~ 03 : TERSEREMPAK DENGAN KAHAR & THE GANG ~

304 20 0
                                    

LAST EPISODE : ~ 02 : KENA MASUK KUDRAT ~

Afifah POV

"No problem papa!"Macam lah kita tak boleh jumpa lagi. Papa ni sibuk sangat ke kerja sampai tak boleh jumpa anak. Takpelah, selama ni papa memang sibuk kerja sampai tak boleh nak balik rumah and aku stay sorang2 je dalam rumah."I promise I will always be your daughter."

Aku dengan semangatnya menjawab sebab tak sabar nak tahu suasana di KUDRAT ni macam mana. Adakah KUDRAT sama dengan STIA, atau STIA yang lebih teruk daripada KUDRAT, or maybe KUDRAT yang jauh lebih teruk daripada STIA??

CURRENT EPISODE

No One POV

Selepas Afifah berjumpa dengan bapanya, dia keluar dari bilik pengetua untuk balik ke rumah. Dia pun berjalan sambil tunduk memandang kasutnya kerana memikirkan hidupnya apabila masuk di KUDRAT. Semasa dia sedang berjalan di sepanjang laluan itu, dia terlanggar seseorang sampai dia terjatuh.

Afifah POV

PAK!

"ADUHH!!", aku mengaduh di lantai akibat terjatuh.

Aduhai siapa pulak aku terlanggar ni. Sakit punggung aku. Aku pun pandang atas. Fuyoo... Aku nampak ada LIMA orang pelajar lelaki tengah pandang aku. Haa sudah... MALUNYA AKU!!

Aku terperasan yang aku terlanggar sorang lelaki yang berambut kerinting dan ada tahi lalat di bawah matanya. Dia buat muka tak puas hati sambil main dengan lidah dalam mulutnya. Dia ni sakit lidah ke? Aku perasan yang sorang ni pulak asyik pandang aku atas bawah dengan tersengihnya. Apehal mamat ni..?

Tiba2 sorang daripada diorang yang paling pendek ni datang kat aku dengan berlutut tepi aku dan bertanya, "Cik adik okay?".

EHH?! Aku ke?! Aduhh.. aku kena rahsiakan identiti aku kat KUDRAT ni. Aku pun terus jawab. "A-aku ni lelaki lah.", fuhh.. aku harap dia percaya lah.

Mata dia pun terbeliak lepas dengar aku kata macam tu. Dia pun kata, "Oh ye eh..ehem.. Kalau macam tu kau bangun sendiri lah". Dia pun terus berdiri dan berada di sebelah budak rambut kerinting yang tinggi tu. Amboii... kalau awek laju je eh. Dasar jantan.

"Kau duduk diam2 boleh tak Keem."bisik lelaki yang bertahi lalat di bawah matanya itu.

Aku nampak diorang ni macam senior je kat sini. Nampak macam pembuli pun ada.. hmm.. kalau lah ape yang aku kata ni betul.. aku rasa yang depan diorang dia ni lah ketua. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang berambut kerinting dan ada tahi lalat di bawah mata ni. Bukan itu je, tinggi lampai lagi hihihihi...

"Woi budak, kau bangun."

Aku bermimpi sampai tak perasan yang dia panggil aku. "WOI BUDAK KAU DENGAR TAK?!"

Aku pun terus berdiri and jawab, "Hah de-dengar bang. Sorry bang. Sa-saya tak sengaja", aku mintak maaf kat dia sambil tergagap sikit and aku rapatkan dua2 belah tapak tangan aku, tanda minta maaf.

"Huhh..", dia mengeluh berat sambil senyum sinis pada aku. "Kau ni dah ada empat mata pun tak nampak lagi ke?"

Amboii! Hina nampak! Aku malas lah nak lawan and aku pun kata, "Halah.. sorry lah bang.. saya tak sengaja".

Kahar POV

"Huh, kalau kau nak mintak maaf, kita masuk gelanggang", aku pun cakap kat budak tu macam tu. Aku ni dahlah tak puas hati lagi dengan si Fakhri tu. Ade pulak masalah lain datang. Kalau aku bantai budak ni pun okay gak aku nak lepaskan kemarahan aku. Lantak lah kalau budak hensem ke tak. Kesah apa aku.

Afifah POV

Aku pun hairan. Dia ni nak main futsal ngan aku ke? Sebab yang aku tahu, gelanggang ni untuk main futsal, badminton, sepak takraw,...hmm.. apa lagi eh?? Lantaklah. Aku pun tanya dia, "Kau nak main futsal ngan aku ke?".

No One POV

Mereka pun tergelak selepas mendengar pertanyaan Afifah itu, kecuali Kahar yang tengah bengang sekarang ni. Kahar pun menjeling tajam pada rakan2nya itu tanda senyap.

 Kahar pun menjeling tajam pada rakan2nya itu tanda senyap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(anggap je lah ni Kahar <3)

Akhirnya, semua senyap. Kahar makin bengang dengan Afifah sekarang ni sambil memberi jelingan yang amat tajam dan dia mendekatkan mukanya dengan muka Afifah. Afifah pun hanya menahan mukanya daripada merah dan berundur mukanya ke belakang sedikit.

"Ape yang bengap sangat kau ni hah?! Aku nak KAU SETTLE DENGAN AKU!! Masuk gelanggang-", belum habis Kahar bercakap tiba2 Naim yang entah dari mana datang and tertolak sikit Kahar untuk membuka ruang antara Afifah dan Kahar.

BERSAMBUNG...

KUDRAT ; PROJEK : HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now