BAB ... ( Cintakah? )

870 23 9
                                    

PAGI-pagi lagi Dinara sudah terpacak didepan sebuah butik pengantin. Kelmarin dia mendapat sebuah pesanan dari mami Bakhtiar. Wanita itu meminta Dinara datang kesini hari ini. Katanya mahu dia mencuba pakaian pengantin.

Jujur Dinara hanya separuh hati datang kesini. Dia sudah katakan tidak perlu siapkan sesuatu yang mewah. Seadanya saja. Perkahwinan ini pun tidak mungkin bertahan lama. Paling lama Dinara hanya akan bersabar selama setahun. Itu kan sudah syarat yang dia persetujui didepan mami dan Opah Bakhtiar.

Sejam Dinara menunggu kedatangan Bakhtiar. Dari info yang dia dapat kelmarin, Bakhtiar juga disuruh datang. Mereka tidak datang sekali kerana Dinara menolak saat wanita berstatus mami Bakhtiar itu mahu menyuruh sang anak menjemputnya.

Buat bergaduh saja kalau dia menyetujui ajakan mami Bakhtiar agar Bakhtiar datang menjemputnya.

Setengah jam selepas itu Bakhtiar masih belum sampai juga. Lelaki itu mungkin lupa atau memang sengaja buat-buat lupa. Apa-apa sajalah. Dia malas menunggu lagi. Akhirnya Dinara mencuba pakaian pengantin yang sudah ditempah siap-siap itu sendirian.

Semuanya molek. Tiada yang perlu diubah.

Ketika mahu membuka pakaian pengantin itu, zip yang berada dibelakang membuat tangannya tidak dapat mencapai. Dia hela nafas berat sembari berjalan. Dia mahu memanggil staf agar membantunya menurunkan zip.

Baru saja keluar dia nampak figura Bakhtiar dalam balutan sut berwarna hitam putih. Kaki Dinara tidak jadi kedepan. Dia kejung, hanya memandang Bakhtiar yang turut memandangnya.

"Baru datang?"

"Hmmm.."

Dinara liarkan pandangan mencari kelibat staf dibutik ini. Malangnya didalam ruangan ini hanya ada dia dan Bakhtiar saja. Bakhtiar sedang berdiri didepan cermin, sedang menata penampilannya agar sut yang membalut tubuh lelaki itu lebih rapi.

"Siapa yang pilih gaun pengantin yang kau pakai tu?" Bakhtiar menyoal sambil melirik Dinara dalam pantulan cermin.

"Mami awak."

"Tukar gaun lagi. Cari yang paling murah. Kau tak sesuai pakai gaun yang mahal-mahal macam ni." Bicara lepas Bakhtiar sedikit melukai hati Dinara.

Dia menunduk. Menekan perasaan terluka dengan meramas kuat gaun pengantin yang dipakainya.

"Iya, gaun ni terlalu mahal untuk saya. Nanti saya minta gaun yang paling murah. Kalau awak rasa gaun paling murah dekat sini pun masih mahal dipakai oleh badan saya, bila kita kahwin nanti saya tak payah pakai apa-apa gaun. Baju biasa pun tak apa. Lagipun gaun bukan hukum sah nikah."

Rahang Bakhtiar mengeras.

"Kau nak malukan keluarga aku? Kau nak orang fikir kami ni tak mampu?"

"Tak ada orang akan cakap awak tak mampu. Saya cuma sedang puaskan hati awak."

Dinara berniat keluar dari ruang yang luas ini dan mencari staf untuk membantunya menanggalkan gaun mahal ini, namun Bakhtiar yang terlanjur berang dengan jawaban Dinara mula membuka langkah lebar. Ditarik lengan Dinara supaya wajah mereka saling berhadap-hadapan.

"Aku akan puas hati kalau kau tak jadi kahwin dengan aku." Desisnya marah.

"Kalau macam tu sampai bila-bila pun hati awak takkan puas sebab saya tetap akan kahwin dengan awak."

"Aku akan buat kau menyesal!"

"Saya tak takut."

"Aku dah ada kekasih!"

"Saya tak kisah."

"Aku takkan sudi cintakan kau!"

"Saya tak harap dicintai."

Takdir DinaraWhere stories live. Discover now