mungkin aku perlu mencari sesuatu tempat yang sunyi daripada semua orang.
Telefonku segera dimatikan dengan menekan button " turn off". Aku mengeluh perlahan.
Pandanganku dialihkan ke padang futsal. Kebanyakkan mahasiswa gemar bermain bola sepak takraw pada waktu malam beramai-ramai. Tidak hairanla jika lampu masih terang pada lewat malam hari.
Tetapi aku percaya, mungkin itu adalah satu cara untuk budak-budak seperti aku lari daripada masalah. Mencari sesuatu yang dapat menghilangkan stress.
Aku hanya berjalan tetapi tidak tahu ke mana tujuan ingin aku pergi. Pondok yang tidak jauh dari pandangku mula menarik minatku untuk mendapatkannya. Pondok yang sering digunakan oleh pelajar untuk berdating, bercouple dan ada juga yang menggunakannya atas sebab study group.
Aku mengeluarkan sesuatu di dalam poketku lalu memasang air pod pada kedua-dua belah lubang telingaku.
If you dance I'll dance
And if you don't I'll dance anyway
Give peace a chance
Let the fear you have fall away
I've got my eye on you
I've got my eye on you
Say yes to heaven
Say yes to me
Say yes to heaven
Say yes to me..Air mata aku mengalir. Sejujurnya rasa ini sungguh berat bagi diriku. Aku tidak pasti apa yang ingin aku kejar pada hari ini.
to be continued ..
YOU ARE READING
30 DAYS ♡ .
RomanceKegigihan hati seorang gadis bernama " Alicia " dalam menemukan jawapan dari seorang yang dicintainya dalam diam. Hari demi hari, perasaan yang makin melarat mula memaksa hatinya mengakui segalanya. Sehingga dia sedar cinta yang selama ini hanya be...