Boboiboy?

82 14 3
                                        

.
.
.

"Semalam? Oh. Kenapa dengan semalam?" tanya Boboiboy. Ali meneguk ludah nya kelat.

"Pertama sekali. Aku nak berterima kasih. Sebab dah tolong aku. Yang kedua, terima kasih dah belanja aku. Yang terakhir. Kau nampak, hebat."

Selepas Ali berkata begitu, ketawa Boboiboy pecah.

Ali menjongket kening sebelah nya.

"Hebat? Haih. Lawak juga eh kau ni. Pagi-pagi dah buat aku gelak. Setakat macam tu, kau kata hebat? Kalau aku jentik batang hidung si pendek tu sampai bengkok batang hidung dia. Itu baru hebat."

Ali tersengih. Kedengaran terpaksa.

"Tak. Cuma kau nampak. Berani."

"Lelaki memang kena berani."

Ali sedikit tersentak. Ada aje jawapan si Boboiboy ni. Dia mengeluh.

"Tak. Kau nampak extra berani! Sebelum ni, tak ada siapa yang berani lawan si Komeng tu! Tapi kau berani! Nampak santai sangat!" 

Habis aje sebaris ayat itu, Boboiboy tertawa lagi. 

"Pelawak juga kau ni. Nak roti? Aku belanja." 

Ini tambah tersentak member tu. Dibelanja pulak geng. Laju aje dia angguk kepala. Boboiboy mengangkat tangan dan mula membuat pesanan. Sementara menunggu, Ali cuma fokus melihat Boboiboy. Dari tangan yang bergerak mencubit roti, dicicah ke kari kemudian ke mulut. Kemudian matanya tertumpu pada jam yang ada di pergelangan tangan budak Boboiboy itu.

"Cantik jam kau." Ali memuji.

"Memang." Boboiboy membalas selamba. 

Terasa janggal pula. Ali tersengih. Boboiboy pula terus-menerus makan tanpa berhenti. 

"Aku tak pernah nampak jam tu. Jam keluaran baru tempat kau ke?"

"Jam ni limited. Aku je yang pakai." 

Mulalah, leher Ali tiba-tiba terasa ada nyamuk halusinasi yang datang menggigit. Tangan dinaikkan lalu menggaru belakang tengkuknya. 

"Oh. Aku nak cuba pakai-" 

Belum sempat Ali habiskan kata-kata, Boboiboy menekan kuat garfu di atas roti canainya. Terlompat Ali dibuatnya. 

"T ... tak. Aku gurau je. Tak teringin pun nak pakai. Tak suka warna ore-" 

Tangan Boboiboy terhenti dan matanya meluas. Perlahan-lahan dia angkat kepala pandang Ali. Tanpa sedar senyuman lebar penuh makna tersirat di dalamnya terukir. 

"Muka kau, macam pernah nampak."

Ali membalas dengan wajah penuh teruja. 

"Dekat mana?" 

"Tapak kaki aku." senyuman manis pula dihadiahkan. Dan Ali terus diam. Wajahnya serta merta berubah awkward. 

"Oh. Tapak kaki. Faham."

Boboiboy menghabiskan roti canainya dan tangannya mula disilang.

"Kenapa kau punya roti ni tak sampai-sampai lagi?"

Ali angkat bahu. "Diaorang cari ilham nak buat roti kut."

Boboiboy pandang Ali atas bawah.

"Lawak tak sampai dik. Tak sampai."

Ali tahan geram. Ey mulut budak oren ni. Ini kalau dapat selotip, aman dunia!

Lama mereka diam, Ali buka mulut.

"Maafkan aku."

Itu adalah kata-kata terakhir yang Boboiboy dengar, sebelum pandangannya mula kabur. Dan akhirnya, dia jatuh terlelap dan disambut seseorang.

.
.
.
.
.

"Nampaknya, dia dah mula bangun."

Matanya perlahan-lahan dibuka apabila ada suara yang muncul berdekatannya.

Perkara pertama yang dia nampak adalah, seorang lelaki yang berbadan besar, bersut biru berambut kerinting.  Laju aje dia luaskan mata. Dia tahu, dia di mana.

"Sini lagi?" kata Boboiboy bersama rengusan geram.

Ketiga-tiga dari mereka yang berada di skrin hanya memandang dia yang duduk di atas kerusi. Lelaki bersut kuning berdehem.

"Lama tidak-"

"4 tahun je. Nak kata lama tu mungkin tak sesuai." balas Boboiboy dingin. Direnung mereka dengan renungan yang tajam.

"Budak ni-!" lelaki bersut biru cuba membalas. Namun dihentikan wanita bersut merah.

"Ganz. Tenang. Ingat perkara yang berlaku-"

Serta merta Boboiboy tersenyum sinis.

"Masih ingat ya? Rasanya yang itu baru aku boleh katakan lama." balas Boboiboy lagi.

Lelaki bersut biru itu merengus geram.

"Tidak saya sangka, kita dipertemukan sekali lagi. Di tempat yang sama sebelum semuanya menghilang." ujar lelaki bersut kuning.

Boboiboy hanya diam menyepi.

"Sekarang untuk apa kau bawa aku ke sini?"

Wanita bertudung merah pada skrin berdehem.

"Kita terus kepada tujuan utama kita. Kamu dibawa ke sini adalah untuk..."

.
.
.
.
.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 07 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

NEW AGENT?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang