03
"TADI doktor handsome cari kau." Nurlisa terkekeh. Ainul menjeling manja menyambut kekehan Nurlisa yang sedang menyakat dirinya.
"Jawapan paling selamat... Aku cakap ayah kau tak sihat." Tambah Nurlisa lagi sambil menyambung tawanya.
"Lisa! Kenapa kau berbohong macam tu. Cakap ajelah aku ada hal." Bebel Ainul tidak setuju alasan yang diberikan oleh Nurlisa kepada Hanif. Doktor handsome yang dimaksudkan Nurlisa. Patutlah pagi tadi berdesup-desup whatsApp daripada Hanif.
"Dah tu kau nak aku cakap kau terlewat bangun. Aib sendiri pun kena tutup tau. Kau buat apa je malam tadi sampai terlambat bangun? Berangan nak kahwin la tu."
"Eh kau... Cakap tu baik-baik sikit ye. Dah mata ni taknak tidur. Mungkin sebab aku terlebih minum kopi petang kemaren. Dia pun lancar perang dengan aku. Tak nak tidur. Aku nak pergi dekat Fateh kejap. Kau tengokkan budak-budak ni." Pamit Ainul sambil menapak keluar dari bilik yang menempatkan bayi-bayi lingkungan 3 bulan hingga satu tahun.
"Amboi tak boleh berenggang dengan bakal anak tiri dia. Sampai je terus cari Fateh. Untung la baru putus tunang dah ada yang menunggu." Bisik Nurlisa dengan suara menyakat. Dikuatkan ketawanya.
"Lisa!" Bibir Ainul terketap-ketap menahan geram. Si Nurlisa ni ada saja yang hendak disakat jika perihal perasaan Ainul Mardiah.
"Aku kawan ajelah dengan dia. Tak melibatkan soal hati dan perasaan pun."
"Kalau melibatkan hati dan perasaan pun tak salah Ain. Kau pun single. Bukan hak sesiapa. Jadi doktor handsome tu ada chance lah nak ngorat kau." Nurlisa menambah perisa sambil ketawa.
Ainul terkedu saat Nurlisa habis berujar. Tak semena-mena wajah kacak duda beranak satu itu terbias di mata. Terimbau saat pertemuan pertama mereka di hospital, sewaktu itu Hanif lah yang merawat ayahnya, Encik Isa disengat tebuan dua bulan lepas. Sejak daripada pertemuan itu mereka menjadi akrab. Lebih kepada teman tapi mesra. Ainul menyimpan senyum di dalam hati.
*
"BANG... tadi kat rumah Long Zainab. Som ada berbincang dengan Long Latif. Dia cakap dia nak mengupah Am mengecat rumah dia. Yelah tak lama lagi nak sambut orang baru. Lepas raya ni majlis kahwin Liyana. Jadi sempatlah diorang nak baiki rumah diorang. Abang macam mana? Setuju ke?" Ujar Hajjah Kalsom setelah siap menghidang teh pada Haji Hazali yang diminta suaminya di anjung rumah.
Surat khabar di tangan dilipat. Haji Hazali mengalih pandangan ke wajah isterinya. "Tanya Am... Kalau dia setuju... Abang pun setuju. Boleh la Am belajar buat kerja kampung. Cari duit poket."
Serta merta Hajjah Kalsom mengeluh. Bukan tidak setuju Amru membuat kerja kampung tapi hatinya terkilan dengan buah mulut orang kampung yang tak habis-habis melemparkan kata kejian. "Tadi telinga Som panas dengar diorang mengata anak kita. Macam lah anak diorang tak pernah melakukan kesalahan. Anak kita je yang jahat. Anak mereka baik, suci bersih dari melakukan dosa."
"Jangan melayan kata diorang tu Som... Mulut manusia manalah kita boleh tutup. Biarkan diorang. Yang penting kita tahu anak kita macam mana. Am dah berubah. Kita sebagai orang tua, doakan yang terbaik buat anak-anak kita."
"Jangan kata orang kampung bang. Tu Khasyaf tu tak sudah-sudah pandang sinis pada Am. Manalah Am tak terasa hati. Saya yang dengar pun boleh berdesing telinga. Am dah terima hukuman dia. Sepatutnya kita bagi sokongan bukan hinaan."
Haji Hazali lepas satu keluhan berat. Dicicip perlahan air teh itu dengan perasaan bercampur baur. Turut simpat pada Khalid Amru.
"Mak... Ayah, borak apa tu? Boleh Am join sekali?" Amru meniti anak tangga rumahnya.
YOU ARE READING
Masihkah Ada Kemaafan
RomanceSinopsis Penjara... Mendengar saja sudah dapat membayangkan peritnya menjadi penghuni gerigi besi itu. Khalid Amru masa silamnya... dia pernah tersilap langkah. Hidup dikelilingi kehormatan kerana pangkat yang disandang. Bertemu dengan wanita seangg...