"Heaven gila, weyh!" Ain sudah terlompat – lompat bagai budak kecil dapat gula – gula dalam lif. "Dia bersembang dengan aku! Dia berborak dengan aku! He talked to me!" Lengan kanan Nurul dipeluk sekuat hati.
"Sakitlah, cik kak. Kau ingat lengan aku ni bantal peluk ke?" Lengannya ditarik.
"Dia cakap dengan aku!" Ain melompat lagi.
"Kalau ye pun kau rasa heaven gila tahap petala ketujuh, tolonglah berhenti melompat weyh. Buatnya lif ni berhenti tengah – tengah jalan, buat haru je." Nurul dah rasa macam nak putus nafas bila tengok Ain melompat sepenuh hati sampai bergegar – gegar lif ini jadinya. Dalam minda sudah terbayang gambaran dia dan Ain akan tersekat dalam lif yang gelap – gelita sekiranya Ain masih terus melompat – lompat macam katak.
"He talked to me! He talked to me! He talked to me!" Senyum terus menghiasi bibir mungil gadis itu yang sedari tadi tidak boleh dihilangkan.
"Aku boleh faham bahasa inggeris, tak payahlah nak ulang sampai tiga kali. Ingat aku ni lembap sangat ke?" Sakit kepala pulak jadinya bila terpaksa dengar ayat yang sama sebanyak tiga kali. "Lagipun, dia bukannya cakap dengan kau seorang je. Dia bercakap dengan budak lain jugak." Gaya Ain gembira macamlah ustaz cakap dengan dia seorang je.
"Heaven weyh!" Kata – kata Nurul diabaikan.
Nurul menjulingkan matanya ke atas. "Susah betul aku nak bercakap dengan orang yang tersampuk dengan virus ustazism ni." Nafasnya dihela panjang.
YOU ARE READING
Detik Itu
Teen FictionUstazism; virus yang menjangkiti dia. Semakin hari, simptomnya semakin parah. Senyum seorang diri, suka berangan, kuat termenung. Bolehkah dia sembuh daripada penyakit ini?