“ Jacob, i think we should end our relationship here. ”
Wajah Jacob berubah perlahan-lahan. Dia masih cuba untuk kekal tersenyum. Namun, aku tahu ayat yang keluar dari mulut aku tadi bagaikan menghentak hatinya untuk kembali ke realiti. Dia menyoal, dengan suara yang perlahan, “ E-end? W–what do you mean, Sunghee? Apa maksud awak— ”
“ I’m getting married, Jacob. Tomorrow. With Hyunjae. ”
Jacob diam, tidak bersuara. Selepas aku ucap perkataan kahwin itu, wajah sayunya kini melihat aku. Lama dia berdiam diri sebelum akhirnya membuka mulut semula, cuba menafikan segalanya.
“ You're joking, right? Sunghee, tell me you're joking! ”
“ I’m not! Jacob, buat apa saya nak tipu? It's all your fault! Awak biar saya tunggu lama, dan awak baru muncul sekarang. 15 years, Jacob! 15 years! And now, what? You want to blame me? Sebab berkahwin dengan your own bestfriend? How about you? ”
“ S–Sunghee, wait. Saya— ”
“ Awak nak cakap apa? Tak perlu lagi. Saya tak nak dengar. ”
Aku hamburkan semuanya pada Jacob ketika itu. Aku langsung tidak pedulikan perasaannya ketika itu. Aku hanya pedulikan tentang diri aku sendiri. Ego aku sendiri. Tidak sama sekali memberi dia peluang untuk pertahankan diri sendiri. Aku bangun, meninggalkan Jacob keseorangan.
Tinggalkan dia dengan hati berbelah bahagi. Rasa bersalah sebab sakitkan hati dia. Rasa lega kerana aku dah berjaya luahkan semuanya.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