Bab 17

4.1K 181 4
                                    

"Zul, panggil Isha kejap." arah Encik Shukri dengan nada yang tegas kepada salah satu pekerjanya.

"Baik, bos." Tergesa-gesa Zulfadli berlari anak ke arah Isha yang berada tidak jauh dari situ.

"Isha, bos panggil kau." beritahu Zul.

"Kenapa?" Soal Isha, hairan.

"Tak tahu lah." Jawab Zul, jujur. "Takpe lah aku nak sambung buat kerja ni."

"Ya lah."

Huish! Ada apa bos panggil aku ni? Aku ada buat salah lagi ke? Ah, sudah! Omel Isha dalam hati.

"Ya, bos. Bos nak jumpa saya? Saya ada buat salah ke, bos?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Encik Shukri.

"Kot ya pun, duduk lah dulu."

He he he. Gelojoh!

"Awak tahu kan, sekarang ni restoran saya beroperasi tujuh hari seminggu?"

"Ya, tahu bos."

"Okay, hari sabtu ni saya nak tutup restoran...." belum sempat Encik Shukri menghabiskan kata-katanya, Isha terlebih dahulu memotong.

"Encik Shukri nak tutup restoran ni ke? Sebab apa? Tak maju ke? Saya tengok okey aje... tiap hari ramai aje customer datang. Lagipun saya baru nak merasa jadi pengurus kat sini....janganlah macam ni, encik bos...."

"Hesy! Ke situ pulak awak ni. Saya tak habis cakap lagi.... awak dah potong ayat saya. Nak je saya potong lidah awak ni, biar diam terus...."

Dengan tak semena-mena Isha Damia menekup mulutnya dengan tangan, sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Tahu pun takut..." Encik Shukri tersenyum kecil. Geli hati melihat gelagat Isha yang agak gelojoh dan kelam kabut.

'Sebijik macam Fariz Elman. Suka ugut-ugut orang! Hesy! Tak sukalah!' Gerutu Isha dalam hati. Tanpa sedar Isha membuat reaksi muka masam mencuka menyebabkan Encik Shukri dapat meneka apa yang diperkatakan Isha dalam hati.

"Haaa... mengutuk saya lah tu..."

"Errr.... mana ada bos." Hu hu hu.

"Ya lah tu. Okey, bercakap pasal tadi, tentang restoran akan ditutup pada hari sabtu sebab....saya ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi saya bagi cuti untuk kamu semua. Awak, sebagai pengurus... dan saya bos disini, saya arahkan awak beritahu pasal cuti ni pada semua pekerja bawahan awak, okey? Jelas?"

"Tu je? Sebab hari sabtu ni cuti, bos panggil saya? Ingat apa lah tadi...." Aku punyalah nervous nak jumpa bos, ingat ada hal penting. Pasal cuti je. Pasal C.U.T.I. aje? Huh!

"Yalah, lagipun tu hari penting anak saya tau. Sebab tu saya panggil awak ke mari."

"Hari penting anak bos? Anak bos nak kahwin ke?" Soal Isha agak teruja.

"Belum lagi. Cuma baru nak masuk meminang aje."

"Lah yeke? Kenapa tak cuti separuh hari je bos? Meminang je kan? Bukannya kahwin pun...."

"Ish! Awak ni Isha, dah cukup baik saya bagi cuti sehari tau. Lagipun bos awak ni tengah happy nak terima menantu. Patutnya awak sokong saya dan doakan semuanya berjalan lancar..."

"Saya mintak maaf, bos. Terima kasih. Budi baik bos hanya Allah saja yang mampu balas. Saya doakan anak bos, selamat ke jinjang pelamin. Amiinnn...." doa Isha tulus.

"Kenapa bukan awak aje yang jadi menantu saya?" Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terkeluar dari mulut encik Shukri.

"Hah? Saya? Menantu bos?"

Encik Shukri sekadar mengangguk dan tersenyum nipis. Sebelum Isha Damia, meminta diri untuk menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi.

Namun begitu, fikiran Isha Damia masih tetap pada persoalan Encik Shukri. Dia bergurau kah? Tapi nampak macam serius aje. Entahlah.

******

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now