17

201 26 1
                                    

Summer camp minggu lepas masih jadi perbualan antara para pelajar dan guru. Katanya, ini kem musim panas paling meriah dan menarik pernah diadakan sejak sekolah mereka dibuka 20 tahun lepas.

Sunghoon akuinya. Dia pun sukakan kem musim panas. Hari mereka sebagai seorang pelajar sekolah diteruskan seperti biasa.

Selepas sekolah, Sunghoon dan Hyewon pulang ke rumah Hyewon untuk makan malam. Hyewon mengeluh perlahan apabila ibu bapanya masih belum pulang sedangkan sudah pukul 8 malam.

Nampaknya mereka takkan makan malam bersama lagi untuk malam ni.

Sejak akhir-akhir ni, jarang Sunghoon dapat berjumpa dengan omma appa Hyewon kerana mereka kerap balik lambat. Kalau sebelum ni. pukul 5 petang dah ada di rumah.

Hyewon mencabut sticky note berwarna kuning yang dilekatkan di peti sejuk.

Sunghoon turut sama membaca apa yang tertulis pada sticky note itu.

- Maaf sebab tak sempat sediakan makan malam untuk kamu dengan Sunghoon. Makan dekat kedai hari ni. Ambil duit dalam laci.

Sunghoon memandang muka Hyewon, menunggu kata putus daripada Hyewon. Dia sekadar menumpang makan je, takde hak nak buat keputusan.

"Aku malas nak keluar balik!"

Sunghoonmengangguk. Nampaknya terpaksalah dia makan snek milik Jungwon di rumahnya sahaja malam ni.

Hyewon menyinsing lengan baju seragam sekolahnya dan mengikat rambutnya menjadi bentuk ponytail.

"Aku nak masak, Tunggu jap eh Hoon"

Sunghoon mengangguk.

Hyewon seorang yang suka dan pandai memasak semua jenis masakan. Jadi Hyewon memasak bukanlah perkara baru di matanya.

"Nak aku tolong?" Soal Sunghoon.

Hyewon pantas menggeleng.

"Duduk je diam-diam."

Selepas setengah jam, aroma masakannya menusuk masuk hidung Sunghoon. Hyewon mengajaknya ke meja makan yang sudah dihiasi dengan nasi putih dan beberapa lauk sampingan.

"Makanlah."

"Apa kata kau jadi chef je"

"Chef? Kenapa? Sedap sangat ke?"

"Sedap aku suka, tapi still tak boleh menang dengan makanan favorite aku"

Hyewon mengangguk tahu. Dia tahu makanan yang Sunghoon maksudkan.

"Ladu Areum buat khas setiap tahun bila hari jadi aku. Apa yang kau masak ni pun tak mampu lawan!"

Hyewon hanya mengangguk sekilas, mungkin dah bosan mendengar apa makanan favoritenya sejak kecil.

Walaupun tu je satu-satunya makanan yang Areum pandai buat, itulah makanan favoritenya. Hanya dapat makan sekali setahun yang buatkannya jauh lebih istimewa.

Habis makan, Sunghoon perasan yang Hyewon hanya termenung. Meja makan terasa sunyi kerana hanya ada mereka berdua.

"Yuhu~ Selamat datang ke bumi, Yang Hyewon! Bagitahu aku apa yang ganggu fikiran kau. Aku boleh tolong"

Hyewon kembali ke realiti.

"Oh sorry, Jauh pula aku termenung." Hyewon merenung pinggannya yang sudah licin.. Masih banyak nasi dan baki lauk yang tinggal kerana Hyewon masak banyak.

Terlalu banyak untuk dua orang.

Hyewon bangun untuk mengemas meja. Dia nampak wajah risau Sunghoon apabila banyak sangat makanan yang masih tak disentuh.

Always | Park SunghoonWhere stories live. Discover now