Aku berlari, cuba dapatkan dia. Tapi, aku jatuh sebelum sempat aku hampiri dia. Si dia pusing menghadap aku, terkejut bila aku dah terduduk atas tanah. Dia berlari ke arah aku dan menyoal.
“ Sunghee! Are you okay? Yah, kenapa lari? Saya bukan pergi mana-mana pun. ”
Aku hanya tersengih pada Jacob. Pada masa yang sama menahan tangis dek kerana terasa perit pada luka di lutut. Jacob tergeleng-geleng kepala, menyuruh aku tunggu di situ.
“ Tunggu sini tau. Saya ambil plaster. ”
Aku mengangguk, melihat saja Jacob berlari semula ke rumahnya yang tidak jauh dari sini. Dia datang semula, duduk di hadapan aku dengan iodin, kapas dan plaster.
“ Awak nak kejar apa sampai berlari ke sini? Kan dah cakap saya tunggu dekat sini. Sakit ke? ”Jacob membebel pada aku, tapi aku tak kisah. Aku suka tengok lelaki ni ambil berat tentang aku. Aku suka diri dia yang selalu bertanya pasal keadaan aku. Aku suka semuanya tentang Jacob.