Bab 13 : Dimensi

22 3 1
                                    

Masuk sahaja ke dalam pintu misteri tersebut mereka terus ditempatkan di suatu tempat yang asing dan tidak pernah mereka lihat sebelumnya. Sedang mereka yang lain asyik melihat sekeliling hanya Red sahaja yang kelihatan sudah biasa dengan tempat ini namun masih kelihatan resah.

"Kali ni apa pula niat kau datang?," kata satu suara yang membuatkan Red menoleh memandang sosok lelaki yang berambut putih dan berpakaian kemas berjalan dengan tenang menuju ke arah mereka.

"Shah," sebut Red cukup mengenalinya.

"Ada apa-apa masalah ke buatkan kau jejakkan kaki ke sini? Jangan lupa, masalah lama kau dulu itu pun belum dapat aku selesaikan sampai sekarang," soal Shah tenang namun berbunyi tegas.

"S-siapa dia ni?" soal Hiara merasakan tidak selesa. Kemudian dia memegang kepalanya pening mungkin cuba menggunakan kebolehannya untuk mendapatkan jawapan namun ia terlalu membebankan untuknya.

"Bukan urusan kau. Red, kau tahu aku sangat tak suka kau bawa ramai manusia ke dalam dimensi aku lagi-lagi sambil membawa barang-barang mereka. Tak terkecuali aku cukup pantang dengan barang dari seseorang yang aku tak suka... terutamanya senjata milik pembunuh," balas Shah  dan memandang ke arah sabit yang berada di belakang Hiara. Suaranya tenang namun ketidakselesaannya dapat dirasai oleh semua orang.

"Aku tahu kau tak sukakan Kisaka tapi... kali ni demi anak-anak ni. Aku minta kau beri mereka peluang untuk berehat di sini seketika. Aku tak boleh bawa mereka ke dunia kematian untuk bertemu dengan Kisaka. Aku tahu kalau aku gunakan mesin masa tu lagi, ia akan menyusahkan kau lagi," balas Red dengan tenang.

"... kau sedar tentang tu tapi kau tak bertemu aku dulu waktu hari kejadian. Kadangkala aku terfikir, kau memang sengaja nak menyusahkan aku ke Red?," balas Shah sambil sebelah keningnya diangkat.

"Maafkan aku. Aku cuma... Khawatir yang kau takkan penuhi permintaan aku waktu tu memandangkan aku mengubah takdir bukan untuk diri aku sendiri tapi beribu hidupan yang lain. Aku dalam keadaan terdesak dan aku tak yakin kau akan inginkan kehidupan manusia sama seperti sekarang," balas Red membuatkan yang lain memandangnya keliru. Kisah yang mereka tak pernah ketahui kini terbongkar.

"... Haih... Kau masih tak cukup mengenali aku Red. Bukan disebabkan takdir yang berubah ni aku tak sukakan kau dan Kisaka. Aku cuma tak sukakan Kisaka disebabkan dia dah melanggar hukum keseimbangan alam masa yang nyata. Kewujudan aku untuk menjaganya. Setiap takdir boleh diubah dengan 1001 kemungkinan yang berbeza dan dalam 1001 kemungkinan tu kau masih beruntung kau sedang menjalani satu kemungkinan yang kau masih wujud. Kami sepatutnya tak boleh masuk campur dengan urusan yang nyata tapi itulah apa yang Kisaka buat malah kau gunakan cara terlarang tu dan mencampurinya dengan urusan yang nyata. Ia tak adil untuk makhluk hidupan yang lain," jelas Shah tenang dan melambai tangannya dan dimensi itu bertukar menjadi kawasan yang lebih selesa untuk mereka.

"Sejak mula kelahiran aku lagi aku dah mencampuri urusan dimensi asing dan aku menghargai kau juga sanggup membantu walaupun kau tak gemarkannya," kata Red kelihatan serba salah. Topik yang mereka berdua bincangkan sangat berat bagi mereka yang lain membuatkan mereka hanya berdiam dan tidak langsung masuk campur dalam perbincangan mereka.

"Aku tahu kau akan padamkan memori mereka nanti dan walaupun aku tak selesa dengannya, kau masih antara orang yang aku kenali dan tahu kewujudan aku. Seperti yang kau katakan, sejak azali lagi kau dah mencampuri urusan dimensi asing dan nyata. Ia bukan sesuatu yang vampire mahupun hidupan biasa mampu lakukan. Satu-satunya perkara yang aku kesalkan hanya perubahan kau disebabkan kejadian tu. Aku lebih gemarkan satu kemungkinan di mana kau menjadi seseorang yang lebih... Nyaman," kata Shah dan kelihatan kesal. Red terdiam lama. Jika bukan disebabkan kejadian pembunuhan kejam itu dia juga fikir berkemungkinan sifatnya jauh berbeza dari sifat yang tidak berperikemanusiaannya.

