dua | 2020

4 3 0
                                    


my heart is longing for your addictive smile without a reason why,

and i found myself asking the sky,

could it be a fallacy,

if i were to fancy this opportunity as a sign?

.  . • ☆ . ° .• °:. *₊ ° . ☆.  . • ☆ . ° .• °:. *₊ ° . ☆

suasana sibuk di kota Melbourne, Australia sudah menjadi satu rutin harian yang tidak boleh dielak oleh sesiapa, lebih-lebih lagi, yang bekerja di ofis atau para pelajar di universiti berdekatan. usai sahaja matahari terbit untuk memancarkan cahayanya yang terik, angin sejuk yang menjadi peneman seluruh makhluk pada pagi itu juga tidak segan menghembuskan nafasnya walaupun musim sudah bertukar ganti.

tram yang awalnya lengang mula sesak dipenuhi dengan manusia yang berasak-asak sesama sendiri. jujur kata, tram ini sudahlah kecil, penuh dengan orang pula tu. sebijik macam tin sardin.

however, faizal found comfort in these things.

lelaki ini sejenis yang gemar memerhatikan keadaan sekeliling, tidak kisahlah apa pun. manusia, cuaca, you name it.

he just loves observing everyone and everything. it is his kind of entertainment, even though some would assume that he is weird.

"the next stop is Flinders Street Railway Station." sebilangan penumpang bangkit daripada tempat duduk supaya mereka boleh bersiap sedia untuk keluar. dalam masa yang sama, faizal memeluk erat beg sandangnya yang lusuh lalu melekapkan headphones berjenama Sony ke dua-dua belah telinga.

matanya meliar ke arah lelaki tua yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam tram. tongkat panjangnya yang hampir tersangkut di pintu tram itu membuatkan faizal bimbang akan lelaki itu, memandangkan lebih ramai lagi orang yang akan berpusu-pusu mengisi ruang tram ini sebentar lagi.

tanpa berfikir panjang, faizal bangun daripada duduk lalu menepuk perlahan bahu lelaki tua itu untuk menawarkan tempat duduknya.

"sir, i saved a seat for you."

"oh, boy. it's okay, i won't be long on the tram."

"please, i would appreciate it more if you can sit comfortably on it rather than letting you stand." lelaki tua itu tertawa kecil lalu memandang muka faizal dengan dada yang lapang. tangan kanannya diletakkan di atas lengan tegap milik faizal secara sukarela agar faizal boleh menuntunnya dengan mudah di dalam tram yang sempit ini.

"it is a given that you're here, lad. if only there were more people like you." faizal menguntumkan senyuman nipis kepada lelaki itu lalu beranjak ke tiang yang hampir dengan dirinya. telinganya masih khusyuk mendengar lagu yang didendangkan di tahap kelantangan yang sederhana.

telefonnya yang berdering ditilik seketika. spek mata yang berada di dalam poket kiri flannelnya segera diambil lalu dipakai agar lelaki itu dapat melihat dengan lebih jelas. nama yang terpampang di skrin telefonnya membuatkan dia tersenyum lalu mengangkat panggilan si pemanggil tanpa membuang masa.

"hey, sonny boy." faizal tergelak kecil apabila dia terdengar suara si pemanggil sambil tangannya sibuk menguis tali beg sandang hitamnya itu.

will i ever learn? [OG]Where stories live. Discover now