satu | 2015 (TW ; abuse, self harm and violence)

18 5 0
                                    


will i ever learn that if i hope for something, it won't come true?

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

sejak wardina lahir, dia tidak mengerti mengapa semua orang yang dia kenal memandangnya dengan muka yang kurang enak. muka yang inginkan dia pergi daripada tempat yang bernama dunia ini.

apa yang kurangnya dia? apa lagi yang perlu dibuat olehnya supaya dia diterima dalam kalangan masyarakat majmuk atau paling kurang pun, keluarganya?

episod depresinya yang terlalu jerih membuatkan dia berasa kosong. selama 14 tahun, semua orang dalam keluarga ini tidak pernah mempedulikan perasaan wardina. jangan katakan bercakap, makan minum wardina pun susah nak dijaga. walhal, keluarganya bukanlah keluarga yang muflis atau miskin.

semua ini hanyalah kerana dia seorang,

"pembawa malang! sebab engkau, sebab engkaulah aku sengsara!"

bunyi hon kereta mengejutkan wardina daripada lamunannya. baru sahaja mata ingin mengintai siapakah tuan badan kereta di laman hadapan rumah, wardina serta-merta membatalkan niatnya lalu masuk kembali ke dalam bilik tidurnya yang kecil.

sekali lagi, wardina terasa kosong. suara abang-abangnya yang lantang dan penuh dengan perasaan itu disambut dengan suara lembut seorang ibu. jika wardina membandingkan cara percakapan ibunya dengan dia dan ketiga-tiga abangnya, memang wardina kalah. wardina tiada tempat pun di sisi ibunya, apatah lagi bercakap dengan wanita itu.

and of course, ibu sayangkan abang-abangnya lebih lagi daripada dia. especially, waseem, abang keduanya.

"lahh, kenapa abang belanja mereka ni Macdonald's? saya dah masak banyak dah ni."

"saya belanja pun sebab waseem nak." wardina hanya mampu mendengar gelak tawa mereka dan perbualan-perbualan yang berunsur gembira. tiada pun nada tinggi yang menggerunkan, tiada juga tamparan kuat yang menyakitkan.

is that what they call, high five? apa-apa pun, wardina cemburu. namun, wardina menepuk dadanya lalu berjalan ke arah katil untuk membaca novel yang dibeli dengan duitnya sendiri.

it's okay, as long as they don't disturb me, i will be fine.

entah mengapa, hari itu terasa panjang bagi wardina. awalnya, sebelum ayah dan abang-abangnya balik ke rumah, wardina mahu memasak untuk dirinya kerana dia mahu mengisi perutnya yang lapar. malangnya, wanita tua yang bergelar ibunya itu tiba-tiba memaki dirinya yang tidak bersalah. yang paling wardina tidak boleh tahan, ibunya tidak habis-habis memanggil wardina seorang 'pembawa malang' yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada semua orang.

jika benarlah apa yang diperkatakannya, patutkah dia menghilang sahaja? tetapi bagaimana? dan mengapa?

bunyi ketukan yang kuat di pintu biliknya menyentakkan wardina. tidak pernah sekalipun sesiapa mengetuk pintunya dahulu sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya.

it's either they just barged into the room or i have to get out of the room. nothing in between.

so this is new to wardina. mungkin mereka nak ajak aku makan bersama mereka? dia menekan perutnya yang sedang berbunyi dengan senyuman.

maybe there is a hope for us to be together like a normal family, right?

"oi buka la. nak aku pecahkan pintu ni dulu ke baru nak buka, perempuan." wardina membuka langkah ke pintu biliknya dengan teruja. hatinya sedikit gusar apabila suara abang keduanya, waseem, kedengaran sedikit kasar.

will i ever learn? [OG]Where stories live. Discover now