“ Saya bawa awak jumpa Jacob. ”
Wajah Hyunjae tersenyum ke arah aku. Senyuman tawar. Senyuman yang tiada rasa. Seperti ada sesuatu dia sembunyikan daripada pengetahuan aku.
Tapi, apa dia?
“ A–awak, no. Saya tahu awak tak selesa tentang ni. Tak perlu— ”
“ Sunghee. You should meet him. Kalau tak, makin sakit awak nak tanggung rasa rindu tu. Dan— ” Ayat Hyunjae tergantung. Dia mengetap bibir, seakan mencari kekuatan untuk melengkapkan ayat tadi. Jantung aku berdegup kerisauan.
“ H–Hyunjae? ”
“ Ah, nothing. Kita pergi sekarang ya? ” Hyunjae menggeleng, tersengih ke arah aku. Aku tak pasti ke mana dia bawa aku pergi cuma, dia ada cakap mahu singgah ke satu tempat dahulu sebelum bertemu Jacob.
“ Kenapa pergi kedai bunga? ”
“ Nak jumpa dia takkan dengan tangan kosong, kan? ”
Aku mengiyakan saja, cuma perasaan curiga aku mula datang tiba-tiba. Aku cepat-cepat tepis perasaan itu, tidak mahu perkara ni menganggu perasaan aku. Cukuplah Hyunjae melayan kerenah aku semalam. Orang sedang sedap tidur, kau tiba-tiba menangis tidak tentu pasal.
“ A–awak. Kenapa kita datang sini? ”
Perasaan curiga itu kembali menerjah ruang fikiran aku. Aku cuba fikir positif namun, tak boleh. Hyunjae diam seketika sebelum menjawab pertanyaan aku.
“ Kita nak jumpa Jacob. ”
“ Tapi kenapa di sini? H–Hyunjae. ”
“ Stay calm, Sunghee. ”
Hyunjae menghulurkan tangannya, membantu aku keluar dari badan kereta. Dia kemudian membawa aku masuk ke dalam sehinggalah dia berhenti di tempat persemadian seseorang.
“ J–Jacob? ”
Hilang seribu bahasa aku ketika itu. Tidak percaya apa yang aku lihat. Hyunjae menghulurkan bunga yang dibelinya tadi pada aku, perlahan saja dia berkata.
“ J–Jacob kemalangan pada hari perkahwinan kita. Ingat lagi surat yang Jacob suruh saya bagi pada awak malam tu? Dia kemalangan lepas hantar surat tu. Jacob dalam perjalanan nak pulang semula ke Canada tapi... ”
“ I'm so sorry, Sunghee. S–saya tak berniat nak sorokkan perkara ni dari awak. S–saya takut awak makin rasa bersalah dengan Jacob. I promise to Jacob. S–saya akan jaga awak macam Jacob pernah jaga awak sewaktu kecil dulu. I promise you, sayang. ”
Hyunjae tidak dapat meneruskan kata-katanya. Suaranya juga semakin lama semakin perlahan, menahan rasa sebak yang tiba-tiba menyerang. Aku jatuh melutut di situ juga, menangis semahu-mahunya.
Aku tak akan berpeluang berjumpanya lagi.
Aku tak mungkin tak dapat ucapkan perkataan maaf padanya.
Jacob...
I'm so sorry.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
Dear Sunghee Lee
I hope you're doing fine. Congratulations for your wedding!
I know, saya tak layak nak cakap macam ni. But, saya harap awak bahagia dengan Hyunjae. You found someone better than me :) I feel relief, I guess?
Walaupun kecewa sebab saya tak mampu tunaikan janji saya, tapi saya masih lega awak dah jumpa Hyunjae. He’s kind. He really suit you. I’m sure Hyunjae akan jaga awak dengan baik.
I’m so sorry. Really sorry.
Sampai bila bila pun saya akan ucap perkataan maaf ni. For 15 years, saya buat awak tunggu saya. For 15 years, saya biarkan awak sendiri.
Saya tak jaga awak.
Saya tak tanya khabar awak.
Saya biarkan awak sendiri.
Dan, dengan muka yang tidak tahu malu, saya jumpa awak sekarang ni.
Tapi, Sunghee. Saya cuma nak awak tahu. 15 years ago, saya cuba jadi yang terbaik untuk awak. Saya sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Saya dapat kerja dengan gaji yang lumayan. I did all these for you, Sunghee.
Saya tak nak hidup awak susah dengan saya. Saya nak awak hidup dengan selesa. Macam yang saya janjikan dulu. I will take care of you.
But, it's too late.
Awak dah jadi milik orang lain. Saya sedih, tapi pada masa yang sama saya tumpang happy untuk awak Sunghee. Mungkin dah tiba masanya tugas saya untuk jaga awak diambil alih oleh orang yang lebih layak.
And yes, your husband Hyunjae.
Please be happy, Sunghee :) I love to see two people who deserve happiness so much find it with each other. Best wishes to you both.
From. Jacob Bae.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
end.
fyi, this is extended/prequel version for one-shot fanfic Jacob dari like a dream. kalau nak baca or ada yang tak pernah baca lagi, boleh baca dekat like a dream ya.
thank you ❤️