Setelah pulang dari bilik guru, aku dan sahabatku berjalan menuju ke kelas sahabat kami berdua.
Aku di sebelah kanan manakala sahabatku di sebelah kiri. Aku melintasi tangga pelajar lelaki dan kelihatan si dia sedang melihat ke arahku sambil menuruni tangga.
Kami saling berpandangan, lalu aku pandang ke hadapan semula. Dia berdiri di sebelahku untuk pergi ke dewan makan. Aku cuba untuk santai sahaja dan kami terpisah.
Aku menaiki tangga pelajar perempuan untuk pergi ke kelas sahabatku dan alangkah beruntungnya aku kerana sahabatku sedang berada di tangga.
Tidak usah aku susah untuk pergi ke kelasnya.
Aku memberinya buah tangan atas dasar sedekah sebelum Ramadan. Anggap saja namanya Nur. Buah tangan tersebut agak banyak dan aku menyuruhnya untuk berkongsi dengan teman-temannya jika dia mahu.
Kira-kira pukul 1:45 petang, aku memesej Nur.
Nur memberitahuku bahawa dia sangat senang akan buah tanganku, aku pun gembira mendengarnya.
Aku tanya dia adakah dia berikan kepada teman sekelasnya pemberianku itu?
Dan jawapannya adalah ya.
Pada mulanya, Nur meletakkan buah tanganku di atas mejanya dan ditegur oleh kawan lelakinya bernama Jiji (nama samaran). Jiji bertanya kepada Nur dan Nur pun berkongsi sesama teman-temannya.
Nur memberitahuku bahawa si dia juga turut memakan buah tanganku. Ketika mendapat mesej, hatiku memberontak gembira.
Oh ya, Nur dan si dia sama kelas.
-Kebaikanku 6-

YOU ARE READING
Written With Love.
RomanceKenangan berharga, di sini lah akan dinukilkan segala rasa.