"USAP bukan raba."
Hampir-hampir Dinara putus nafas. Sesak bukan main bila tangan mungil Dinara melekap diperut liat Bakhtiar yang tak berlapik. Pemandangan perut berketul-ketul itu saja dah mengancam, inikan pula tangannya mendarat ditempat tersebut.
Lelaki itu menyuruh Dinara mengusap perutnya yang senak sebagai permintaan maaf kerana sengaja menyakitinya. Padahal tadi Dinara sudah berlakon mengatakan dia tidak sengaja melakukannya.
"Dah kan?" Tak sanggup Dinara berlama-lama menggosok perut lelaki ini. Silap haribulan dia boleh khilaf.
"Lagi. Perut aku masih senak." Suruh Bakhtiar dengan riaknya yang masih menunjukkan kesakitan.
Dinara terpaksa pasrahkan diri. Lima minit dia biarkan tangannya dinodai perut berketak-ketak Bakhtiar. Sungguh tak mampu dipercayai. Dinara bukannya jenis perempuan penurut. Tapi dengan Bakhtiar, orang yang Dinara jumpa baru dua kali setelah sekian lama, boleh menjadi penurut hanya dengan sekali suruh.
"Ajaib juga tangan kau. Boleh berubah jadi ubat."
Hidung Dinara kembang kempis dipuji begitu. Bila jarang dipuji, beginilah reaksinya.
"Nenek belah arwah mama saya dulu tukang urut. Mungkin tangan magik nenek saya dulu menurun pada saya. Setakat nak usap-usap manja tu boleh lah."
Bakhtiar pegang perutnya yang dah membaik seperti sediakala.
"Pasal kereta awak yang rosak tu.." Dinara cuba atur ayat supaya apa yang dia bakal katakan tak buat Bakhtiar melenting tak tentu pasal.
"Kereta tu aku belum hantar bengkel lagi. Nanti bila dah hantar aku bagi kau amaunnya."
Dengar saja ayat Bakhtiar, Dinara makin ketar lutut. Longgar segala skru dilutut memikirkan berapa agaknya jumlah yang perlu dia bayar sebagai ganti rugi nanti.
"Agak-agak mahal tak?"
"Lepas kau tengok harga kereta aku tadi kau harap berapa kerosakan yang perlu kau bayar? Seratus? Tak mungkin kan?"
Dinara terdiam sejenak.
"Lima K keatas atau lebih. Aku pun tak tahu." Sambungan kata dari Bakhtiar mengagetkan Dinara.
"Mahalnya.." Gumam Dinara tanpa sedar. Bakhtiar menjeling dengan ekor mata.
"Sejak bila 5k jadi mahal?Bukan kau perempuan terkaya dekat kolej ke dulu? Hidup mewah, pakai beg mahal, parti sana sini. 5k tu kecil saja." Sindir Bakhtiar kaw-kaw.
"Macam mana cara saya nak bayar?" Tak nak lagi disindir, Dinara biarkan saja Bakhtiar menganggapnya masih berharta. Jangan kerana Bakhtiar tahu dia sudah miskin, makin banyak pula balasan sindiran yang dia dapatkan.
"Kau masih ingat rumah aku kan? Seminggu lagi kau datang sana jumpa aku." Ujar Bakhtiar lantas bangkit. Tanpa menunggu balasan dari Dinara, telefonnya yang bergetar diangkat. Tertera nama wanita kesayangannya diskrin.
Sebelum mengangkat nafas ditarik sedalam-dalamnya lantas dihela sekali lalu.
"Hello Mi.. Aiden okay. Tak ada luka pun dekat badan Aiden. Mami boleh cek bila jumpa Aiden nanti kalau tak percaya." Dia berjalan melintasi Dinara sambil bercakap melalui telefon tanpa mengatakan kata pamit walau sepatah cuma.
