28

137 16 0
                                    

"Hyewon, mana Sunghoon?" Soal Aera baru menyedari ketiadaan kawannya seorang itu.

"Dia kata yang dia jumpa dengan pelajar junior yang belajar dengan dia--"

Percakapan Hyewon terhenti apabila dia ternampak Sunghoon di taman. Dia sedang bermain gitar sambil menyanyi sambil dikelilingi oleh pelajar junior perempuan yang terpesona memandang ke arahnya,

Aera, Jay dan Jake nampak permandangan yang sama.

"Apakah... lebar betul Sunghoon senyum kat sana-- ouch!" Jake memberi tumbukan di perut Jay yang cakap lepas.

Aera nampak lebih geram. Dia menghentakkan kaki ke tanah dan menjerit sekuat hati

"YAH PARK SUNGHOON!"

Sunghoon pandang ke arah mereka, terkejut namanya dipanggil. Ketika itu Hyewon bertentang mata dengan Sunghoon

Hyewon buat keputusan untuk pergi dari sini.

Hyewon berjalan tanpa hala tuju. Dia bertembung dengan Encik Yoo lalu dia membantu cikgunya mengangkat fail-fail pelajar. Dia dapat lapangkan sedikit fikirannya dari berfikir tentang apa yang dilihatnya tadi.

Dengan langkah yang sengaja dilambatkan, Hyewon berjalan ke arah kelasnya. Dia melangkah sekali. kemudian berhenti. Lima saat kemudian, dia melangkah sekali lagi dan berhenti.

"Hyewon" Seseorang dari belakang memegang bahunya. Hyewon berpusing untuk melihat orang yang sedang tersenyum kambing ke arahnya.

"Tak rasa nak masuk kelas kan?"

Hyewon mengangguk. Masuk kelas bermaksud dia mungkin akan berjumpa Sunghoon yang duduk semeja dengannya.

"Jom ponteng."

Hyewon bertukar ceria.

"Well Park Jongseong, tu satu kesalahan tapi saya memang rasa nak buat salah hari ni. Jom!" Tutur Hyewon teruja.

Mereka berjaya melepasi pegawai sekolah yang berjaga di pintu pagar. Sebaik sahaja keluar dari sekolah, Jay mengajak Hyewon untuk naik bas yang kebetulan baru tiba.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Hyewon.

"Mana-mana bus ni bawa kita"

Mereka tiba di satu festival makanan jalanan. Disebabkan ramai yang turun di perhentian ini, mereka pun ikut sama turun.

"Wahh!" Hyewon menjerit teruja. Bau makanan yang menusuk hidung membuatkan dirinya lapar.

Terlalu teruja, mereka mencuba semua makanan yang terhidang di setiap gerai.

"Jay, jom balik. Jangan jadi jahat lama sangat, sekejap je boleh."

Yohan ketawa kecil mendengar alasan hyewon. Mereka habiskan makanan dan terus kembali ke sekolah.

Tiba di pintu belakang kelas, Hyewon memegang lengan Jay yang hampir sahaja mahu melangkah masuk kelas.

"S-saya rasa tak nak jumpa dia sekarang"

Jay mengangguk faham. Dia tahu betapa sedihnya perasaan Hyewon sekarang.

Sebab dia rasakan perasaan yang sama setiap kali pandang Hyewon dan Sunghoon. Jay membawa Hyewon ke rooftop sekolah.

Hyewon hanya tertunduk diam. Jay yang duduk di sisinya pula sedang cuba fikirkan cara untuk buat Hyewon ceria semula. Dia memandang ke kiri dan ke kanan dalam usaha mencari satu topik yang mungkin akan lekakan Hyewon dari berfikir tentang Sunghoon.

"Thank you untuk hari ni, Jay"

"Sama-sama. Sekurang-kurangnya aku ada juga kenangan dengan kau." Jay memandang ke langit yang kelihatan redup kerana matahari terik tengah hari sedang dilitupi oleh awan.

Always | Park SunghoonWhere stories live. Discover now