Gulp. Liur ditelan.
Kepala menunduk ke bawah, takut weh.
First time kot dia marah.
Marah sebab apa? Biarlah kami dan tuhan sahaja yang tahu.
Dia mengajakku masuk ke dalam bilik. Lebih privacy katanya.
“Kenapa awak cakap macam tu tadi hm?” lembut sahaja suaranya bertanya. Aku gigit bibir bawah. Perlahan-lahan menyusun kata dalam otak.
“Saya gurau je,” ujarku dengan nada perlahan. Tidak berani menatap matanya langsung.
“Tengok mata saya,” dia mengarah. Aku geleng kepala dan mengalihkan wajahku ke arah lain. Malu dan takut takleh bawak bincang.
“Saya tak nak tengok mata awak,” jujur aku bilang. Tak berani ya.
Dia berjalan menuju pintu dan menguncinya. Klik.
“Okay takpe duduk dulu sini, dekat dengan saya,” aku akur. Duduk disamping si dia.
“Saya cuma nak tahu je, kenapa awak cakap macam tu?” dia bertanya sekali lagi.
“Awak, saya minta maaf,” aku memohon maaf.
“Muka saya ni ada macam apa yang awak cakap tadi tu ke?” nadanya bertanya lirih. Sumpah, aku rasa bersalah gila!
“Tak, langsung tak,” aku menafikan.
“Ha, habis kenapa cakap macam tu tadi hm?”.
Aku biarkan soalannya tidak berjawab. Mata berkaca-kaca dah ni.
“Saya terasa tau,” dia sambung lagi. Aku pula masih diam membisu. Dia menukar posisi duduk. Kakinya dilabuhkan atas lantai berhadapan denganku yang duduk di atas sofa.
“Hey, don't cry, I'm not mad la,” tangannya mengusap pipiku. Serentak itu air mataku mengalir.
“Saya minta maaf, awak. Saya janji saya takkan cakap benda pelik-pelik lagi,” mataku kabur dengan air mata.
“Okay okay, shh jangan nangis, saya tak marah awak pun,” katanya sambil tangannya mengusap kepalaku.
“Awak maafkan saya tak?” tanyaku polos.
Dia ukir senyum.
“Iya saya maafkan,” ujarnya.
“Janji jangan buat lagi?” jari kelingking disua.
“Ya, saya janji!” aku memautkan jari kelingking kami. Promise.

YOU ARE READING
Written With Love.
RomanceKenangan berharga, di sini lah akan dinukilkan segala rasa.