.
.
.Seperti rutin harian dia di Pulau Rintis. BoBoiBoy pagi-pagi dah keluar joging. Sempat jugak dia cari bilik kosong semalam. Tapi harini dia dah kena keluar. Apalah nasib budak ni. Tidur kat pokok lah jadinya.
Boboiboy mengenakan baju t-shirt putih dan seluar hitam. Kaca mata hitam di letak di atas topi. Earphone dipakai.
Dia tak nak joging pun sebenarnya, tapi bosan kan. Apa je yang ada dekat Cyberaya ni?
Katanya tempat ni ada teknologi canggih yang boleh tarik peminat pelancong. BoBoiBoy pun terkejut. Lain betul bandar ni dengan Pulau Rintis. Memang canggih betul. Cuma kereta terbang je dia tak jumpa lagi. Kucing terbang dia dah jumpa.
"Penat betul. Kat sini pun panas. Banyak sangat bangunan nya." Boboiboy mengelap dahinya yang berpeluh dek cahaya matahari yang menyilau pandangan nya.
"Aku ingat kat sini sejuk. Ada salji ke apa. Tapi lebih kurang dengan Pulau Rintis. Haih."
Tanpa membuang masa, Boboiboy menyambung lariannya. Sampai ke mana pun dia tak tau. Selagi boleh lari,dia lari.
Kadang masa dia berlari, nama dan rupa budak semalam tu terlintas dekat kepala dia. Dia tertanya jugak kenapa budak tu kena kejar. Mencuri ke, berani sangat nak lawan si kumang tu ke. Takkan dia jalan-jalan terus kena kejar?
Perasaan ingin tahu dia semakin tinggi. Dan ingatan nya berakhir apabila kakinya berhenti di sebuah kedai mamak yang tertulis "Mamak Maju".
.
.
.
.
."Macam mana kau boleh terlepas? Kenapa kau tak tangkap dia?!"
Ali dan ejen muda yang lain iaitu Iman,Khai,Moon dah mengundur. Suara Alicia bergema. Ali yang menjadi mangsa amarah Alicia dah terketar-ketar. Lutut macam nak terputus.
"A....aku m...mintak maaf!" Ali laju menunduk ke bawah. Sambil pejam mata. Ni kalau tak dimaafkan, memang mati dia.
"Kau buat apa ha semalam? Aku ingat kalau kau seorang boleh lah tangkap dia! Tapi kau terlepas? Kalau kau-"
"Ada orang tolong aku!" sekali nafas, keluar lah semua kata-kata tu dari mulut Ali yang membuat kan orang lain memandangnya.
"Tolong kau? Siapa tolong kau? Eh! Ke ada orang yang tau kau ni ejen? Ha?!" kata Khai. Bahu Ali digoyang nya laju-laju.
"Tak! Dia tolong aku! Sebab tu aku terlepas Komeng. Komeng tu yang lari."
Komeng lari? Bukan patut Ali ke yang lari?
"Ye ke? Aku tak percaya. Kalau aku dapat tau yang kau tipu aku,siap kau!" marah Alicia sebelum dia keluar meluru dari bilik itu.
Mereka memandang sesama sendiri.
"Ali,tak baik tau kalau awak tipu. Awak patut beritahu perkara yang sebenar."
"I...Iman? Kau pun tak percaya aku?" Ali macam tak percaya.
"Bukan tak percaya,tapi..."
"Ali! Kalau ada orang yang tau kau ni ejen. Habis tau tak? Kau kemungkinan akan digantung! Tak pun! Kena buang dari MATA! Apa kata kau cakap je perkara yang sebenar." sampuk Moon.
"Aku tak tau nak kata apa dah Ali. Mentor letak kepercayaan tinggi pada kau. Ingatkan misi kau senang sebab ada IRIS. Rupanya tak." giliran Khai pula yang beri pendapat.(?)
"Aku tak tipu! Betul! Dia tolong aku!"
"Kenapa dia nak tolong kau pulak? Kau kan boleh buat sendiri. Ke kau lari? Ha?"
Ali meramas rambut nya kasar. Payah.
"Dia tolong aku! Walaupun aku dah langgar cendol dia! Dia tetap tolong aku! Dan Komeng tu lari sebab nampak dia!"

ANDA SEDANG MEMBACA
NEW AGENT?
FanfictionWho is him? BBB X EA FANFICTION . . . Boboiboy,seorang budak yang entah bagaimana dia boleh sesat di Cyberaya dan tiba-tiba dia terlibat dengan sebuah satu organisasi rahsia yang menjaga bandar tersebut. "Dia ejen baru! Kenapa dia jadi mentor kami...