~ 05 : MIMPI ATAU MEMORI ? ~

246 19 8
                                    

LAST EPISODE : ~ 04 : TANGGUNGJAWAB ~

Naim POV

"Ape ape je lah Naim. Kalau kau nak jaga budak tu, kau jaga lah. Tapi aku tak nak disebabkan dia, kau pulak yang kena belasah dengan si Kahar tu. Kau tahu kan Kahar tu macam mana. Selagi budak tu ada masalah dengan dia, selagi tu Kahar takkan lepaskan dia."

Betul jugak cakap si Amirr ni tapi aku rasa macam... aku nak protect si Afif tu. Aku tak tahu lah kenapa. Dia ingatkan aku dengan seseorang masa aku kecik2 dulu...

CURRENT EPISODE

TAHUN 1999

Naim POV

Aku dan Fakhri mahu pulang ke rumah selepas tamat persekolahan. Semasa kitorang berjalan untuk keluar dari pagar sekolah, ramai budak-budak ejek aku.

"Weh2. Tengok tu ade PONDAN lah! HAHAHAHA!!"

"PONDAN!! PONDAN!!"

"HAHAHA!! PONDAN!!"

Aku malu sangat masa tu😔. Aku perasan yang muka Fakhri nampak bengang sangat masa tu😠. Aku pun berbisik pada Fakhri, "Biarlah diorang dik. Kita kan dah janji ngan papa yang kita takkan bergaduh lagi."

"Huhh..", Fakhri pun hanya menghembus nafas berat tanda bersabar.

No One POV

Walaupun mereka hanya bersabar sepanjang perjalanan pulang rumah, tiba2 mereka terserempak dengan sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan umur 12 tahun yang terdiri daripada tiga orang di hadapan mereka.

Salah seorang daripada mereka pun berkata, "Weh, ade pondanlah! HAHAHA!!".

Semasa Naim dan Fakhri mendengar mereka bergelak ketawa, Fakhri mahu menyerang mereka tetapi ditahan oleh Naim yang memegang kuat tangan adiknya itu. Naim hanya menggelengkan kepalanya pada Fakhri. Mereka pun hanya meneruskan perjalanan mereka. Tiba2, budak lelaki itu menyambung lagi, "BAPAK PONDAN, ANAK PON PONDAN! HAHAHA!!".

Apabila Fakhri mendengar bahawa mereka bukan sahaja mengejek abangnya, malah papanya juga. Melampau! Dia pun terus pusing ke belakang tanpa mempedulikan abangnya. "WOII!! PAPA AKU TAK PONDAN LAH!!". Fakhri pun terus menyerang salah seorang daripada mereka dengan menumbuk mukanya sampai terjatuh.

"ADUHH!!", budak itu mengerang kesakitan sambil memegang mukanya yang kemerahan. "Hishh.. kurang ajar! Geng! Belasah dia!", dia pun mengarahkan rakan2nya untuk menyerang Fakhri.

Tiba2, Fakhri ditendang di perut dan terjatuh ke tanah. Lalu Fakhri pun ditendang oleh 2 orang rakannya. Fakhri tidak mampu menyerang mereka berdua sekali gus akibat disepak bertubi-tubi. Dia hanya mengerang kesakitan dan hanya mampu meminta tolong daripada abangnya yang dari tadi tergamam, "ADUH! AHH!! NAIM!! TOLONG AKU!!".

Naim pun tersedar dan mahu menolong adiknya tetapi ditendang oleh budak yang Fakhri tumbuk tadi sehingga terjatuh. "ADUHH!!"

Budak tu pun berkata sambil tersenyum sinis, "Kau nak pergi mane pondan."

"WOII!!", tiba2 satu suara datang.

Mereka menoleh ke arah suara itu ternyata ia kepunyaan seorang budak perempuan yang mereka kenali daripada khabar angin yang mereka pernah dengar di sekolah mereka, kecuali Naim dan Fakhri kerana mereka berdua masih pelajar baru di sekolah itu.

Pembuli itu pun berkata sambil terkejut, "Tu.... tu....!!! Lari weh LARI!!". Mereka pun terus meninggalkan tempat itu dengan segera tanpa menghiraukan Naim dan Fakhri.

