Bab 11 : Lindung

11 2 0
                                    

Admin POV

Sebaik sahaja Red memejamkan mata dia berhenti melangkah membuatkan langkah Ino, Q.Tiffany dan K.Saibara terhenti. Mereka melihat Red dalam keadaan pelik.

"Anakanda? Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?" Soal Q.Tiffany mula resah. Red terdiam lalu membuka matanya membuatkan mereka berdua tersentak kerana aura yang diluarkan Red sangat berbeza.

"Dia tak apa-apa... Cuma berehat sebentar. Beta mengambil alih tubuhnya sehingga dia dapat rehat secukupnya," katanya lalu melepaskan serangan api yang membakar werewolves dan kelawar yang menghampiri.

"Mari," kata Red yang dikawal oleh moyangnya dan terus dengan sepantas kilat membawa mereka berdua ke kawasan yang dimaksudkan. Kelihatan Suki sedang menangis melihat haiwan pujaannya bergelimpangan mati kerana berlawan dengan vampires dan werewolves yang tidak henti-henti menyerang.

"Red!!! Tolong!! Mizu cedera!!!" Jerit Suki yang dapat melihat mereka menghampiri dari jauh. Itu adalah pertama kali mereka dapat melihat Suki tanpa topeng muka dan kelihatan panik. Melihat Red, Q.Tiffany dan K.Saibara menghampiri terus membuatkan perhatian para vampire dan werewolves beralih kepada mereka. Ino terus menerkam salah seekor werewolf dan mematahkan lehernya dan cuba menjatuhkan yang lain.

Tanpa belas dan dengan tenang Red terus membekukan langkah mereka dan membelit tubuh mereka dengan akar berduri dan terus menghancurkan mereka membuatkan Suki terduduk kerana terkejut. Ino terus menghentikan serangannya dan memandang Red dengan tundukan hormat kerana telah menyelamatkannya yang hampir jatuh diserbu kumpulan werewolves yang banyak.

"Suki! Tak apa... Ia tak mengapa... Red di pihak kita," kata Q.Tiffany sambil memeluk Suki yang ketakutan. Dia sedar kejadian yang baru berlaku sememangnya membuatkan Suki trauma.

"Maaf moyang tapi kalau boleh... Kita tak mahu anak-anak lihat serangan yang terlalu kasar begini," kata K.Saibara tegas namun masih penuh hormat.

"Kita di dalam peperangan. Musuh tak akan bersimpati kepada kita dan dia perlu belajar... Satu-satunya cara untuk melindungi diri adalah membunuh. Bunuh atau terbunuh... Itu sahaja pilihan yang ada. Sampai bila dia mahu terus korbankan pasukannya begini?" balas Red sambil melihat bangkai haiwan yang bergelimpangan. Mata Suki masih terbeliak kerana terkejut.

"Keluarga saya... Mereka... Mereka di kalangan mereka... Hiks hiks.." Tangis Suki melihat mayat vampire dan werewolves yang berubah menjadi manusia semula. Mendengar tangisan Suki, Q.Tiffany terus memeluknya dan terdiam. Tidak ada apa yang dapat dia ungkapkan apabila mendengar apa yang dikatakan Suki.

"Berhenti menangis... Peperangan masih belum berakhir," kata Red tanpa perasaan membuatkan Suki tersentak.

"Dia masih remaja! Dia masih terlalu muda untuk hadapi semua ni! Dia masih belum dapat terima kejadian ni berlaku. Datuk tak ada belas kasihan ke?" Soal Q.Tiffany mula berang.

"Adinda..." Panggil K.Saibara cuba untuk menenangkannya.

"Berapa umur kamu?" Soal Red tanpa perasaan membuatkan Suki memandangnya dengan keliru.

"16 tahun," balasnya walaupun dalam keadaan keliru.

"Sebaya dengan badan ni ha? Dia sudah cukup umur dan bukan lagi remaja. Beta mula berperang pada usia 12 tahun walaupun usia biasa untuk manusia berperang pada waktu itu 15 tahun. Kamu sepatutnya dah cukup matang untuk berperang," balas Red tanpa perasaan dan menuju ke arah banggunan yang runtuh tak jauh dari mereka.

"Era kita jauh berbeza. Era ini di mana 16 tahun masih dianggap remaja dan masih belum mampu untuk berdikari. Di zaman ini, umur 18 tahun baru dikira sebagai matang untuk puak manusia," terang K.Saibara menghampiri Red.