"Apa yang boleh aku lakukan? Waktu itu aku dibutakan dengan rasa dendam yang membuak. Jika aku dapat pilih jalan yang kau inginkan mungkin... Aku dapat terus bahagia dengan Akira," ujar Red lalu memandang lantai dengan wajah kesal.

"Sekurangnya... Impian yang kau mahukan dulu dicapai oleh generasi kau yang seterusnya. Sekurangnya perkara yang dibenci kau dulu tak pernah terjadi pada anak ni," kata Shah.

"Hah... Ya, aku rasa dia sememangnya beruntung bila ramai yang mengawasinya," kata Red dengan bersahaja. Mereka terus membalas senyuman membawa makna Shah juga turut bersetuju.

"Itu tak bermaksud aku maafkan kau atas apa yang kau lakukan Red. Disebabkan perbuatan kau, aku tercedera sehingga salah satu jam pada sayap aku hancur dan meninggalkan parut yang dalam," kata Shah sambil menyilangkan tangannya.

"Aku bawa jam yang kau maksudkan. Mungkin ia boleh jadi tanda kemaafan aku dengan kembalikannya pada kau?" Balas Red lalu memandang ke arah Shion yang masih terlena yang kini diletakkan pada katil yang empuk untuknya berehat.

"Dia dah hidup dengan kuasa tu semenjak dilahirkan lagi. Aku rasa tak perlu aku mengambilnya semula. Pada mulanya aku agak risau tapi melihat dia membesar dan tak pernah menggunakan kuasa tu untuk menyakiti... Aku kini percayakan dia," kata Shah tenang.

"Saya minta maaf untuk mencelah tapi... Tak apa ke kami berehat di sini dengan lama? Ayahanda saya akan menghantar askarnya segera jadi... Ia tak adil kalau kita bersembunyi sementara mereka mula berperang," kata Kaisara.

Shah kelihatan tidak selesa dengan Kaisara membuatkannya melangkah ke belakang dan tidak membalas soalan Kaisara. Melihat langkahnya, Red faham bahawa dia diharapkan untuk membalas soalan Kaisara.

"Kamu tak perlu risaukannya. Dalam dimensi ni masa di luar tidak berlalu untuk kalian. Secara ringkas, berapa lama sekalipun kalian tinggal di sini dunia di luar tetap sama," ujar Red membalas untuknya.

"B-baiklah... Saya faham," balas Kaisara kekok. Kaisara kelihatan kekok apabila kehadirannya untuk mendekati mereka berdua kelihatan membawa ketidakkeselesaan pada Shah. Dia terus kembali pada yang lain dan cuba untuk bertenang.

"Aku ada bawa seseorang yang istimewa," kata Red tiba-tiba dan Shah seakan boleh mengagaknya dan memandang ke arah Light Owl.

"Penerus Phoenix? Kenapa?" soal Shah sambil memandang semula ke arah Red.

"Kau tahu jika dia gunakan kuasanya ia mungkin membawa masalah pada kau bukan? Ia tak ubah macam aku gunakan mesin masa tu secara paksa," kata Red tenang.

"Kalau kau nak gunakan 'Wishes' dia sebagai penukaran untuk kembalikan waktu, maaf aku terpaksa menolak. Perbuatan tu terlalu berisiko dan boleh menyebabkan kecelaruan dunia nyata. Kewujudan aku pun... Akan berisiko untuk hilang. Maafkan aku," kata Shah dan ingin berlalu pergi. Red hanya mengeluh berat lalu memandang kumpulan yang dibawanya dengan lama.

Melihat wajah Suki dan rasa kasihan pada Shion dan Mizu membuatkannya rasa serbasalah dan kesal memandangkan perkara ini tak sepatutnya melibatkan mereka yang lain. Kematian keluarga mereka membuatkan Red terlalu berat hati untuk kembali ke dunia nyata dan dia risau disebabkan perkara ini mereka akan berubah sepertinya dan menjadi benci pada Red yang asal yang turut merupakan puak vampire.

"Tuan muda... Kita ada peluang ke untuk tamatkan peperangan ni? Membunuh mereka semua seolah membunuh juga penduduk yang tinggal di dalam kerajaan kita. Kita tak ada rancangan untuk sembuhkan mereka," soal Gus menghampiri.

"Kita perlu cari siapa yang menciptakan dadah tu. Sememangnya ramai yang terlibat menyebabkan dia sukar untuk dicari tapi memikirkan dia mampu mengubah manusia biasa kepada vampire/werewolves beta yakin dia bukan sembarangan. Beta akan membincangkan tentang ini dengan Shah," balas Red membuatkan Gus terdiam. Dia tidak yakin dengan siapa dia berbicara namun dia hanya menunduk faham.

"Kalian berehat di sini sementara beta menemui Shah. Apa-apa yang kamu perlukan sudah tersedia," kata Red kemudian berlalu pergi. Mereka semua terdiam malah ada antara mereka mula termenung. Mereka masih tidak dapat percaya kejadian ini sedang berlaku seolah mimpi ngeri.

To ve vontina..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Red 2Where stories live. Discover now