Bab 6

5.1K 194 1
                                    

"Ibu..... kenapa mak long benci sangat kat Isha?" soal Isha, kedengaran suaranya agak sayu.

Puan Iza semakin bingung. Perlukah dia menceritakan hal sebenar kepada anaknya itu. Bersediakah dia dengan respon yang akan diberikan Isha Damia nanti. Tapi pada masa yang sama dia tidak mahu anaknya mengetahui hal itu. Namun sampai bilakah rahsia yang selama ini disimpan akan tetap kekal sebagai rahsia?

Diam.

"Ibu...." panggil Isha lagi.

"Ya, ya.... kenapa sayang?" Puan Iza terkejut dari lamunan.

"Ermm... takde pape lah..." Isha membatalkan saja hasratnya tadi.

******

Fariz Elman melajukan langkah kakinya mengejar sahabatnya, Izzul Daniel yang sudah jauh ke hadapan.

"Izz! Tunggulah... ada benda yang aku nak cakap ni...!" tercungap-cungap nafas Fariz Elman.

Izzul Daniel menghentikan langkah kakinya. "Ada apa?" soal Izzul malas.

"Aku mintak maaf pasal hal semalam tu... aku bukan sengaja cakap macam tu. Niat aku nak bergurau je tapi tak sangka..." belum sempat Fariz Elman menghabiskan kata-katanya, Izzul Daniel terlebih dahulu memotong.

"Dah lah... aku sikit pun tak amik hati... cuma...."

"Cuma apa?"

"Takde pape lah. Ha ha ha" tiba-tiba Izzul Daniel ketawa meledak seolah-olah sedang menonton maharaja lawak.

Ketawa Izzul Daniel terhenti sebaik sahaja melihat Fariz Elman seolah-olah sedang mencari sesuatu.

"Kau cari apa tu, Riz?" soal Izzul, hairan.

"Jap, aku tengah cari kat mana lawaknya.."

Sekali lagi Izzul Daniel ketawa berdekah-dekah. Ha ha ha ha!!!

"Ni mesti kau terpengaruh dengan media sosial ni kan?"

"Apa pulak aku? Persoalannya sekarang ni, kenapa kau tetiba gelak?" Fariz bengang! Betul apa yang aku cakap. Apa yang kelakarnya sampai gelak macam tu sekali?

"Ha ha... ermmm saja jelah. Nak menghiburkan hati sendiri..." gelak tawa Izzul Daniel masih lagi kedengaran.

"Kalau ye pun... tak payah lah nak ha ha macam tu sekali? Takut aku tengok kau... dah macam putus wayar je... kah kah kah...!" Kini giliran Fariz Elman pula mengenakan sahabatnya itu. Tak seronoklah kalau aku sorang je yang kena.

"Tengok... kau pun dah berjangkit dengan aku. Ni mesti putus wayar jugak ni."

Wajah Fariz yang tadi dihiasi gelak tawa kini bertukar menjadi masam mencuka.

"Haa buat muka, buat muka..." perli Izzul.

"Nah, hambik kau..."

"Adoi! Agak-agaklah nak ketuk kepala aku pun..." Izzul mengosok kepalanya perlahan. Izzul Daniel hendak membalas perbuatan Fariz tadi, tiba-tiba matanya terpandang kelibat seseorang yang dikenalinya.

******

"So keadaan kak Isha macam mana sekarang ni?"

"Macam mana yang mana tu?"

"Hmm.... kak Isha dah kahwin?"

"Belum..."

"Kenapa?"

"Manalah Aten tahu. Abang pergilah tanya kak Isha sendiri..." omel Fatin.

Izzul mengeluh perlahan.

"Sampai hati abang buat kak Isha macam tu... kak Isha baik sangat. Sanggup abang curang belakang dia..."

"Aten... abang bukan macam tu... abang cuma..."

"Cuma apa? Pengecut? Sebab abang tinggalkan dia macam tu je tanpa beri kata putus? Atau sebab perempuan lain? Istimewa sangat ke perempuan tu?"

"Aten, tak faham..."

"Aten cuba nak faham apa yang berlaku tapi sampai sekarang Aten tak faham apa-apa pun sebab abang langsung tak bersuara. Kalau lah dari dulu lagi abang perbetulkan keadaan, kak Isha takkan jadi macam sekarang ni lah!"

"Apa yang terjadi selepas hal tu?"

"Apa yang Aten boleh cakap sekarang ni, kak Isha bukan macam Isha Damia yang dulu. Dia berubah sekelip mata selepas kejadian tu."

"Abang... mintak maaf Aten..." terbit rasa bersalah dalam dirinya. Kerana sikapnya yang terburu-buru pergi telah mengecewakan hati seseorang. Janji yang pernah ditaburi dulu, dimungkiri oleh dirinya sendiri. Kejamkah aku?

"Kenapa nak mintak maaf dekat Aten pulak? Patutnya pada kak Isha tu..." Fatin tersengih.

"Abang malu nak berhadapan dengan dia... abang takut dia tak nak pandang muka abang lagi. Abang tahu dia terlalu kecewa dengan sikap abang... Aten tolong abang? Boleh?" pinta Izzul Daniel seakan merayu kepada Fatin yang telah dianggapnya sebagai seorang adik.

"Tolong apa?"

******

Izzul Daniel tersenyum nipis selepas Fatin sudi membantunya. Semoga misinya berjalan dengan lancar.

"Siapa tadi tu..?" soal Fariz Elman.

"Awek aku..." selamba sahaja jawapan yang keluar dari mulut Izzul Daniel.

"Fuyooo... ada awek rupanya... cun jugak. Tak kenalkan kat aku pun. Sampai hati..." Hu hu hu.

"Nanti-nantilah aku kenalkan... jom pergi makan, aku dah lapar ni..."

"Laa.. apesal tak ajak awek kau sekali?"

"Dia ada hal lah....busy..."

Fariz Elman mencebik. Eleh... ye lah tu. Macam lah aku nak sailang awek dia. Gerutu Fariz dalam hati. Bakal awek aku lagi cantik tau. Eh, silap. Future wife lah. Ha ha ha.

******

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now