16

558 29 23
                                    

KAHAR POV's

Selepas Milea menampar aku , aku terus melangkah pergi dari situ bukan kerana aku marahkan dia tetapi kerana aku sedar akan kesalahan aku terhadap dia kalau dia kecewa dengan aku, aku jugak kecewa dengan diri aku sendiri. Aku beredar mencari keberadaan Fakhri. Aku perlu tamatkan permusuhan ini malam ini juga agar tiada lagi gangguan yang dapat Fakhri lakukan hanya untuk rosakkan hubungan aku dan Milea kalau dia mahukan kedudukan kapla ini aku sanggup berikan asalkan semua ini berakhir.

Aku berdiri di tengah-tengah di antara semua dorm 4 dan form 5. Aku mencari keberadaan Fakhri . Sungguh kali ini aku tidak akan membiarkan Fakhri terus menerus merosakkan hubungan aku dan Milea lagi. Aku tidak akan berdiam diri lagi kali ini cukup dengan apa yang Fakhri sudah lakukan pada hubungan aku dan Milea.

"FAKHRI!! FAKHRI KAU KELUAR SEKARANG SIAL!! FAKHRI!! FAKHRI KAU KELUAR SEKARANG!! FAKHRII!!! KAU KELUAR SEKARANG!!"

Aku lihat Fakhri keluar dari dormnya dengan riak wajah bersahaja seolah dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Menambahkan lagi amarah aku .

"Kau memang betul-betul dah melampaukan sial!! BUKAN SETAKAT AKU KAU DAH CABAR, KAU CABAR CARA HIDUP DEKAT SINI! KAU CABAR HIGH COUNCIL, KAU CABAR SATU BATCH FORM 5 !!"

"Habis tu, kau nak aku buat apa? Duduk diam-diam tengok kepala otak kau tu jajah sekolah ni , macam tu?

"Tak aku nak KAU BERAMBUS LAH SIAL!!. Lepas kau kena belasah dengan aku. Kalau kau kalah, AKU NAK KAU KELUAR DARI SEKOLAH NI. JANGAN SAMPAI HIDUP KAU AKU BUAT MACAM NERAKA LAH SIAL!!.

Aku dapat melihat dengan jelas wajah Fakhri yang hanya menayangkan wajah polos kepada aku seolah dia tidak bersalah.

"Okay , tapi kalau aku yang menang, kalau aku yang bantai kau. Aku nak kau lepaskan jawatan kau sebagai kapla dan lepaskan Milea Iris. Biar aku yang jaga dia, biar aku yang teman dia , biar aku yang buat semua benda yang kau buat!"

End POV's

++

Kahar bersetuju dan bersiap ke tempat pertaruhan.

"Kahar kau yakin ke ni? Aku risau kalau kau kalah lagi"

Hakeem datang ke arah Kahar dan cuba memastikan keputusan Kahar .

"Aku yakin dengan apa aku buat kali ni! Hakeem kau tolong jaga Milea untuk aku"

"Baik Kahar, jangan risau aku jaga dia untuk kau"

++

Fakhri memulakan serangan dengan melayangkan buku limanya ke arah wajah Kahar tetapi dapat di elak oleh Kahar .

Kahar terus menyerang Fakhri dengan tendangan yang terkena tepat pada bahagian dada Fakhri sehingga dia beranjak kebelakang. Fakhri menyerang dengan tumbukkannya lagi tetapi kali ini Kahar tidak sempat untuk elakkan dirinya. Tumbukan itu tepat terkena pada wajah Kahar.

Fakhri menyerang lagi dengan tendangannya kali ini tetapi Kahar sempat mengelak dengan menahan kaki Fakhri membuatkan Fakhri terjatuh. Kahar kemudian menyerang Fakhri dari belakang seraya menjerat leher Fakhri kuat dengan lengannya sehingga Fakhri menampar-nampar lantai menandakan dia mengalah.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada Kahar. Hakeem menghampiri Kahar dan memapah badannya.

"Kita menang Kahar"

Kahar hanya tersenyum lagipun saat bergini fikirannya masih memikirkan Iris.

Baru sahaja Kahar mahu mengumumkan pemenang bagi pertaruhan ini , Fakhri menyerang Kahar lagi dengan buku limanya yang tepat terkena di wajahnya

PHC: Kahar & Milea love story Where stories live. Discover now