2 - Dia, Bakhtiar..

716 29 3
                                    

"KITA kenal ke?"

Saat pertama kali bertentang mata, Dinara tidak tahu siapa lelaki ini. Entah dimana mereka pernah berjumpa, Dinara tidak ingat. Dia memang payah soal ingat mengingat, apalagi wajah seseorang.

"Jadi kau tak kenal aku?"

Dinara geleng. Betul-betul tak kenal, bukannya saja-saja buat tak kenal.

"Bermakna kau tak ingat apa yang kau buat dulu dekat Anggun?"

Dada Dinara berdentum hebat.

Anggun?

Nama itu Dinara ingat. Zaman belajar dulu dia pernah sengaja mencari masalah dengan Anggun. Dulu, Dinara memang perempuan angkuh dan agak jahat. Dia juga pernah bersekongkol dengan Sieg untuk memuluskan rancangan gila lelaki itu supaya Sieg dapat meniduri Anggun.

Namun, bukankah sekarang Anggun sudah bahagia bersama Sieg. Pernah beberapa kali Dinara melihat mereka sekeluarga dalam beberapa buah majalah. Nampak sekali bahagianya bersama anak-anak mereka.

Dinara pun sudah lama tak berhubung dengan Sieg dan kawan-kawan lamanya. Semenjak keluarganya hancur dan tak lagi berharta, sejak itu dia selalu menjaga jarak dari bergaul lagi dengan mereka.

"Kenapa tiba-tiba cakap pasal Anggun? Encik kenal dia?" Dinara masih belum faham. Berpintal-pintal persoalan dalam kepalanya menghubungkaitkan lelaki didepannya tika ini dengan Anggun.

Lelaki itu mendengus. Riaknya menjadi sombong dan datar. Dinara perhatikan lekuk wajah itu dengan teliti. Tak asing namun kenapa dia tak ingat.

"Aku Bakhtiar, kawan Anggun dulu."

Dahi jadi berlapis-lapis. Dinara selak nama-nama yang pernah masuk dalam benaknya.

Bakhtiar.. Bakhtiar..

Siapa dia ni?

Ingatan Dinara berkelana jauh selama berminit-minit. Setelah puas dikerah barulah dia ingat walau agak samar-samar. Lelaki ini rupanya, lelaki nerd yang pernah dia katakan old fashion dalam berpakaian. Mulut Dinara dulu memang boleh tahan dalam memperlekehkan orang. Main sembur saja kalau tak puas hati.

"Kau pernah marah Anggun dan hina dia depan orang ramai sebab dia jatuhkan beg kau. Kejadian itu berlaku depan mata aku. Kalau-kalau kau lupa, kau juga pernah lemparkan hinaan pada aku ditempat yang sama bertahun-tahun dulu." Bakhtiar bersuara datar sekadar mengingatkan kilas balik kejadian tersebut masuk kedalam memori Dinara.

"Jadi.." Ayat Dinara tergantung. Dia telek Bakhtiar dari atas kebawah. Terlalu lain dari yang dulu. Biarpun dimasa lalu tubuh Bakhtiar sudah tegap, kini tubuh itu semakin tegap dan berisi. Style rambutnya juga dah tak sama.

"Dah ingat?"

Lambat-lambat Dinara angguk. Mengutuk dalam hati kerana pernah melemparkan hinaan pada  Bakhtiar dulu.

Bila ditengok-tengok Dinara versi dulu memang bodoh kerana pernah mengutuk lelaki semengancam Bakhtiar. Saat ditengok lagi, mereka ibarat tertukar pula. Bakhtiar yang dulu selekeh menjadi terlebih kacak manakala Dinara yang dulunya cun melencun dengan gayanya yang 'wah' bertukar menjadi seorang gadis penghantar makanan dengan rupa yang tak terawat kerana seringkali mundar-mandir dibawah terik mentari.

Kejam juga takdir mereka. Dipertemukan pula dalam keadaan begini, sedikit sebanyak harga diri Dinara terhakis.

"Kenapa sekarang kau kerja macam ni? Bukan dulu kau anak orang kaya ke? Hidup bergelumang harta. Bangga tayang barang branded sana sini."

Ah!

