Selepas aku menjalani latihan untuk mengenal unsur elemen yang lain, aku kembali ke dunia asalku. Yang aku tak dapat lupakan adalah apabila aku terlalu teruja dapat mengawal elemen angin dan api sehingga menyebabkan kawasan hutan di kawasan kediaman Kizaru musnah membuatkan aku dipaksa untuk menumbuhkan semula tumbuhan yang ada di sana.
Kuasa kegelapan yang ada pada aku satu-satunya kuasa yang tidak berelemen membuatkan ia tidak dapat dipatahkan oleh mana-mana magik elemen yang lain dan disebabkan aku turut mempunyai kelebihan kuasa suci daripada dna nenda, aku turut dapat mengawal kuasa cahaya. Secara tak langsung aku kebal daripada mana-mana magis.
"Yezza!!! Aku kebal! Tak ada sesiapa pun yang dapat kalahkan aku!! Huwakakkakakkakakka!!" Sahutku penuh bertenaga. Tiba-tiba aku mula rasa mengantuk dan terus tertidur. Aku tak tahu berapa lama aku berada di dalam dimensi itu sehingga membuatkan aku terus tertidur sebaik saja aku tiba kembali di istana.
"Kyu!!! Kyu!!!" Niko menghampiriku dengan panik lalu cuba membangunkanku. Mungkin dia turut risau apabila aku hilang daripada pengawasannya.
"Aku okey Niko... Cuma penat. Biarkan aku tidur~" kataku dalam keadaan mamai. Niko terdiam lalu baring di leherku.
BANG!!!
Bunyi pintu terbuka dengan kuat membuatkan aku tersentak. Aku mendongakkan kepala dari baringku untuk melihat ke arah pintu yang bertentangan denganku.
"R-Red? Kamu dah pulang?" Soal bonda yang tiba-tiba memunculkan diri. Aku yang dalam keadaan mengantuk hanya tersengih dan cuba kembali untuk tidur.
"Ke mana kamu pergi ha?! Bonda risau tahu?! Bonda bertanya pada alam tapi alam ni pun tak dapat mengesan kamu! Ke mana kamu pergi?!" Soal bonda sambil mengoncang tubuhku.
"Dia selamat dalam pengawasan beta," kata moyang dalam bentuk manusianya.
"Kamu..."
"Kalian adalah keturunan beta. Tiada apa yang perlu kalian risaukan. Beta cuma membawanya pergi buat seketika untuk menjalani latihan. Dia anak yang sangat istimewa dalam keluarga ini dan ditakdirkan untuk melindungi keluarga ini dari kemusnahan," kata moyangku lagi. Aku menguap kepenatan dan mengharapkan pertanyaan bonda segera tamat.
"Dinda... Kita tak punya banyak masa lagi. Kita perlu pergi. Ha? Red? Kamu di sini? Kamu ni siapa?" Ayahanda pula tiba-tiba muncul bersama pedang yang dihiasi dengan darah. Pakaiannya juga turut dibasahi darah yang masih segar membuatkan aku yang mengantuk terus bangun dan segar.
"Apa dah jadi?" Soalku terus bangun dari bangunku.
"Werewolves dan vampires yang lain mula memberontak sebaik saja ayahanda mula menyiasat apa yang terjadi pada kamu. Ayahanda terpaksa memerangi mereka kerana mereka enggan untuk menurut," balas ayahanda sambil mengerutkan dahinya. Aku mengesan juga ada beberapa kesan gigitan pada tubuhnya.
"Kita perlu pergi dari sini. Red, kamu terangkan semua ini selepas ini. Kita perlu berangkat," kata bonda dengan panik.
"Tak perlu kalian melarikan diri. Ia cuma membuatkan mereka yang lain melihat kalian sebagai ketua yang lemah. Kuasai mereka semula. Gunakan apa yang beta pernah tinggalkan untuk kalian," kata moyangku tenang.
"Apa yang kamu katakan? Kita tak ada banyak masa lagi. Ki-" belum sempat ayahanda menghabiskan kata-katanya tiba-tiba seekor werewolf datang dan menyerangnya. Ayahanda terus mengelar lehernya dengan pedang berapinya dan werewolf itu terus bertukar kepada manusia semula. Kepalanya yang dipenggal terus tergolek ke dalam bilikku terus membuatkan aku berubah pucat.
"Maaf kamu terpaksa lihat semua ni. Kita tak ada pilihan. Mereka mula menyerang kita dan cuba membelot," kata ayahanda lalu segera menolak almari bajuku dan menampakkan satu pintu asing yang tak pernah aku lihat.