Budak perempuan itu pun datang pada Fakhri dan Naim dan bertanya, "Korang okay?". Tetapi mereka tidak menjawab kerana terpinga-pinga.

Naim POV

Budak perempuan tu tanya kitorang okay ke tak. Tapi aku tak jawab sebab aku pun jem. Apa bende yang jadi sekarang ni? Kenape pembuli2 tu terkejut dan lari lintang-pukang lepas nampak budak ni?

Budak perempuan tu pun pergi ke adik aku, Fakhri lepas nampak dia kene belasah teruk tadi dan bertanya, "Awak okay?".

Adik aku pun jawab ringkas, "Okay..".

Aku tertanya-tanya siapa budak perempuan ni sebenarnya sampai aku lupa yang adik aku kene belasah teruk tadi. Aku pun terus pergi ke adik aku dan menolong dia bangun, "Adik okay tak?".

Masa aku nak tolong dia bangun, terus dia tolak aku dan marah, "KAU TAKYAH NAK TOLONG AKU LAH! Tadi mase aku kene belasah, kau taknak pulak tolong!".

"Sorry dik. Aku-", semasa aku nak mintak maaf terus dia mencelah.

"Dah lah.", dia pun teruskan perjalanan ke rumah tanpa menghiraukan abangnya dan budak perempuan itu.

Ehh.. aku nak buat apa dengan budak ni? Aku pun berkata padanya yang hanya melihat situasi kitorang bertengkar tadi, "Ermm.. terima kasih tau tolong kitorang tadi."

Dia pun kata sambil senyum manis pada aku, "Ooh sama-sama! Kau okay tak?".

Aku pun jawablah dan tersenyum sikit tetapi hairan, "Okay je. Tapi... kenape diorang lari bila tengok kau tadi? Sampai lari lintang-pukang bagai sebab takut."

Dia pun gelak, "HAHAHAHA!!"

"Apesal pulak kau gelak ni?", apehal pulak minah ni gelak2..? Jangan pulak cakap yang dia ni sebenarnya HANTU?!😱

"Hadoii.. sakit perut aku.", dia gelak terbahak-bahak sambil pegang perutnya. Dia pun berkata, " Takde ape2 lah. Diorang saje je tu..".

Kenape aku rase macam dia ade sorokkan sesuatu? Tapi aku biarkan saje pertanyaan itu dan bertanya, "Kau buat ape kat sini?"

Dia pun jawab, "Saje, nak jalan2 kat sini. Kalau aku tak datang tadi mesti korang dah....", dia jawab sambil buat 👍 pada tekaknya tanda m@ti. (help idk how to describe this🤧)

Lepas dia buat macam tu, aku terus cakap, "Eh tak baiklah cakap macam tu."

"Hahaha! Sorry sorry. Aku gurau jer"

"Haihh...", aku layankan je lah minah ni. "Aku balik dulu lah"

"Okay2. Aku pun ada hal nak settle kan ni. Eh jap.. By the way, nama kau ape?"

Aku jawab, "Aku Naim. Yang tadi tu, adik aku, Fakhri". Aku pun tanya dia pulak, "Nama kau?"

"Oooh.. nama aku..."

No One POV

Belum sempat pertanyaan itu dijawab tiba2 loceng berbunyi.

KRING! KRING! KRING!

Fakhri pun terus terbangun dan menggosok matanya. Dia hanya tercegak di atas katilnya itu kerana teringat akan mimpinya tadi. Ye , itu mimpi Fakhri.

"Oi!" "Pergilah mandi. Kau nak tunggu warden masuk ke ape. Pukul berape dah ni.", bebel Ayam.

"Hah" " Ye2. A-aku aku gerak sekarang", kata Fakhri tergagap sikit sebab fikir pasal mimpi tadi.

Fakhri POV

Selepas aku bersiap, aku teringat pasal mimpi aku tadi. Kenape mimpi tu muncul tiba2?

Tapi aku rase.. tu bukan mimpi...

Tapi MEMORI. Memori aku 7 tahun lalu...

BERSAMBUNG...

KUDRAT ; PROJEK : HIGH COUNCILWhere stories live. Discover now