"Nampaknya hari demi hari makhluk bumi semakin lemah. Jangan terlalu manjakan mereka, Saibara. Mereka perlu rasai sedikit kesusahan untuk menjadi lebih kuat," balas Red tenang membuatkan K.Saibara mengerutkan dahinya. Dia tidak pernah bayangkan dia akan menerima nasihat daripada anaknya sendiri.

Akhirnya mereka menemui kumpulan Mizu yang dilindungi oleh Shion dan Hiara. Shion sedang terus menerus mengalirkan kuasa masanya  pada luka Mizu untuk menghalang dia kehilangan banyak darah. Perutnya terdapat luka cakaran yang dalam daripada werewolves. Mata Shion juga memerah kerana dia tidak boleh menutup matanya untuk mengunakan kuasanya pada orang lain.

"Red! Kau datang! Tolong kami!" Jerit Hiara cuba merawat Mizu yang kelihatan sedang tenat.

"Ke tepi... Biar beta uruskan," kata Red terus membuatkan Hiara beralih. Red terus menghiris tapak tangannya sementara Shion tidak berhenti menggunakan kuasa masanya. Red menyapu tangannya yang berdarah ke luka Mizu dan ia tertutup segera dan hanya meninggalkan parut.

"Kamu boleh berhenti sekarang Shion. Dia dah selamat," kata Red kepada Shion yang masih lagi menggunakan kuasanya. Namun ia seolah Shion tidak mendengari apa yang Red katakan.

"Shion... Dia dah tak apa-apa sekarang!" Kata Hiara terus menepuk bahu Shion yang seolah terlalu mendalami tenaganya. Shion terus tersentak dan tersedar. Nafasnya mula laju lalu terus memandang Red yang tenang memandangnya.

"A... AAAAAAAA!!!! RED!!!!" jerit Shion kuat sambil menangis dengan teruk. Suaranya penuh kesakitan yang tidak dapat dilihat.

"Keluarga kami... Semua dah terbunuh," kata Suki perlahan sambil mengesat air matanya yang masih mengalir.

"Aku lembab!!! Aku tak cukup pantas!!! Aku tak guna!!! Aaaaaaahhh!!!!!" Jerit Shion sambil menumbuk lantai dan meraung sekuatnya. Red terdiam melihat sahabat cucunya hancur sebegini. Ino terus menghampiri dan mengesat mata Shion yang mula berdarah kerana berlebihan dalam menggunakan tenaganya.

Shion kemudiannya tiba-tiba sahaja terus tidak sedarkan diri membuatkan semua yang berada di sana panik. Q.Tiffany terus memeriksa nadinya untuk kepastian sementara Ino terus meribanya.

"Dia cuma pengsan," kata Q.Tiffany menghembus nafas lega.

"Hiara... Beta boleh rasai ada sisa reaper pada kamu. Bukankah kamu juga terlibat dengan shinigami?" Soal Red ingin tahu.

"Ah? Ya... Saya ada senjata yang diturunkan nenek moyang saya. Sabit ni... Dinamakan Death Scythe. Ia senjata sumpahan, ia makan nyawa hidupan dan cuma akan bertenang kalau dapat makan dengan cukup. Saya pun fikir ia mungkin senjata shinigami," kata Hiara serius dan formal. Red melihat persekitaran dan senjata yang dimaksudkan Hiara. Ternyata walaupun senjata yang dikatakannya kelihatan bersih namun kesan darah yang terdapat pada pakaian Hiara serta kawasan sekitar yang terdapat kesan pertarungan meyakinkan Red bahawa dia juga menghadapi situasi yang sukar di sini.

"Beta faham. Kamu sememangnya sangat istimewa malah mampu membaca minda. Ia memudahkan beta tak perlu beta menerangkan tentang apa-apa," kata Red kembali berdiri sambil memeluk tubuh.

"Kelebihan ni kadang-kadang sememangnya membantu tapi ia lebih kerap mengganggu minda saya. Saya pernah hampir gila disebabkan kuasa ni," balas Hiara hormat.

"Apa kita nak buat sekarang?" soal Ino sambil mendukung Shion yang tidak sedarkan diri.

"Niko" panggil Red dan seekor musang terus keluar dari poketnya.

"Ubah saiz dan bawa Mizu," arah Red membuatkan Niko hanya menuruti. Ia terus mengubah saiznya dan K.Saibara meletakkan Mizu di belakang Niko yang kini sudah berubah saiz.

Mereka terus keluar dari runtuhan itu dan tiba-tiba sahaja satu suara kuat mendekati.

"Red!!!"

To ve vontina...

Red 2Where stories live. Discover now