Dinara mengeluh. Dia pandang punggung tegap Bakhtiar dari belakang. Semakin jauh semakin kecil kelihatan dimatanya sehingga akhirnya tubuh itu dimakan tembok pengukuh bangunan. Perlahan Dinara hela nafas berat.
Seminggu lagi mereka akan berjumpa semula.
TERCUNGAP-cungap nafas Dinara. Fadli yang tengah menunggu dengan tangan bercekak pinggang memasang riak garang.
"Senang kerja kau hari ni. Sejak bila kau pandai memonteng ni? Order pelanggan kau tak tahu nak hantar?!" Disembur Dinara sejurus saja sampai. Fadli memang lelaki lembut, namun bila marah, aura kelelakian dalam suara garaunya buat Dinara kecut perut.
"Danny kemalangan. Aku bukan saja-saja taknak hantar." Bela Dinara atas kelewatannya.
Fadli merengus. Tangan lentiknya terangkat memukul bahu Dinara.
"Habis tu Danny macam mana sekarang?" Topik beralih sekelip mata. Fadli ubah airmuka menjadi apa adanya.
"Esok dia dah boleh keluar wad. Keadaan dia teruk jugalah. Tangan patah, lepas tu ada luka-luka calar sikit."
"Kau off ajelah hari ni. Teman adik kau dekat hospital. Abang Akim boleh back up order ni semua."
Kalau diikutkan memang Dinara nak cuti saja hari ni. Tapi, bila ingat semula hutangnya yang masih belum langsai pada Bakhtiar, terpaksa dia kerja mati-matian semula.
"Tak apalah. Danny tu dah besar, aku pun dah tengok dia sekejap tadi."
"Lantak kaulah nyah."
"Aku ambil dua order ni dulu."
Fadli angguk. Dua bungkusan diberikan pada Dinara. Sebelum Dinara buka kaki melangkah, Fadli dekatkan bibirnya sedikit ke telinga Dinara yang mengenakan topi bersudu.
"Sebelum aku lupa nak beritahu. Sejam yang lalu ada perempuan datang sini cari kau."
"Siapa?"
Fadli angkat bahu.
"Uya cakap dia Cuma tanya pasal kau lepas tu blah macam tu saja bila Uya beritahu kau tengah hantar order pelanggan. Agaknya sedara kau kot."
Dinara senyap. Mengetahui ada seseorang yang mencarinya setelah sekian tahun, ada rasa yang sukar untuk digambarkan mengambil alih sanubari.
Apakah perempuan itu 'dia'?
Kalau sangkaannya betul, kenapa baru sekarang munculkan diri? Setelah begitu banyak onak duri yang Dinara terpaksa tanggung atas perbuatan khianatnya dan lelaki itu, sanggup dia munculkan diri dan bertanyakan dirinya?
Tak cukup lagi ke kematian sang Ayah dan sang ibu dijadikan cagaran? Dinara mati-matian ingin melupakan episod duka yang menarik airmata untuk merembes keluar. Dinara sudah berniat ingin melupakan semuanya. Dia dan Danny sudah mula menata hidup bahagia. Tak perlu rasanya perempuan itu datang lagi.
"Lain kali kalau ada sesiapa yang datang cari aku, cakap saja aku dah tak kerja dekat sini."
"Kenapa pula?"
"Aku malas nak jelaskan dekat kau. Cakap saja aku dah tak kerja dekat sini. Aku taknak panjangkan cerita." Dinara orak kaki meninggalkan Fadli yang tercengang tak faham.
Apa-apa sajalah. Dia pun bukannya nak mendengar Dinara bercerita panjang berjela.
YOU ARE READING
Takdir Dinara
RandomPerempuan yang bernama Dinara Ausha dulu seorang yang angkuh dan selalu mendongak ke langit ketika berhadapan dengan orang-orang yang berada dibawah kastanya. Hidupnya yang mewah dan kaya-raya sekelip mata menjadi miskin. Kini, Dinara adalah seoran...