。𖦹°‧1

1.1K 48 4
                                    

Iris melihat Tuan Yusof sedang berborak bersama Encik Awang dan membiarkan Iris tertunggu seorang diri diluar. Iris cuma mengintai disebalik cermin kaca bilik pengetua untuk mendengar perbualan mereka berdua.

"Tuan Yusof kami minta maaf, setelah berbincang dengan guru yang lain. Saya dah buat keputusan untuk keluarkan Iris dari sekolah."

"Tak boleh ka guna cara lain untuk hukum anak saya , Encik Awang?"

"Maaf Tuan Yusof, Milea dah lakukan pelbagai masalah disiplin yang boleh menjejaskan reputasi STIA. Saya harap Tuan Yusof dapat menghormati keputusan pihak sekolah"

Tuan Yusof menghela nafas berat seraya kaki melangkah keluar dari bilik pengetua itu bersama wajah yang sedang menahan kemarahan .

Iris tahu Tuan Yusof marahkan dirinya atas apa yang telah berlaku tapi bagi Iris, dia tidak peduli kerana ini sahaja caranya untuk mendapatkan perhatian daripada papanya, Tuan Yusof.

++

Tuan Yusof sebenarnya agak kesal dengan kelakuan anak gadisnya . Tertanya dirinya, apakah kesilapan dirinya ketika mendidik Iris dahulu sehingga gadis itu kini menjadi sosok pemberontak ? Adakah kerana dirinya terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga dia tidak mengenali isi hati anak gadisnya sendiri?

"Iris kenapa kamu berubah jadi seorang pemberontak selepas pemergian mama ? Adakah kerana mama sahaja tempat Iris bergantung ?, bagaimana dengan papa ? Bukankah seorang ayah tempat bergantung anak perempuannya?"

Tidak henti Tuan Yusof menyoal khilaf dirinya sendiri saat mendidik gadis ini.

++

Banyak persoalan Encik Yusof kepada anak perempuannya, Iris tapi hanya dipendam sahaja.

Si bapa yang menyoalkan perubahan anaknya namun si dara melakukan itu semua untuk mendapatkan perhatian si bapa walau perkara bodoh sekalipun dia tidak peduli lagi .

Baginya itu sahaja cara dia agar dapat melihat bapanya peduli akan dirinya.

++

"Naik dorm kamu dan kemas semua barang Iris sekarang , papa tunggu dekat kereta"

Encik Yusof menyuruh Iris naik ke dorm dan mengemas pakaiannya untuk mengikuti Encik Yusof ke KUDRAT.

Iris hanya akur kerana malas membantah . Kaki di atur masuk ke dalam biliknya.

++

Kehadiran tiga orang pelajar perempuan yang mentertawakan dirinya di abaikan sahaja tangan masih ligat mengemas barangnya.

Seorang dari tiga orang gadis itu datang menghampirinya.

"Well anak terbuang kena buang ya?"

Iris mendengus lantas memandang tajam ke arah gadis itu seraya tangannya mengcengkam kuat rahang gadis itu.

"Aku ni baru ja lepas kerjakan kawan kau tau. Kau nak aku humban muka kau dalam jamban macam mana aku buat dekat kawan kesayangan kau tu? Aku dah kena buang so aku tak kesah pun risiko tu nanti"

Jeda.

Ketiga-tiga gadis itu lantas mendiamkan diri dan melangkah keluar dari bilik itu. Iris senyum kemenangan.

"Tahu takut"

Setelah selesai Iris turun ke bawah menghampiri Encik Yusof. Encik Yusof menolong Iris mengangkat beg pakaian serta barangnya masuk ke dalam kereta.

++

Di dalam kereta;

"Kenapa dengan Iris ni? Sampai buat macam tu sekali ? Kenapa Iris pukul anak dato tu? Apa yang dia dah buat sampai Iris bertindak buat perkara macam tu?"

Soal Encik Yusof tidak henti kepada anaknya namun Iris hanya menayangkan riak wajah yang biasa sepertinya dia langsung tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku.

"Iris papa tanya ni!?"

Setelah lama mendiamkan diri, Iris akhirnya membuka mulut menjawab persoalan Encik Yusof .

"Papa, Iris bukan sengaja. Iris pukul betina tu bersebab lah pa—"

Tidak sempat Iris menghabiskan katanya Encik Yusof terlebih dahulu menyelit

"Apa yang bersebabnya Iris? Papa tak nampak sebab tu yang papa nampak KAMU SENGAJA BUAT SEMUA TU KAN ! INGAT MILEA IRIS KAMU TU ANAK DARA BUKAN ANAK JANTAN YANG TAK HABIS-HABIS BERGADUH! KAMU NI—"

Tidak sempat Encik Yusof selesai dengan kata-katanya Iris memotong terlebih dahulu percakapan papanya.

"Ya Iris tahu papa Iris bukan anak jantan tapi Iris buat tu bersebab papa, bersebab!!"

"Apa sebabnya? Sebab kamu memang suka menyusahkan hidup papa ke Milea?"

Iris yang pada mulanya tidak mahu berlawan mulut dengan Encik Yusof kini mula dikawal api kemarahannya sendiri saat mendengar kata bapanya itu .

Tanpa berfikir panjang dan terikut perasanan amarahnya dia terus lantang bersuara menjawab soalan papanya.

"IRIS BUAT SEMUA TU SEBAB PEREMPUAN TU HINA IRIS , DIA CAKAP IRIS NI PEMBAWA SIAL SEBAB TU IRIS TAK ADA MAK , ADA BAPAK PUN SIBUK MEMANJANG DENGAN KERJA TAK FIKIRKAN IRIS. DIORANG CAKAP IRIS NI ANAK BAWA SIAL PAPA TAHU TAK!? , OH LUPA.... MANA PAPA TAHU! PAPA KAN ASYIK SIBUK DENGAN PANGKAT PENGETUA PAPA JA KAN?"

Balas Iris dengan nada marah. Dia seakan-akan disampuk hantu , tidak dapat menahan kemarahannya sehingga mengeluarkan semua yang terbuku dihatinya selama bertahun-tahun.

"Lagi satu papa jangan pernah panggil Iris dengan panggilan Milea sebab panggilan tu hanya untuk orang istimewa dalam hidup Iris sahaja dan yang pasti papa tak termasuk"

Encik Yusof yang mendengar kata-kata anak gadisnya itu hanya mendiamkan diri. Dia mula sedar bahawa dirinya adalah punca Milea Iris satu-satunya anak gadisnya berubah dari seorang anak gadis yang manis dan riang menjadi seorang anak yang memberontak .

++

Perjalanan dari Cameron Highland ke Ipoh mengambil masa 2 jam lebih . Sepanjang perjalanan Iris dan papanya tidak bercakap masing-masing dengan dunia sendiri . Iris memilih untuk duduk di tempat duduk belakang sambil melihat permandangan di tepi tingkap kereta sehingga tertidur.

 Iris memilih untuk duduk di tempat duduk belakang sambil melihat permandangan di tepi tingkap kereta sehingga tertidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.....

PHC: Kahar & Milea love storyWhere stories live. Discover now