Prolog

17.1K 374 4
                                    

Rumah teres dua tingkat itu tersergam indah dihiasi pelbagai hiasan deko perkahwinan. Keindahan suasana di rumah itu bertambah berseri apabila kedengaran riuh rendah suara saudara mara yang hadir dan juga para tetamu.

"Isha..."

"Ya, ibu..." lantas Isha berpaling ke arah ibunya, Puan Iza.

Puan Iza tersenyum manis melihat puteri kesayangannya cantik di dandan elok oleh Mak Andam. Wajah bujur sireh itu di pandang lembut.

"Sekejap lagi, Isha dah nak jadi isteri orang. Ibu, harap Isha ingat pesan ibu semalam, ya?"

Isha hanya mengangguk dan tersenyum. Sayu rasanya hati dia bila teringatkan setiap pesanan ibunya itu. Lantas dia memeluk erat tubuh ibunya. Dia harap dirinya tetap rapat seperti dulu dengan ibunya walaupun sudah berkahwin.

"Oh ya. Daniel dah sampai kat mana? Isha dah call?" soal Puan Iza.

"Dah. Kejap lagi dia sampai."

"Takpelah... nanti dah siap, Isha turun bawah ya? Tok Kadi dah menunggu tu. Ibu turun dulu." lantas Puan Iza meloloskan diri keluar dari bilik pengantin.

Beberapa minit kemudian Mak Andam sudah siap memperhiaskan Isha Damia cantik bak bidadari walaupun mengenakan solekan yang nipis sahaja. Tidak terlalu tebal. Biarlah nampak natural. Lagi pun Isha mempunyai kecantikkan yang asli mewarisi kecantikkan ibunya.

Isha memandang seluruh ruang tamu yang dipenuhi dengan saudara mara dan juga tetamu yang hadir. Bercampur baur perasaan yang menyelubungi dirinya. Semua mata-mata memerhati setiap gerak gerinya. Isha merasa begitu kekok bila diperhatikan sebegitu. Jurukamera pula tidak putus-putus menangkap gambarnya sebagai tanda kenangan. Sedikit sebanyak ia juga mencuit hati.

Isha mengambil tempat yang dibuat khas untuk pengantin perempuan yang dihiasi pelamin mini. Cantik!

"Mana pengantin lelaki?" soal Tok Kadi itu seraya Isha siap duduk tersimpul.

"Err.. kejap lagi sampai." gemuruh darah Isha bila mendengar suara garau tok kadi itu.

Tiga puluh minit kemudian....

"Rasanya dah setengah jam kita tunggu. Pengantin lelaki pun tak sampai lagi? Ni nak kahwin ke tak ni...?" tegur Tok Kadi.

Isha merasa tidak sedap hati bila mendengar kata-kata tok kadi itu. Ish! Mana dia ni? Omel Isha dalam hati.

"Kak Isha, ada panggilan..." terkocoh-kocoh Fatin, sepupunya berlari anak ke arah Isha.

"Siapa?" bisik Isha perlahan.

Fatin menjongket bahu, tanda tidak tahu.

"Ya..."

Tiba-tiba tubuh Isha lemah dan dia hampir pengsan dek kerana perkhabaran dari bakal suaminya yang tak jadi itu. Namun sempat di sambut Puan Iza yang berada di sebelahnya.

"Kenapa Daniel buat Isha macam ni...?" rintih sayu suara Isha. Kelopak matanya menjadi kabur kerana air mata yang bertakung dan perlahan-lahan mengalir.

Akhirnya Isha pengsan dipangkuan ibunya.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now