27

146 14 0
                                    

"E-eomma"

Puan Park, ibu kandung Sunghoon yang selalu ke luar negara atas urusan kerja. Puan Park tinggal di Dongdaemun bersama suaminya kerana mengusahakan sebuah salon kecantikan di sana. Sunghoon sahaja yang tak ikut berpindah ke sana.

Selalunya Puan Park akan beritahu kalau nak datang sini dan melawat sementara supaya dia dapat sediakan makanan jamuan ringkas untuknya, tapi kehadirannya buat Sunghoon terkejut.

Sunghoon sendiri pun tak tahu yang ommanya nak datang.

Kami duduk di ruang tamu. Puan Park duduk di sofa paling tengah manakala Hyewon dan Sunghoon duduk sofa di sisi. seperti sedang menunggu hukuman dijatuhkan.

Aura Puan Park tiba-tiba menyeramkan. Selalunya Puan Park akan senyum memanjang dan layan dia seperti anak perempuannya.

Tapi situasi sekarang bukan begitu. Wajahnya tidak mempamerkan sebarang reaksi.

Jadi memang patut dia takut.

Setelah lama suasana sunyi.

Puan Park bersuara "Bagitahu omma apa hubungan sebenar kamu berdua."

Serentak, Sunghoon dan Hyewon berpandangan.

Memang mereka rancang untuk beritahu hubungan mereka pada keluarga Sunghoon, tapi kalau awal-awal lagi Puan Park dah menjeling dia setajam tu, adakah dia akan suka lepas dengarnya.

Tanpa berunding dengan Hyewon, Sunghoon tiba-tiba mengambil tangan Hyewon lalu digenggamnya erat. Hampir terkeluar mata Puan Park melihat kelakuan anak tunggalnya itu.

"Macam yang omma nampak, Hoon suka Hyewon, Sekarang dia girlfriend Hoon"

Entah kenapa jantungnya jadi tak normal setiap kali sunghoon sebut perkataan girlfriend tu.

Puan Park menggeleng-gelengkan kepalanya, seakan
tidak percaya apa yang baru dilihat dan didengarinya.

"Tapi kenapa dia, Hoon? Apa jadi antara kamu dengan Areum?"

"Panjang ceritanya..."

"Tapi Hyewon ni kan kawan baik Kamu"

Hyewon tersentak. Adakah memang sejak kecil lagi Puan Park sudah tetapkan friendzone sahaja antara mereka.

Puan Park masih menggeleng tidak percaya.

"Omma boleh terima kamu berdua berkawan baik, tapi bukan bercinta. The end. Jangan cuba buat omma ubah fikiran. Omma nak masuk berehat dulu." Puan Park memasuki biliknya

"Aish omma!"

Dia cuba nak terangkan Dan pujuk Puan Park supaya terimanya.

Hyewon memegang lengan Sunghoon menghalangnya dari meneruskan niatnya itu

"Biarlah omma kau rehat."

"Mana boleh aku biar je. Entah kenapa angin dja tak baik pula. Jangan risau hyewon, omma aku akan terima hubungan kita. Kau pun tahu omma aku sukakan kau sejak kecil"

Hyewon menggeleng laju

"Tapi dia perasan satu perkara pada kau, aku tak layak dengan kau, Sebab tulah awal-awal lagi dia tak nak terima hubungan kita."

Sunghoon bawa hyewon ke dalam pelukannya. Dia memeluknyaerat, macam risau yang Hyewon akan tinggalkan dia.

"Tak, kau tak boleh mengalah macam tu je. Aku akan tolong kau buktikan diri kau yang terbaik, kita akan ubah fikiran omma aku"

Hyewon membalas pelukannya.

🌸🌸🌸

"Hai, dah lama kita tak berborak kan?" Tutur Hyewon pada anak patungnya.

Always | Park SunghoonWhere stories live. Discover now