Soalan macam ni lah yang Dinara malas nak jawab. Bukan penting pun untuk dia jawab. Dinara pun tak pernah ingat mereka pernah jadi kawan dulu. Kalau musuh itu mungkin iya.

"Tak apalah Encik, saya keluar dulu. Selamat makan. Kalau kena dengan selera Encik, tolong bagi rating tinggi untuk kedai kami."

Alih-alih menjawab, Dinara lebih rela melarikan diri. Duit yang berada dalam genggaman diletakkan atas meja.

"Itu upah kau, kenapa tak ambil?"

Kaki Dinara terhenti. Dia menoleh lantas mengeleng laju. Tak lupa diberikan senyuman juga walaupun tawar. Tergesa-gesa dia keluar.

Lepas ni jangan ada pertemuan macam ni lagi. Dinara tak suka.

"KENAPA kau bodoh tak ambil duit tu. Kan dia juga yang kata tu upah untuk kau." Fadli membebel. Mengeleng dua tiga kali mendengar cerita yang Dinara buka lima minit lalu.

"Tak nak lah. Cara dia pandang aku macam masih berdendam aje. Seram aku tengok." Meremang bulu roma Dinara mengingat tatapan Bakhtiar yang sekejap tajam sekejap sinis.

"Seram tak seram. Kalau kau ambil tadi, seratus ringgit dah masuk poket. Kau pun cakap adik kau nak pakai duit kan?Kurang-kurang kalau kau ambil, boleh juga kau tambah mana yang tak cukup lagi tu."

Dinara senyap. Mula menyesal bila Fadli kata macam tu.

"Jaranglah nak jumpa orang kaya baik hati hulur duit dekat tukang hantar makanan macam kau ni. Itu dah kira beruntung dia nak berbaik kongsi rezeki dengan kau, eh.. kau pula yang jual mahal." Lagi-lagi Fadli buat Dinara terdiam seribu bahasa.

"Esok-esok kalau kau jumpa orang macam tu lagi tangan tu jangan gatal nak tarik hulur, sambar saja. Dah orang nak kasi, bukannya kita mengemis."

"Iyalah. Mulut kau ni sebijik macam mulut perempuan. Pot pet pot pet. Aku stapler kang baru kau tahu." Stapler yang berada dalam tangan ditekan-tekan depan muka Fadli. Geram yang amat!

"Seram nyah.." Fadli buat gaya menggeletis seperti ulat beluncas. Dinara ketawa geli.

"Dahlah, aku nak kena gerak ni. Kita jumpa esok." Beg selempang disambar. Dinara bangun setelah melihat jarum jam makin menuju ke angka tujuh.

"Iyalah. Kerja-kerja juga,tapi kau pun jangan lupa rehat. Badan tu aku tengok tak pernah-pernah nak gemuk, kurus melidi je memanjang. Nak kata tak makan, elok saja kau bedal dua pinggan nasi tenggahari tadi dekat kitchen." Mula lagi.

Dinara sembunyi senyum. Tubuhnya yang kurus sejak dari dulu dipamerkan depan Fadli. Saja mengejek.

"Aku memang langsing sejak lahir lagi. Pinggang ni member aku yang dulu pernah cakap, macam gitar sepanyol. Kau kalau jeles cakap saja."

Fadli mencebik. Tangan diayun menghalau Dinara yang makin menjadi-jadi menunjukkan pinggangnya yang macam kerengga.

"Esok kalau aku lambat jangan lupa punch card, macam biasa."

"Aku harap esok big boss masuk. Biar padan muka kau. Hari-hari tahu nak aku tolong punch saja."

"Janganlah. Masin mulut kau, aku yang merana."

Fadli sengih. Sengaja tayang giginya yang ada manik berwarna biru tersusun rapi diatas setiap batang gigi.

"Kalau anak big boss kau suka pula. Perempuan gatal!"

Dinara gelak lantang.

"Kau pun apa kurangnya. Boleh cuci mata tengok mamat macho jambu iras-iras kasanavo megah holding. Dahlah, lama-lama aku melayan kau, tak masuk kerja aku nanti. See you esok. Da dah.."

Dinara beredar pergi meninggalkan Fadli yang baru nak bersuara. Lelaki itu mengeleng.

Ada-ada saja perempuan ni.

Takdir DinaraWhere stories live. Discover now