Kenal

457 38 12
                                    

DUSH!

Entah macam mana tiba-tiba ada beg galas hitam melayang di muka Komeng.Komeng terus jatuh ke tanah.

"BOSS!"

Konco-konco nya mula berlari ke arah ketua mereka yang dah nyawa ayam tu. Belum sempat diaorang nak sentuh badan Komeng,muncul pula seorang budak lelaki ber t-shirt hitam di belakang mereka.

DUSH!

Budak itu memberi tendangan padu hanya dengan satu pusingan. Mereka semua jatuh.

Budak yang dikejar itu ternganga luas.

Yes. Boboiboy.

Member baru nak makan cendol kena kacau. Siapa je tak marah? Dengan pengawal kuasa elemental pulak tu. Keluar pulak berita dekat tv mengatakan "Sekumpulan penjahat didapati maut di Cyberaya akibat ditembak oleh satu cahaya merah dan kuning oleh seorang budak yang sedang marah. Kerana cendolnya tumpah."

Boboiboy mengakhiri semua tendangan itu dengan back-flip. Makin besar mulut budak itu ternganga.

Punya lah terkejut.

"Siapa mu ni ha!" tanya Komeng.

Boboiboy berdiri tegak semula. Habuk di baju dikibas. Akhirnya dia berpusing menghadap Komeng. Yang buat semua orang ketar lutut kat situ,bila Boboiboy tersenyum lebar.

Dia mencangkung separas Komeng.

Dahi Komeng dijentik.

"Ada tiga benda kau kena faham dalam dunia ni. Satu,kalau kau buat benda jahat,tak dapat apa pun. Kau akan dapat balasan balik nanti. Dua,kalau nampak orang tengah senang,jangan ganggu boleh tak?"

"ARGHH! MU INGAT MU TU-"

PAK!

Dengan selamba nya Boboiboy menampar pipi Komeng secara ikhlas tak ikhlas. Kalau tampar kuat,tercabut pulak gigi dia tu.

"Yang ketiga.... Mulut tu jaga sikit.Aku sumbat pakai sudu nanti baru kau tau sudu dengan garpu tak ada beza."

Habis tercengang semua orang dekat situ bila tengok pipi Komeng kena tampar. Macam mak tampar anak.

Komeng dah tergagap-gagap. Entah apa yang dia nak cakap.

"BRO SEKALIAN! JOM BLAH!"

Lintang pukang semua lari,yang naik motor pun motornya terlompat-lompat.

"MU TUNGGU ALI GHAZALI!"

Sempat Komeng jerit sebelum motor konco nya hilang dari pandangan Boboiboy. Boboiboy angkat bahu.

Malas ambil tahu.

"Kau okey?" tangan di hulurkan pada Ali. Ali awalnya teragak-agak nak sambut.

Tapi,kena lah. Sopan sikit.

"Aku okey je. Terima kasih sebab tolong. Aku nak balas macam mana eh?"

Belum sempat Ali mahu menghabiskan kata-katanya, bahunya terus dirangkul. Ali pandang tepi. BoBoiBoy tengah senyum senget pada dia.

"Belanja aku,cendol. Boleh?"

.
.
.
.
.

"HAH! Segar udara malam ni!"

Boboiboy meregangkan badan. Bahagia betul muka dia. Bila dapat makan cendol. Tiga bekas pulak tu dia makan.

Ali belanja satu, bekas selebihnya dia yang bayar sendiri.

FLASHBACK :-

"Pakcik!" Ali angkat tangan.

Sebaik pakcik yang menjaga kedai itu nampak Ali dengan Boboiboy, dia membalas dengan anggukkan dan berjalan ke arah mereka. Senyuman yang lebar terukir.

NEW AGENT? Where stories live. Discover now